Basikal eletrik di Beijing adalah salah satu keperluan masyarakat di sini. Xinhua News melaporkan Rabu lalu, Pihak berkuasa Beijing telah mengumumkan peraturan yang ketat yang memerlukan permit memandu dan plat lesen untuk menunggang basikal eletrik.
Basikal Elektrik Di Beijing Perlu Pohon Permit
Peraturan yang diluluskan secara rasmi pada 29 September 2018, akan berkuatkuasa dari 1 November 2018.
Sehingga tarikh itu, e-basikal di jalan raya tanpa plat lesen akan disita dan penunggangnya dikenakan denda RMB20.
Denda RMB1000
Bagi sesiapa yang ditangkap menunggang basikal eletrik dengan plat lesen yang palsu, basikal eletrik itu akan disita dan dikenakan dengan denda RMB 1,000.
Sesiapa yang membeli basikal eletrik selepas pelaksanaan peraturan akan dipaksa untuk mendapatkan permit memandu dalam tempoh 15 hari dari pembelian.
Selain itu, Segways (rujuk gambar di bawah), basikal yang diubah suai, dan quadricycles akan dilarang memandu di mana-mana laluan utama kereta dan laluan basikal. Denda akan dikenakan sebanyak RMB 200 dan kenderaan tesebut akan dirampas.
Syarat Mendapatkan Lesen Basikal Eletrik
Pihak berkuasa pengurusan lalu lintas juga akan menyimpan semua maklumat kenderaan elektrik, merekodkan maklumat termasuk pengeluar, jenama, nombor model dan parameter teknikal, untuk memastikan semua kenderaan di pasaran memenuhi standard kualiti negara, yang merupakan prasyarat untuk mendapatkan plat lesen basikal eletrik.
Bagi basikal eletrik yang tidak memenuhi standard kualiti tetapi membelinya sebelum pelaksanaan peraturan boleh memohon permit sementara, tetapi ini hanya sah selama tiga tahun dan tidak boleh diperbaharui.
Butiran lanjut tentang cara mendapatkan lesen sementara akan datang, menurut laporan itu.
Terdapat 4 Juta kenderaan Eletrik Di Beijing
Kini terdapat lebih dari 4 juta kenderaan elektrik di Beijing, termasuk ramai yang gagal memenuhi piawaian kebangsaan, menimbulkan ancaman keselamatan yang besar kepada orang ramai.
Statistik mendedahkan bahawa lebih 300,000 kemalangan melibatkan kenderaan elektrik dari 2013 hingga Ogos 2018, di mana 60 peratus disebabkan oleh basikal elektrik.
Cara untuk memohon permit memandu dan plat lesen untuk basikal eletrik.
Daftar secara atas talian ( online )
1. Download aplikasi 北京交通 di App Store
2. Klik pada lambang basikal eletrik di bawah.
3. Klik pada pendaftaran.
4. Langkah seterusya.
5. Isi maklumat peribadi.
Anda perlu muatnaik gambar passport, no siri motor dan gambar motor sebagai bukti.
6. Untuk no siri motor. Sila rujuk pada motor anda seperti gambar di bawah.
no siri basikal eletrik / motor eletrik
No siri
7. Lepas berjaya nanti, kita perlu pilih tarikh dan tempat. Sila rujuk gambar di bawah.
8. Pilih tarikh dan tempat untuk mengambil lesen anda.
Jika anda belajar di Beijing Language And Culture University anda boleh pilih di Wudaokou
9. Siap! Pendaftaran lesen adalah percuma.
Tunggu beberapa hari, lesen basikal eletrik / motor eletrik anda siap. Dapatkan lesen di Pejabat Pengakutan .
Anda juga boleh dapatkan lesen basikal eletrik anda secara manual.
Checklist barang yang perlu ada.
* Borang permohonan * ID kad (untuk rakyat China ) atau passport * Invois atau bukti pembelian basikal eletrik
Anda boleh dapatkan borang permohonan permit memandu dan plat lesen untuk basikal eletrik anda di sini.
Bagaimana untuk mendapatkan permit dan lesen basikal eletrik?
Pastikan dokumen yang anda sediakan lengkap dan pergi ke pejabat Biro Pengangkutan tempatan yang berdekatan. Permit dan lesen basikal eletrik anda akan siapkan sekurang-kurangnya 1 hari.
Berikut merupakan senarai Biro Pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran di sekitar Beijing.
1. Daerah Changping Biro Pengangkutan Changping (Machikou Village, Machikou) 昌平 交通 支队非 机动车登记(马池 口镇马池 口 村 交通 队)
2. Daerah Daxing Biro Pengangkutan Daxing (Haizijiao, kampung Huangcun) 大兴交通 支队非 机动车登记(黄村镇海子 角 北 口 路 南)
何赞 (hézàn) berasal dari Pulau Pinang dan menetap di negeri Kedah. Merupakan graduan dari Beijing Language and Culture University BLCU 2011/2016. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma pendidikan lepasan ijazah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, kedah.