Ini merupakan panduan lengkap untuk anda yang mahu belajar Bahasa Mandarin atau Bahasa Cina.

Dalam panduan ini, anda akan belajar apakah asas bahasa Mandarin, cara menguasainya dan boleh dijadikan rujukan setiap hari.

Kami juga akan sentuh aspek-aspek penting seperti kenapa belajar Bahasa Mandarin, sejarah Bahasa Mandarin dan lain-lain lagi.

Jadi, anda boleh klik dalam kotak kandungan di bawah untuk terus ke bahagian yang anda mahu baca.


Tak Kenal Maka Tak Cinta

Sebelum anda mulakan perjalanan anda belajar bahasa ekonomi ini, jom berkenalan dengannya dulu.

Kami rangkumi persoalan kenapa, siapa, dan di mana penggunaan bahasa ini.

Terdapat juga pecahan kepada Mandarin & Kantonis sebagai pemahaman asas anda.

Kenapa Belajar Bahasa Mandarin?

Bercerita tentang kenapa, teringat saya tentang seorang kawan yang yang bekerja di sebuah syarikat solar di Pulau Pinang.

Beliau memohon kerja tersebut sementara sedang menantikan karier perguruannya sebagai guru Bahasa Cina.

Syarikat tersebut merupakan syarikat China yang beroperasi di Malaysia.

Jadi, permohonan beliau diterima dan beliau merupakan salah seorang Melayu yang berkhidmat di syarikat tersebut, dengan kelebihan berbahasa Mandarin.

syarikat-panel-solar

Apa yang menarik adalah, beliau dijemput untuk berada dalam mesyuarat bersama para pengurus dan mesyuarat itu dikendali dalam bahasa Cina.

Kita dapat lihat di situ bagaimana kepercayaan oleh pengurusan syarikat diberikan kepadanya.

Saya sentiasa menggalakkan pelajar saya untuk serius belajar bahasa tambahan kerana hari ini, mempunyai bahasa tambahan sangat membantu sama ada dalam karier mahupun keusahawanan.

Mungkin bahasa Jepun, mungkin bahasa Perancis.

Apa sahaja bahasa tambahan, meningkatkan daya persaingan seseorang.

Pun begitu, ini adalah panduan Bahasa Mandarin, jadi mari kita tengok kenapa kita kena belajar bahasa ini.

Karier

Sepertimana yang kita tahu, hampir kebanyakan syarikat sangat menitikberatkan penguasaan Bahasa Cina dalam syarikat mereka.

Ini kerana banyak syarikat yang berurusan dengan syarikat dari negara China.

Ada juga syarikat yang majoriti pekerjanya berbangsa Cina jadi pengurusan syarikat sepenuhnya dijalankan dalam Bahasa Cina.

Jadi, adalah sangat penting untuk kita terutama yang sedang mencari pekerjaan untuk cuba belajar dan menguasai Bahasa Cina.

Bisnes

Tengok di sekeliling anda, semua barang diimport dari China.

Malah iPhone, Samsung dan banyak lagi jenama telefon pintar yang anda sedang pegang sekarang mengandungi komponen yang dibuat di China.

Made in China hari ini bukanlah seperti dulu, mungkin dulu kita lihat MIC ini adalah produk yang tidak berkualiti.

made-in-china

Tetapi hari ini, produk mereka adalah antara yang berkualiti tinggi, dan kapasiti pengeluaran dari negara China sangat tinggi daripada setiap jenis produk.

Sebagai seseorang yang mungkin menjalankan bisnes import dari China tidak kira melalui Taobao, AliExpress mahupun ke China untuk borong, anda perlu untuk belajar Bahasa Cina.

Secara asasnya, ia boleh membantu anda untuk menjalankan bisnes dengan lebih mudah.

syarikat-alibaba

Sekurangnya apabila berhubungan dalam Wechat, tidaklah seperti ayam dan itik bercakap.

Nak negotiate harga pun jadi lebih senang.

Mungkin dapat lagi murah daripada menggunakan bahasa Inggeris untuk negotiate.

Perpaduan

Dalam Malaysia, rakan masyarakat berbangsa Cina adalah seramai 24.6% daripada rakyat Malaysia.

Kebanyakan daripada mereka boleh berbahasa Mandarin.

