BFSU atau Beijing Foreign Studies University merupakan sebuah universiti yang berprestij di Beijing,China dan ditadbir oleh Kementerian Pendidikan China.

Universiti yang tersenarai antara universiti terbaik di China ini merupakah sebuah universiti bahasa yang tertua di China dan menawarkan pengajian bahasa yang paling banyak dalam pelbagai peringkat program pengajian.

Bfsu Beijing

BFSU: Platform Terbaik Menguasai Bahasa Asing

Kampus BFSU

Sesuai dengan namanya Beijing Foreign Studies University, di sini menawarkan pelbagai jurusan bahasa asing dan jurusan ini semakin bertambah dari semasa ke semasa mengikut kepentingan dan keperluan dan yang terbaru pada tahun 2017 sebanyak 106 jurusan bahasa asing terbaru telah ditawarkan.

Jika anda ingin belajar bahasa asing disinilah tempatnya.

Terdapat ramai pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian Bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua disini dan ramai juga yang telah bergraduasi dan meneruskan kerjaya dalam bidang Bahasa Mandarin.

Graduasi Bfsu
bsu

Selaku pelajar Bahasa Mandarin atau bahasa asing di universiti ini saya melihat platform yang disediakan oleh pihak universiti sangat membantu para pelajar dalam meningkatkan kemahiran berbahasa.

Pembelajaran tidak hanya tertumpu didalam kelas sahaja, bagi pelajar bahasa asing banyak aktiviti diluar kelas terutamanya dengan orang China disediakan bagi membuka lebih banyak peluang untuk para pelajar berkomunikasi dan bertukar pandangan.

Bahasa dan budaya adalah satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan. Untuk menguasai sesuatu bahasa itu dengan bagus kita juga seharusnya menguasai budaya dan sejarah bahasa tersebut.

Bagi pengajian bahasa mandarin sebagai bahasa kedua di universiti ini, setiap semester pihak universiti akan mengatur perjalanan ke provinsi lain di China untuk membawa para pelajar mengenali budaya tempatan kerana belajar bahasa itu tidak boleh hanya tertumpu didalam kelas.

lawatan bfsu
Lawatan universiti ke provinsi Gansu
lawatan universiti bfsu
Lawatan universiti di sebuah perkampungan di Beijing

Mengapa saya yakin mengatakan bahawa BFSU adalah antara universiti pengajian bahasa asing terbaik?

Di universiti ini juga terdapat fakulti pangajian Bahasa Melayu dimana para pelajarnya terdiri daripada orang China sendiri.

Seiring dengan hubungan baik China-Malaysia, pengajian Bahasa Melayu di universiti ini juga semakin berkembang dari tahun ke tahun.

Para pelajar jurusan Bahasa Melayu ini juga diberi peluang untuk ke Malaysia dan belajar di universiti tempatan dalam jangka waktu tertentu.

Para graduan dari universiti ini juga bukan calang-calang, jika dahulu hanya BFSU yang menawarkan pengajian Bahasa Melayu tetapi kini di Beijing sudah ada 6 universiti yang turut menawarkan jurusan ini dan yang membanggakan BFSU selaku pioneer telah mengangkat dan memartabat Bahasa Melayu di negara tembok besar ini.

Penyusunan dari segi program, aktiviti, pemilihan subjek dan tenaga pengajar terbaik bagi jurusan bahasa asing disini telah menjadikan BFSU adalah tempat terbaik untuk mereka yang ingin menguasai bahasa asing.

Di universiti ini juga banyak ditawarkan subjek elektif bagi memberi peluang pelajar untuk belajar selain subjek yang wajib dipelajari.

Contohnya bagi jurusan Bahasa Mandarin setiap pengajian semester ada ditawarkan pelbagai subjek elektif seperti kaligrafi, lukisan China, Geografi, Ekonomi, Bahasa Jepun/Arab, Sejarah, Hanzi dan banyak lagi yang dapat membantu para pelajar meningkatkan lagi penguasaan terhadap Bahasa Mandarin.

Masih ingat lagi pengalaman 3 tahun lalu apabila ditawarkan untuk melukis satu lukisan cina untuk dihadiahkan pada mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak yang datang ke BFSU, hasil tunjuk ajar dan bimbingan guru yang sangat berpengalaman lukisan yang ingin dihadiahkan dapat disiapkan dengan jayanya.

bfsu
Lawatan Perdana Menteri di BFSU

Kalendar Akademik

beijing

Terdapat dua semester dalam setiap tahun di BFSU, iaitu semester musim bunga dan semester musim gugur. Semester musim gugur dianggap sebagai permulaan tahun akademik yang baharu, biasanya bermula pada awal bulan september dan berakhir pada pertengahan bulan januari.

