Pengalaman Beraya Di Beijing sangat mengujakan

raya di Beijing 50

Beraya di Beijing, pengalaman yang tidak akan kami lupakan.

Ramadhan sudah berlalu, Syawal juga sudah seminggu berlalu. Aidilfitri disambut riang gembira bersama keluarga ditemani ketupat, rendang, lemang dan pelbagai juadah yang setahun hanya sekali saja ditemui.

Beraya di Beijing 1

Kedutaan

Bagi pelajar yang beraya di perantauan, semestinya beraya bersama keluarga di Malaysia menjadi kerinduan. Beraya di Beijing, pelajar-pelajar Malaysia di sana menyambutnya bersama rakan-rakan di universiti dan kebiasaannya dijemput ke majlis Aidilfitri di Kedutaan Malaysia-China.

Raya di Beijing 12

Sejak batch pertama hingga sekarang, Syawal berada dalam lingkungan bulan Oktober naik ke bulan Jun. Ada batch yang tidak merasa beraya Aidilfitri di sana kerana cuti semester dan pulang ke Malaysia, ada batch yang bakal beraya di Beijing untuk 5 tahun iaitu batch paling akhir. Pun begitu, AidilAdha pula disambut di sana untuk 5 tahun sudah.

Beraya di Beijing 2

Jadi apa yang kami buat semasa hari raya di sana?

Universiti memberi kelulusan kepada kami cuti 1 hari untuk berhari raya dan kemudian kelas diteruskan seperti biasa. Seperti pada tahun ini (2017) semasa merayakan Aidilfitri, pelajar di sana sedang menghadapi minggu peperiksaan akhir semester.

Perasaan antara nak balik Malaysia, nak hadap kertas peperiksaan dan nak beraya tu buat semua tak senang duduk. Fokus semua dah lari dan ada yang habis saja kertas peperiksaan, terus pulang ke Malaysia.

Beraya di Beijing 6

Pada tahun 2007-2010, batch pada tahun-tahun tersebut, pergi berpuasa pada minggu ke 3-4 kemudian beraya di sana sebulan.

Masjid Niujie

Beraya di Beijing, biasanya pada pagi raya kami akan ke masjid Niujie atau masjid lain dan ada yang pergi ke Kedutaan untuk solat hari raya di sana. Sebelum raya, kami sudah rancang untuk adakan jamuan raya sesama kami dan semua makanan dimasak sendiri.

Beraya di Beijing 10

Antara masakan yang dimasak adalah lontong, nasi tomato dan lain-lain. Maksudnya 2 3 hari sebelum raya kami akan ke pasar di sekitar Kedutaan untuk mencari bahan-bahan yang hanya dijumpai di pasar import. Ada bahan yang harganya tak terlalu mahal, ada bahan harganya agak mahal. Tapi untuk beraya, semua boleh.

Beraya di Beijing 7

Pengalaman beraya di Beijing, bergaul dengan masyarakat muslim di masjid, membuka mata kami bahawa memang sangat ramai muslim di sana dan apabila berborak mengenai Islam di China, ternyata kita di Malaysia sangat bertuah kerana boleh mengamalkan ajaran tanpa halangan.

Raya di Beijing 15

Semasa Ramadhan, kebiasaannya ada juga daripada pelajar Malaysia yang ke masjid-masjid untuk berbuka puasa dan solat terawih. Pengalaman-pengalaman begini yang banyak mendekatkan masyarakat muslim China dengan kami.

Beraya di Beijing 8

Aidiladha

Jika Aidiladha, ada daripada kami melancarkan program korban di China. Program ini akan dilaksanakan di lokasi termasuk Beijing, Inner Mongolia, Lanzhou dan Xi’an.

Raya di Beijing 17

Terima kasih kepada teknologi, kini komunikasi jarak jauh hanyalah di hujung jari. Walaupun di China Facebook & Twitter (2 media sosial) diblok, kami masih lagi boleh menggunakan Whatsapp atau Skype untuk menghubungi keluarga di Malaysia di malam raya.

Beraya di Beijing 3

Zaman sudah berubah, walau jauh di mana, jika rindu, hanya 1 panggilan video boleh mengubat rindu dan perayaan disambut dengan gembira melihat ibu bapa masih sihat di rumah bersama adik beradik yang lain.

Beraya di Beijing 11

Gambar-gambar beraya juga akan dihantar. Betul, teknologi sangat-sangat membantu menghubungkan antara satu sama lain walau di ceruk mana kita berada.

Raya di Beijing 41

Hari raya disambut dengan gembira, kita mesti tidak lupakan saudara-saudara yang mengalami nasib yang kurang baik seperti di negara yang bergolak malah di China juga ada sebahagian daripada muslim mengalami kesukaran untuk berpuasa dan sebagainya.

Beraya di Beijing 4

Sama-sama kita doakan mereka dan kita harap hari raya menjadi perayaan yang disambut dengan gembira oleh seluruh muslim di dunia.

Terima kasih

Akhir kata, selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin daripada Limau Mandarin, alumni dan pelajar Malaysia di Beijing.

Terima kasih MARA, KPM dan Sime Darby memberi peluang dengan menghantar kami ke China untuk melanjutkan pengajian di sana.

Beraya di Beijing 5

Selamat bergraduasi bagi batch 2013!

Graduasi Beijing

About The Author

Scroll to Top