Sekiranya kita boleh berbahasa Mandarin, bolehlah kita rapatkan jurang antara kita dan mereka.

kanak-kanak-malaysia

Dalam perbualan seharian kita pun sudah banyak menggunakan kata pinjaman daripada Bahasa Cina.

Salah satu daripadanya adalah 打包 disebut dǎbāo.

Tiap kali nak bungkus makanan di mamak, kita akan cakap tapau dan ia menjadi salah satu kata pinjaman yang digunakan secara meluas.

Jadi, perpaduan boleh dicapai dengan jambatan bahasa ini.

Travel

Sekiranya anda nak melancong ke China terutama ke Beijing, asas Bahasa Cina boleh membantu anda.

“Mana tandas?”

Ini adalah soalan yang wajib kita tanya orang di China ketika tengah cemas untuk buang air kecil atau air besar. Kan?

Atau mungkin anda nak tanya restoran halal dan lain-lain lagi.

Dengan asas Bahasa Mandarin untuk melancong, ia sangat-sangat membantu.

travel-ke-temple-of-heaven

HSK

Bagi kami di Limau Mandarin, sekiranya anda betul-betul serius belajar Bahasa Mandarin dan mahukan sijil untuk bahasa ini, kami cadangkan untuk anda ambil HSK.

Apa itu HSK?

HSK atau dalam Mandarin, 汉语水平考试 (hànyǔ shuǐpíng kǎoshì) adalah ujian tahap bahasa Mandarin.

Ia seperti MUET cuma ia adalah sijil kepada tahap bahasa Mandarin anda.

logo-hsk

Terdapat tahap 1 hingga tahap 6.

Tiap tahap mempunyai kesukaran berbeza daripada segi penguasaan kosa kata, karakter dan tatabahasa.

Di bawah adalah jadual jumlah kosa kata dan karakter bagi setiap tahap HSK.

Tahap HSKJumlah Kosa KataJumlah Karakter
HSK I150174
HSK II300347
HSK III600617
HSK IV12001064
HSK V25001685
HSK VI>50002663

Jadi sebelum kita memulakan pembelajaran Bahasa Mandarin, mari kita berkenalan dulu dengan bahasa ini.

Penutur

Tahukah anda ia adalah bahasa yang mempunyai penutur paling ramai kedua selepas Bahasa Inggeris di dunia?

Menurut Ethnologue pada tahun 2019, terdapat 1.117 billion penutur Bahasa Mandarin berbanding penutur Bahasa Inggeris seramai 1.132 billion.

carta-penutur-bahasa-cina

Bezanya hanyalah sebanyak 15 juta.

Oh, salah seorang daripada penutur Bahasa Mandarin adalah pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg.

Asal Usul

Dari manakah Bahasa Mandarin datang?

Siapakah penutur asal Bahasa Mandarin?

Jadi, Bahasa Mandarin adalah bahasa yang berasal dari utara China. 

Ia merupakan bahasa rasmi negara Republik Rakyat China atau kita panggil China.

taburan-penutur-bahasa-cina
Warna biru dan titik biru mewakili penutur Bahasa Mandarin

Di China, ia dipanggil 汉语 (Hànyǔ) kerana ia membawa maksud bahasa kaum Han, yang merupakan kaum majoriti di sana dan mereka menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa seharian mereka terutama di bahagian Utara China.

Manakala di Malaysia, terma yang digunakan adalah 华语 (Huáyǔ).

Hari ini ia merupakan bahasa rasmi China dan Taiwan.

Bahasa Mandarin juga diiktiraf sebagai salah satu bahasa rasmi United Nations.

Ekonomi Dunia

Dijangka pada 2030, China akan mendahului Amerika Syarikat dalam menerajui ekonomi dunia.

Jadi…

Bahasa Mandarin akan memainkan peranan penting sebagai bahasa global kerana semua negara akan bekerjasama dengan China dalam bidang ekonomi.

Rujuk gambar di bawah oleh VisualCapitalist untuk jangkaan perkembangan ekonomi pada tahun 2030.

jangkaan-ekonomi-dunia-2030

Belajar Bahasa Mandarin Merangsang IQ!

Ketahuilah bahawa bahasa kajian membuktikan bahawa penutur bahasa Mandarin menggunakan kedua-dua belah bahagian otak, kiri dan kanan sekaligus!

