Cara Mudah Dan Percuma Online Facebook Di China

Anda Tidak Boleh Online Facebook Di China Tanpa VPN

Melayari Facebook di China merupakan masalah yang dihadapi oleh para pelancong atau backpackers ketika mengunjungi Negara Tembok Besar China.  

Selain dari Facebook,  twitter, Instagram, google dan youtube juga turut disekat.

Pada tahun 2009 Kerajaan China telah menyekat penggunaan facebook dan media sosial lain di China. Mereka telah memasang sistem yang dikenali sebagai The Great Firewall of China.

Sistem ini akan menghalang media sosial antarabangsa daripada diakses dari Negara tembok besar ini.

Kenapa Disekat?

facebook block

Tujuan utama Kerajaan China menyekat dan memasang firewall tebal ini adalah untuk pertahanan Negara. Kerajaan China sangat memandang serius dalam soal kebebasan bersuara.

Jika kita lihat di Negara kita, media sosial menjadi tempat perbalahan sesama pihak. Tidak kira golongan profesional mahupun rakyat marhen seperti kita.

Selain daripada itu, media sosial pada ketika ini menjadi satu saluran kepada rakyat meluahkan perasaan.

Ianya bukan saja mengkritik bahkan mampu menghasut rakyat untuk menggulingkan Kerajaan. Perkara ini yang tidak diinginkan oleh Kerajaan China.

Sebagai contoh, pada tahun 2012 satu gambar demo pro-demokrasi di Hongkong telah dimuat naik ke laman Instagram dan tersebar luas. Bagi menghindari provokasi dan mengawal rakyat China, Kerajaan mengambil langkah dengan menyekat penggunaan Instagram di sana dan begitu juga media sosial yang lain.

Selain itu, sekatan ini juga bertujuan untuk menggurangkan penggunaan produk luar dan lebih mementingkan produk buatan sendiri.

Semua produk yang terkenal semestinya ada versi china tersendiri.

Sama seperti telefon pintar yang sekarang ini menjadi ikutan seperti iphone, ipad dan Samsung, semuanya ada versi China tersendiri. Begitu juga dengan Facebook, Twitter dan sebagainya.

China mempunyai Facebook versi China yang tersendiri iaitu renren.com. Rekabentuk dan grafiknya mempunyai mirip yang sama dengan facebook. Cuma ianya dalam Bahasa mandarin.

Jadi rakyat China diberi pilihan untuk menggunakan produk mereka sendiri walaupun ada laman web yang disekat di sana. Sebagai contoh :

facebook China

Jika China menggunakan produk mereka tersendiri, mereka boleh menggurangkan penggunaan barang dari Negara luar. Sekaligus membuatkan ekonomi di Negara China menjadi stabil.

Dan yang paling penting, mereka tidak perlu membayar kepada Mark Zuckenberg untuk menggunakan facebook. Cuba anda bayangkan jika penduduk China menggunakan Facebook, berapakah keuntungun yang Mark perolehi? Banyak bukan.

Laman Web Yang Disekat Di China adalah seperti di bawah dan banyak lagi.

aplikasi yang di sekat di China

Cara Online Facebook Di China

Membuka sekatan laman web dan aplikasi di China yang disekat tidaklah terlalu sukar, tetapi anda hanya perlu mengikut langkah langkah yang diberitahu di bawah ini.

Untuk mengakses laman web yang disekat di China anda hanya memperlukan VPN. Apa itu VPN?

VPN adalah singkatan daripada Virtual Private Network. Ianya adalah rangkaian peribadi private network yang membolehkan kita berhubung dengan pengguna yang lain, atau remote sites menggunakan rangkaian awam iaitu internet.

Ianya menggunakan sambungan maya ke internet melalui rangkaian peribadi syarikat yang menyediakannya terus kepada remote sites dan bukannya melalui sambungan fizikal. Secara ringkasnya, ia adalah rangkaian peribadi yang di bina dalam insfrastruktur rangkaian awam.