Manakala semester musim bunga bermula pada akhir bulan februari dan berakhir pada pertengahan bulan julai.

bfsu

Selain daripada itu, terdapat dua cuti semester dalam setiap tahun, iaitu cuti musim sejuk dan cuti musim panas dan lazimnya cuti musim panas selama dua bulan, iaitu dari bulan julai sehingga bulan ogos.

Cuti musim sejuk lebih pendek, iaitu lazimnya empat minggu dan bersambung dengan cuti tahun baru cina.

Program Jangka Masa Pendek

Semasa cuti musim panas dan cuti musim sejuk, pihak universiti akan menawarkan sijil kursus Bahasa Mandarin jangka pendek sebagai sebuah program tanpa ijazah.

Program Tanpa Ijazah

  • Program tanpa ijazah am:

Program tersebut akan mengambil masa setengah atau setahun,   pelajar-pelajar boleh memohon untuk melanjutkan tempoh pengajian jika perlu.

Pelajar-pelajar akan dianugerahkan sijil tamat belajar apabila berjaya melengkapkan kursus-kursus bahasa madarin atau kursus-kursus lain yang ditawarkan, serta lulus peperiksaan.

  • program tanpa ijazah jangka pendek:

Setakat ini bfsu hanya menawarkan kursus dalam bahasa mandarin untuk pelajar-pelajar yang ingin mempelajari bahasa mandarin atau menyelami budaya china dalam tempoh yang singkat.

Sehubungan dengan itu, biasanya BFSU akan menawarkan tempoh kursus lapan minggu, kursus empat minggu dan kursus tiga minggu pada cuti musim panas, manakala hanya menawarkan kursus empat minggu pada cuti musim sejuk.

Penawaran kursus tersebut bergantung kepada permohonan setiap tahun. pelajar-pelajar hendaklah menghadiri kuliah dari hari isnin hingga hari jumaat.

Kuliah bahasa mandarin akan diadakan pada waktu pagi setiap hari, manakala kuliah budaya china akan diadakan pada waktu petang setiap hari.

Selain daripada itu, pelajar-pelajar akan menyertai aktiviti melancong dalam bandar beijing pada setiap minggu. Pelajar-pelajar akan diberikan kad pelajar asing bfsu dan dianugerahkan sijil selepas tamat kursus.

Program Jangka Masa Panjang

Program sarjana muda akan mengambil masa 4 tahun, anda mestilah melengkapkan kursus-kursus yang ditawarkan. menulis tesis akhir dan lulus peperiksaan lisan untuk mempertahankan tesis (viva).Anda akan dianugerahkan ijazah sarjana muda jikalau memenuhi syarat-syarat berkenaan.

Calon sarjana akan mengambil masa dua atau tiga tahun, tergantung kepada program yang bagi pelajar antarabangsa, kuliah dalam program ini akan diambil bersama-sama dengan pelajar-pelajar china.

Untuk mendapatkan sijil tamat pengajian dan ijazah sarjana, anda mesti melengkapkan semua kursus yang ditawarkan, menulis tesis akhir dan lulus peperiksaan lisan mempertahankan tesis (viva).

Calon kedoktoran akan mengambil masa pengajian selama tiga tahun.untuk mendapatkan sijil tamat pengajian dan ijazah sarjana kedoktoran, anda mesti melengkapkan semua kursus yang ditawarkan, memperoleh pencapaian baik dalam akademik, menulis disertasi dan lulus peperiksaan lisan mempertahankan tesis (viva).

Permohonan kemasukan

  • permohonan:

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen permohonan dan memuat naik dokumen yang diperlukan secara atas talian di sini .

Anda dikehendaki menghantar permohonan dalam tempoh yang ditetapkan: biasanya, untuk semester musim gugur, tempoh permohonan dibuka dari pertengahan bulan april hingga awal bulan jun; untuk semester musim bunga, tempoh permohonan adalah dari pertengahan bulan oktober hingga awal bulan januari tahun berikutnya.

Pihak bfsu akan menilai permohonan dan memaklumkan kepada pemohon sekiranya memerlukan dokumen tambahan. pemohon boleh menyemak permohonan secara atas talian.

  • Kemasukan:

Sebaik sahaja permohonan anda diluluskan, anda akan dimaklumkan dengan segera melalui surat kiriman pos. bersama-sama surat akan dilampirkan borang permohonan visa pelajar asing ke china (borang jw202) dan sepucuk surat tawaran kepada pelajar baharu serta dokumen-dokumen yang lain.

Proses pengiriman surat akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat hingga lima minggu.

Yuran Pengajian

yuran pengajian bfsu

Untuk anda yang mempunyai keinginan belajar di Beijing, pastikan anda membuat keputusan yang tepat. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari  Portal Rasmi Beijing Studies University.

About The Author

Scroll to Top