Daripada pemerhatian kami, sebagai rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu, untuk belajar bahasa Mandarin memang memerlukan kudrat kedua-dua belah otak untuk berjalan.

Ketika belajar menulis 汉字 (hànzì) kami diajar untuk mengira berapa jumlah strok yang ada dalam sesuatu 汉字 (hànzì), ketika belajar sastera, kami diajar untuk menggunakan kreativiti untuk memahami sajak Cina.

Daripada situ kami faham, kami menggunakan kedua-dua belah bahagian otak untuk menghadam bahasa!

Menakjubkan kan?


Bahasa Mandarin, Kantonis, Hokien dan Lain-lain

Adakah Mandarin sama dengan Hokien?

Atau Kantonis sama dengan Mandarin?

Secara asasnya, apa yang sama adalah penggunaan tulisan Cina atau dipanggil 汉字.

Penutur Mandarin, Kantonis, Hokien dan lain-lain boleh membaca tulisan Cina tetapi cara bacaan adalah berbeza.

mandarin-kantonis-hakka
Maksud sama tetapi sebutan berbeza

Kita ambil contoh perkataan 我 yang bermaksud saya.

Dalam bahasa Mandarin, ia disebut .

Manakala dalam Kantonis, ia disebut ngo5.

Jadi adakah Kantonis adalah dialek?

Menurut The Economist, ia bukanlah dialek tetapi bahasa.

“2 orang bercakap tetapi tidak faham satu sama lain bermaksud mereka bertutur bahasa yang berbeza”.

Jika kita pergi lebih mendalam, sebenarnya terdapat beberapa cabang Bahasa Cina.

Di Malaysia, Bahasa Mandarin adalah bahasa yang diajar di SJK(C) dan hari ini, terdapat beberapa sekolah bukan jenis kebangsaan yang juga mengandungi subjek bahasa Mandarin di sekolah.


Siapa Kami?

Jadi, panduan ini team Limau Mandarin hasilkan dengan sebaik mungkin khas kepada anda yang mahu memulakan perjalanan belajar bahasa ini.

Kami merupakan graduan Beijing dan hari ini kebanyakan daripada kami berkhidmat sebagai tenaga pengajar Bahasa Mandarin di sekolah dan kolej.

Jadi, panduan ini ditulis dengan penuh teliti dan kami harap dapat memenuhi keperluan anda terutama daripada segi asasnya.

Panduan ini juga akan ditambahbaik dari masa ke semasa dengan penyampaian yang relevan.


Matlamat Belajar Bahasa Mandarin

Sebelum kita bermula, satu perkara yang kami tekankan adalah tetapkan matlamat anda dengan jelas.

Kenapa anda nak belajar bahasa ni?

Mungkin kerana nak pergi temuduga kerja tahun depan?

Mungkin kerana nak tukar karier?

Atau mungkin tahun depan nak borong dari China dan buka bisnes?

Walau apa pun matlamat anda, pastikan anda tetapkan 1 matlamat besar dan jelas anda kenapa nak belajar Bahasa Mandarin.

Ini adalah untuk anda terus kekal bersemangat untuk mula belajar hingga boleh menguasainya.

Ayuh, tanpa buang masa lagi jom kita mula!


Mula Belajar Bahasa Mandarin!

Terdapat beberapa komponen penting asas Bahasa Mandarin.

Dalam panduan belajar Bahasa Mandarin ini kami bawakan konsep belajar dengan mudah.

Iaitu dengan memberikan contoh mudah, perbandingan antara bahasa Cina dan bahasa Melayu.

Dengan pengalaman lebih 5 tahun, banyak teknik yang dikongsikan kepada pelajar kami untuk belajar dengan mudah.

Di bawah merupakan senarai yang anda boleh jadikan sebagai panduan.

01

Pinyin

Pinyin adalah kunci kepada sebutan yang mengandungi initial, final & nada

02

Kosa Kata

Kosa kata atau vocab, penting untuk kita bina ayat

03

Tatabahasa

Dengan tatasabahasa anda boleh susun ayat dengan betul

04

Karakter Cina

Karakter Cina adalah tulisan Bahasa Mandarin

Kami sarankan anda untuk baca satu persatu untuk fahamkan asas Bahasa Mandarin sekukuhnya.

Pinyin

Kita mulakan dengan Pinyin.