Untuk memudahkan kita memahami tentang VPN, ianya seperti mengubah lokasi anda mengakses internet ke lokasi yang lain. Ringkasnya seperti anda mengakses Facebook dengan menggunakan internet yang disambungkan di Japan walaupun berada di Negara China.

VPN

Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Memuat Turun VPN?

Pastikan anda memuat turun VPN sebelum anda terbang ke Negara China. Ini kerana Google Play juga disekat di sana.

Kenapa Anda Memerlukan VPN

  1. Untuk melindungi privasi anda sama ada pada LAN ataupun pada hotspot awam seperti WiFi KFC, Airport dan lain lain
  2. Melayari internet secara anonymous (tidak dikenal pasti)
  3. Melepasi sekatan terhadap sesuatu laman web
  4. Mendapat sambungan yang dilindungi untuk semua program yang digunakan berbanding
  5. Menyembunyikan IP asal anda.

 Senarai VPN Yang Boleh Digunakan

Terdapat VPN yang percuma dan juga berbayar. Bagi pelancong atau backpackers anda boleh mendapatkan VPN secara percuma. Caranya adalah anda hanya perlu memuat turun aplikasi VPN di Google Play atau Apple Store.

Walaupun terdapat puluhan perkhidmatan VPN, tetapi hanya beberapa VPN sahaja yang berfungsi dengan baik.

Jadi, kami akan senaraikan beberapa VPN yang percuma yang boleh anda gunakan di sana.

5 Servis VPN Percuma Untuk Anda

Psiphon

Cara:

  1. Cari di carian Google Play dengan menulis PSIPHON.
  2. Muat turun aplikasi.
  3. Tekan START.

Betternet Free VPN

Cara:

  1. Cari di carian Google Play dengan menulis Betternet.
  2. Muat turun aplikasi.
  3. Tekan CONNECT di bahagian bawah.

OpenVPN & EasyOVpn

Cara:

  1. Anda perlu memuat turun kedua dua aplikasi di Goole Play atau Apple Store.
  2. Buka aplikasi EasyOvpn.
  3. Pilih lokasi yang anda ingin gunakan. Contoh Japan.
  4. Tekan ACCEPT.
  5. Kemudian tekan CONNECT.

Hotspot Shield

Cara:

  1. Cari di carian Google Play atau Apple Store “Hotspot Shield”
  2. Muat turun aplikasi.
  3. Tekan START FREE TRIAL.
  4. Anda hanya diberi tempoh 7 Hari Percuma.
  5. Tekan CONNECT.

VPN master

Cara:

  1. Cari di carian Google Play dengan menulis VPN master.
  2. Muat turun aplikasi.
  3. Tekan CONNECT di bahagian atas.

VPN Berbayar

Bagi anda yang ingin tinggal di Negara China untuk tempoh yang lama, anda boleh memilih VPN berbayar. Dan pastinya VPN yang berbayar mempunyai kualiti dan servis yang lebih baik pantas.

Kami syorkan anda memilih ExpressVPN , VyprVPN atau PureVPN. Ini kerana, ketiga tiga VPN ini sangat stabil dan mudah untuk digunakan.

Jika anda ingin melancong ke China untuk satu tempoh masa yang singkat, langganan pakej VPN bulanan sudah memadai. ExpressVPN adalah pilihan yang terbaik berbanding VyprVPN dan PureVPN .

Untuk pakej langganan setahun, PureVPN merupakan pilihan yang tepat. Ini kerana harganya yang lebih murah berbanding ExpressVPN dan VyprVPN.

Mari kita lihat perbandingan di bawah ini:

*Untuk mengetahui kadar tukaran wang asing anda boleh rujuk di sini

Pastikan anda membuat persediaan yang rapi dan perancangan yang teratur sebelum berlepas ke Negera China. Pastikan anda menyediakan keperluan penting sebelum melancong ke Negara China.

Dikemaskini pada

1 thought on “Cara Mudah Dan Percuma Online Facebook Di China”

  1. Pingback: 9 Perkara Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Datang Ke China! - Limau Mandarin

Leave a Comment

Scroll to Top