Apa tu Pinyin?

Pinyin bahasa mudahnya ialah ‘rumi’ kepada tulisan Cina.

Sistem Pinyin adalah sistem yang diasaskan pada tahun 1950-an oleh pakar bahasa China, Zhou Youguang yang digelar sebagai Bapa Pinyin.

zhou-you-guang
Sumber: WooKong

Pada 1958 ia diterbitkan oleh kerajaan China.

Hari ini, sistem ‘rumi’ atau Pinyin ini memudahkan untuk bukan penutur asli belajar Bahasa Cina.

拼音 (pīnyīn) jika kita terjemah, 拼 (pīn) bermaksud eja dan 音 (yīn) bermaksud bunyi.

Jadi 拼音 (pīnyīn) bermaksud mengeja bunyi.

Sistem ini adalah sistem untuk mengeja tiap karakter Cina yang ada.

Ia bukanlah sistem yang sama seperti ABC tetapi ia adalah sistem yang wujud untuk mengeja macam mana sebutan kepada tiap perkataan itu dieja.

Dengan adanya Pinyin, sekaligus memudahkan anda untuk mula belajar Bahasa Mandarin tanpa rasa takut dengan karakter Cina.

Dan dengan menguasai Pinyin, anda akan menguasai percakapan dan pendengaran bahasa ini dengan baik.

3 Komponen Pinyin

Terdapat 3 komponen penting dalam Pinyin menjadikannya ejaan yang lengkap.

Sama seperti Bahasa Melayu, ejaan memerlukan konsonan dan vokal untuk dapatkan ejaan yang betul.

karakter-cina-dan-pinyin

3 Komponen tersebut adalah initial, final dan nada.

Jadi kita akan sentuh 3 komponen ini satu persatu.

Initial

Initial atau dalam bahasa Melayu bermaksud awalan.

Jadi initial adalah komponen yang berada di permulaan Pinyin.

Initial adalah konsonan yang digunakan sebagai sebutan hadapan bagi tiap suku kata dalam Pinyin.

Ada 23 semuanya.

Sama seperti huruf konsonan dalam bahasa Melayu, Initial juga menggunakan konsonan yang sama seperti b c d f dan lain-lain.

Yang beza adalah ada konsonan yang digabung seperti zh, sh dan ch.

Initial tidak boleh standalone seperti final.

Berikut adalah senarai initial yang ada dalam Bahasa Mandarin.

initial-pinyin

Final

Final atau dalam bahasa Melayu bermaksud akhiran.

Ia adalah komponen selepas initial dan boleh standalone kerana sendirinya initial ada bunyi sama seperti kita sebut a e i o u.

Sama seperti huruf vokal dalam bahasa Melayu, Final menggunakan vokal yang sama seperti a e i o u dan ada satu tambahan huruf iaitu ü.

Sama seperti initial, final juga ada huruf vokal yang digabung seperti ao ei uo dan lain-lain.

Berikut adalah senarai final yang ada dalam Bahasa Mandarin.

final-pinyin

Initial & Final

Seperti dinyatakan di atas, initial tidak boleh sendirian manakala final boleh.

Dan tiap initial tidak semestinya boleh bertemu dengan semua final.

Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk senarai initial dan final penuh.

Nada

Kita bergerak ke komponen seterusnya iaitu nada.

Berbeza dengan bahasa Melayu, nada memainkan peranan penting dalam bahasa Mandarin.

Bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris tiada data.

Jadi apakah fungsi nada dalam bahasa ini?

Ia berfungsi untuk membezakan maksud.

Dalam Bahasa Mandarin ada perkataan yang bunyi sebutannya sama tetapi dengan nada yang berbeza, ia membawa maksud yang berbeza.

nada-pinyin

Perbezaan ini dapat dibezakan dengan mudah sekiranya kita membaca karakter Cina.

Oleh kerana kita membaca Pinyin, kita perlu peka dengan tanda di atas huruf.

Kita ambil contoh 4 perkataan ini perkataan mā má mǎ mà.

Anda boleh lihat ada 4 tanda yang berbeza.

nada-bahasa-mandarin

Tiap pinyin di atas ada karakter masing-masing dan maksud yang berlainan.

Jadi pastikan anda sebut dengan nada betul untuk elakkan kekeliruan.

Jom kita lihat maksud tiap perkataan yang sebutnya sama dengan nada berbeza di bawah.

KarakterPinyinMaksud
Ibu
Jerami
Kuda
Maki
Ma Kah/Ke

Menarik kan?

Jadi kalau nak cakap ibu maki kuda, secara mudahnya adalah mā mà mǎ (妈骂马) .

Di bawah adalah senarai 4 nada utama yang berada di atas tiap final.

Belajar bahasa mandarin memerlukan anda mahir kesemua nada.

Kepentingan Pinyin

Pinyin adalah permulaan kepada anda untuk belajar sebut dan dengar.

Jadi ia adalah kunci kepada lisan anda.

Untuk permulaan, ketepikan dahulu karakter Cina.

Ambil masa sekurangnya 1-2 bulan untuk menguasai Pinyin, selitkan bersama kosa kata dan frasa asas Bahasa Mandarin.


Kosa Kata & Frasa

Dalam anda sedang belajar Pinyin, kosa kata dan frasa datang sekali.

Ini kerana tiap Pinyin adalah 1 karakter Cina.

Dan tiap karakter Cina membawa maksud.

Kita ambil contoh gabungan inital w dan o. Nada pilihan adalah nada ketiga.

Pinyin , manakala karakternya adalah 我 membawa maksud saya.

Jadi dengan semudah itu, anda sudah belajar 1 perkataan baru!

Pernah dengar wŏ ài nĭ?

Mesti pernah kan?

Jadi kita tengok tiap 1 perkataan, apakah maksudnya.

KarakterPinyinMaksud
Saya
àiCinta
Awak

Pendek saja kan?

Kalau nak dibandingkan dengan bahasa Melayu, kita akan sebut saya cinta awak, 6 suku kata diperlukan untuk sampaikan cinta.

Dengan bahasa Mandarin, anda hanya perlukan 3 suku kata saja untuk ucapkan cinta anda pada kekasih anda!

Ok, jadi bagaimana nak belajar kosa kata dan frasa dalam bahasa Mandarin?

Kami sangat sarankan anda untuk pilih 1 tema mudah dan mulakan daripada situ.

Antara tema yang disarankan adalah:

  • Kata Ucapan
  • Perkenal Diri
  • Nombor
  • Hari Jadi
  • Hobi

Mulakan dengan 5 tema ini terutama kata-kata ucapan.

Secara asasnya kita mahu anda boleh ucapkan selamat pagi atau terima kasih dalam Bahasa Mandarin terlebih dahulu.

Kami senaraikan kosa kata dan frasa mengikut tema untuk anda pelajari.

Kata Ucapan

Kata ucapan adalah asas perbualan dalam mana-mana bahasa.

你好 (nǐ hǎo) bermaksud salam sejahtera.

Manakala 你好吗 (nǐ hǎo ma) bermaksud apa khabar.

Untuk tambah kata ucapan anda, kami senaraikan sekurangnya 6 di bawah untuk permulaan.

Selamat Pagi
Selamat Petang
Selamat Malam
KarakterPinyin
早安zǎo ān
KarakterPinyin
午安wǔ ān
KarakterPinyin
晚安wǎn’ān
Terima Kasih
Sama-sama
Maaf
KarakterPinyin
谢谢xiè xiè
KarakterPinyin
不客气bù kè qì
KarakterPinyin
对不起duì bù qǐ

Cukup 6 kata ucapan anda boleh gunakan setiap hari.

Cuba campurkan dalam perbualan harian untuk biasakan diri.

Perkenal Diri

Untuk perkenal diri dalam Bahasa Mandarin, kita ambil 3 ayat penting terlebih dahulu.

Selesai 3 ayat memperkenal diri yang mudah.

Boleh cuba praktis di tempat kerja tau di tempat belajar anda!


Tatabahasa

Setelah anda menguasai kosa kata yang banyak, pastinya anda ingin bertutur dengan lebih lancar bukan.

Penutur yang baru mula belajar adalah seperti bayi yang mula mahu bercakap.

Perhatikan bayi yang baru berusia 2 tahun bercakap.

Mereka hanya menggunakan satu perkataan untuk menerangkan sesuatu perkara.

Apabila bayi meningkat 4 hingga 5 tahun barulah mereka pandai menyusun perkataan menjadi satu ayat lengkap.

Begitu juga anda yang ingin belajar bahasa baru, anda harus mengalami proses yang sama untuk anda terus bertutur dengan lancar.

Tatabahasa dalam bahasa Cina sangat mudah.

Ia sangat berbeza dengan bahasa Inggeris dan juga bahasa arab.

Sebutan bagi sesuatu perkataan adalah tetap dan tidak berubah.

Contohnya apabila terdapat perbezaan bilangan, jantina atau perubahan masa, sebutan bagi satu perkataan tidak berubah tidak seperti bahasa Inggeris.

Tambahan, bahasa Cina tiada penggunaan tenses seperti past tense dan present tense.

Karakter Cina

Kami memilih untuk menyenaraikan karakter Cina terakhir.

Kenapa?

Kerana belajar karakter Cina memfokuskan untuk membaca dan menulis.

Ramai dalam kalangan orang Cina yang tidak belajar bahasa Cina secara formal tidak tahu menulis dan membaca.

Mereka hanya boleh tuturkan dan dengar sahaja.

karakter-cina

Jadi untuk permulaan, karakter Cina bukanlah prioriti anda.

Setelah anda faham konsep bahasa ini barulah anda boleh teruskan dengan belajar karakter Cina.

Cuma bergantung kepada matlamat anda, sekiranya anda mahu mengambil peperiksaan HSK, karakter Cina antara kunci untuk lulus dan dapatkan sijil.

Tetapi…

Asas mula belajar Bahasa Mandarin masih lagi dengan menggunakan Pinyin bagi bukan native speaker.

Tulis Bukan Lukis

Karakter Cina adalah tulisan yang ditulis.

Ia dilukis beribu tahun dahulu.

Cuma dengan evolusi tulisan, ia menjadi tulisan yang ditulis.

Sejarah yang lama menjadikannya antara tulisan tertua di dunia.

Komponen Karakter Cina

Untuk belajar menulis karakter Cina, jom kita kenalpasti dahulu komponen-komponen dalam karakter Cina.

Terdapat beberapa komponen penting yang anda perlu tahu.

Menulis karakter Cina ibarat mencantumkan Lego.

Cantuman yang betul, anda akan dapat tulisan yang betul dan cantik.

Tersilap cantum, ibarat Lego yang senget benget.

Terdapat 4 komponen penting dalam karakter Cina iaitu:

  1. Strok
  2. Urutan Strok
  3. Susunan komponen
  4. Radikal

Strok

Strok atau dalam Bahasa Mandarin dipanggil 笔画 (bǐ huà) adalah komponen yang membina tiap karakter Cina.

Ia ibarat ceracak dan tiang kepada karakter Cina.

Terdapat lebih kurang 30 strok yang ada dalam Bahasa Cina untuk menulis karakter.

strok-karakter-cina
Tiap strok ada nama sendiri

Tiap strok ditulis, ada arahnya.

Dan tiap strok ada namanya sendiri.

Dan tiap nama membawa gambaran kepada rupa strok itu.

Contohnya 横 (héng) bermaksud melintang dan ia ditulis dari kanan ke kiri.

Manakala 竖 (shù) pula bermaksud menegak dan ia ditulis dari atas ke bawah.

Dalam tiap karakter, ada beberapa strok dan biasanya ia dikira.

Kenapa?

Untuk memudahkan penulisan karakter Cina.

karakter-cina-paling-susah

Urutan Strok

Tengok karakter di atas, ini adalah karakter paling susah dalam Mandarin.

Pun begitu ia ditulis satu persatu.

Itulah kecantikan urutan strok.

Urutan strok memainkan penting untuk menulis dengan betul dan cantik.

Tiap karakter Cina ada urutan dia untuk menulis strok.

Ia dipanggil 笔顺 (bǐshùn) iaitu urutan strok.

Sama seperti strok, urutan strok mestilah mengikut peraturannya.

Ia memudahkan kita untuk menghafal bagaimana sesuatu karakter ditulis.

gao-order

Susunan Komponen

Tiap karakter yang lebih daripada 1 bahagian, akan ada susunannya.

Susunan sesuatu karakter Cina sangat penting untuk difahami.

Ini kerana anda boleh menulis karakter yang sangat rumit dengan mudah.

Antara peraturan susunan adalah seperti:

  1. Tulis komponen kiri dulu baru komponen kanan
  2. Tulis komponen atas dulu baru komponen bawah

Dan banyak lagi.

Radikal

Setelah strok, urutan strok dan susunan difahami, radikal datang membantu.

Terdapat 214 radikal dalam Bahasa Mandarin.

Tiap radikal adalah gabungan strok yang mempunyai elemennya sendiri.

Mana Nak Mula Tulis?

Jika anda mahu mula tulis karakter Cina, kami sangat sarankan untuk menulis perkataan-perkataan yang mempunyai 2-3 strok terlebih dahulu.

Contohnya orang atau rén hanya ada 2 strok sahaja, cuba lihat karakternya, 人.

Mudah saja kan?

1 kiri 1 kanan.

Jadi, mulakan dengan karakter mudah supaya anda tidak cepat mengalah.

Rumit dan Susah

Tak dinafikan untuk belajar menulis karakter Cina tidak mudah.

Pun begitu, itulah sebab jika anda mula dengan menulis karakter Cina, anda mudah untuk mengalah.

Tetapi jika anda dapat menguasainya, anda dah naik ke level yang seterusnya.


Memilih Cara Belajar Bahasa Mandarin

Belajar bahasa mandarin tidak lengkap sekiranya anda tidak berusaha untuk bertutur menggunakan bahasa mandarin.

Anda boleh belajar Bahasa Cina dengan pelbagai cara yang anda selesa.

Contohnya, anda boleh belajar Bahasa Cina di kelas Bahasa Mandarin, bahan bacaan, apikasi di telefon bimbit, filem ataupun dengan mencari rakan penutur Bahasa Cina.

Setiap cara ini mempunyai kekurangan dan kelebihan yang tersendiri.

Jadi, anda harus bijak memilih!

Bahan Bacaan Bahasa Mandarin

Belajar Bahasa Cina boleh dilakukan  dengan pembacaan melalui buku atau web yang menyediakan kursus Bahasa Mandarin secara percuma.

Kelebihan cara ini ialah anda dapat mencari sumber bacaan dengan mudah dan ia mampu dilakukan dimana sahaja dan pada bila bila masa.

belajar-bahasa-cina

Kekurangan cara ini ialah anda tidak dapat memastikan yang mana benar dan yang mana salah.

Jika dari segi penulisan anda mungkin dapat mengusainya dengan mudah.

Namun untuk berkomunikasi anda memerlukan seseorang yang mampu berbahasa Mandarin untuk memastikan setiap perkataan yang anda tuturkan adalah betul atau salah.

Aplikasi telefon bimbit atau komputer

Pada zaman teknologi kini, anda boleh belajar menggunakan aplikasi percuma dari telefon bimbit mahupun komputer.

Antara kelebihan menggunakan cara ini adalah anda boleh belajar dengan cepat dan mudah untuk jangka masa pendek.

Akan tetapi untuk jangka masa panjang, kami rasakan cara ini tidak sesuai kerana belajar memerlukan anda tahu lebih mendalam tentangnya.

app-belajar-bahasa-mandarin

Kami cadangkan anda guna Pleco dan Nciku sebagai kamus rujukan anda.

Kedua-dua app kamus ini terdapat dalam sistem Android dan iOS.

Menonton Filem atau Video Pendek

Menonton filem atau video pendek Mandarin adalah salah satu cara yang seronok.

Bayangkan anda boleh faham filem lakonan Jackie Chan. Best kan?

Selain itu, anda juga boleh belajar kata-kata sapaan atau loghat yang digunakan oleh mereka.

Anda boleh menonton kartun atau klip video pendek berbahasa Mandarin di website seperti Youtube.

sarikata-bahasa-mandarin

Sebagai permulaan, anda mungkin memerlukan sari kata (subtitle) ketika menonton rancangan tersebut, namun lama-kelamaan anda pasti akan dapat memahami dialong asas walau tanpa sari kata!

Anda boleh menjadi lebih proaktif dengan menjeda (pause) filem yang anda tonton tersebut ketika anda mendengar kata-kata atau frasa-frasa tertentu dan ikuti cara sebutannya.

Ini dapat membantu anda menyebut kata-kata atau frasa-frasa tersebut dalam sebutan yang lebih tepat seperti penutur asli!

Hari ini banyak juga Youtuber Cina yang sangat menarik untuk ditonton.

Dengar radio, lagu atau recording berbahasa Mandarin

Cara ini sungguh mudah dan dapat membuatkan anda semakin biasa dengan bahasa Mandarin.

Anda dapat melakukannya di mana saja anda berada. Jika anda tidak dapat menangkap setiap kata yang diucapkan, tidak mengapa.

Cuba untuk menjadi pendengar yang aktif dan tangkap kata-kata yang diucapkan.

Cara ini mungkin anda rasakan sedikit perlahan tetapi saya jamin pemahaman dan kemahiran mendengar bahasa Mandarin anda pasti akan meningkat.

sarikata-lagu-bahasa-mandarin
Jay Chou – 红尘客栈

Cara ini juga sesuai dilakukan oleh mereka yang seringkali berjalan-jalan.

Anda hanya perlu memasang mp3 atau memainkan lagu Mandarin di telefon pintar anda.

Spotify dan Apple Music kan dah ada, jadi lebih mudah nak cari lagu dan dengar.

Anda juga boleh mendengar podcast berbahasa Mandarin ketika berada di dalam kereta.

Selain itu, anda juga boleh mencuba mendengarkan lagu atau podcast tersebut sambil melakukan kerja rumah, seperti menyapu atau mencuci pinggan.

Cari 语伴 (yǔ bàn)

语伴 (yǔ bàn) adalah rakan bahasa atau language partner.

Tujuan mencari rakan bahasa adalah supaya anda berdua boleh saling belajar bahasa yang anda mahir.

Katakan anda mahir berbahasa Inggeris dan anda memerlukan rakan yang boleh berbahasa Mandarin, anda boleh mencari rakan anda yang berbangsa Cina yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa Inggerisnya.

Dengan ini, anda dan rakan anda boleh saling belajar dan meningkatkan kemahiran berbahasa asing.

Bahasa mandarin yang anda pelajari tidak akan berkembang jika anda tidak menggunakannya.

Partner bahasa asing

Untuk membuatkan ianya terus berkembang, anda harus berlatih dengan berbual dengan rakan penutur bahasa mandarin khususnya orang berbangsa cina.

Kami pasti anda tidak mempunyai kesukaran mencari rakan penutur bahasa mandarin di Malaysia.

Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan hidup aman harmoni akan sentiasa membantu anda untuk terus berjaya.

Anda perlu berani mencuba dan terus mencuba.

Kejayaan tidak akan datang bergolek sebaliknya memerlukan anda untuk menggolekkanya.

Kelas Bahasa Mandarin

Seperti yang kami nyatakan di atas, terdapat banyak pusat-pusat tuisyen yang menawarkan kelas bahasa mandarin.

Ini adalah cara terbaik kami sarankan.

Dengan bantuan guru Mandarin, anda boleh belajar Bahasa Cina dengan mudah dan cepat.

Terdapat banyak kelas bahasa Mandarin yang ada jadi tiada masalah untuk memilih yang mana satu.


Kesimpulan

Untuk belajar Bahasa Mandarin, apa yang diperlukan adalah komitmen yang berterusan.

Pada permulaan, mungkin anda rasa ia agak susah.

Tapi sama seperti seorang bayi, anda hanya perlu belajar meniarap dulu.

Lama-lama anda akan boleh berjalan dan berlari.

Yang penting, usaha berterusan anda dan teknik belajar yang betul.

Belajar Bahasa Mandarin, memang mencabar jika tidak belajar berguru.

belajar-bahasa-mandarin-kinder

Tidak dinafikan ia merupakan salah satu bahasa yang susah untuk dipelajari kerana tidak menggunakan sistem alphabet (sistem ABC), sebaliknya menggunakan sistem Pinyin untuk menyebut karakter Cina.

Pun begitu, yang paling menyeronokkan dan mengagumkan adalah setiap karakter Cina ada kisah di sebaliknya dan setiap kisah itu berkait rapat dengan sejarah, budaya dan sastera orang Cina.

Sejarah dan budaya orang China adalah yang paling tertua dan terkaya di dunia.

China dikenali dengan hebat daripada segi falsafah, kesasteraan dan imaginasi mereka.

Kongsikan panduan belajar bahasa Mandarin ini dengan kawan anda yang nak mula belajar juga.

Leave a Comment

Scroll to Top