Belajar Bahasa Mandarin Gaya Santai Bersama Limau Mandarin

Belajar Bahasa Mandarin gaya santai dan anda akan menjadi salah seorang daripada penutur bahasa yang paling ramai di dunia.

Bahasa Mandarin adalah bahasa yang dituturkan oleh lebih 955 juta orang, bahasa yang paling ramai penuturnya melebihi loghat lain seperti Kantonis, Hokien dan sebagainya.

Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi China dan Taiwan. Ia juga merupakan salah satu bahasa rasmi Singapura. 14.4% daripada populasi dunia boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.

70% daripada orang negara Tembok Besar, China berbahasa Mandarin terutama mereka yang berada di utara China.

Apakah maksud ‘Mandarin’ sebenarnya? Perkataan ‘Mandarin’ sebenarnya diambil daripada bahasa Sanskrit, ‘mantrin’ yang membawa maksud menteri atau kaunselor. Dalam erti kata lain adalah bermaksud pegawai kepada dinasti Ming dan Qing.

Mandarin merupakan bahasa standard yang asalnya digunakan oleh orang utara China kemudian dijadikan bahasa rasmi negara China.

Bahasa Mandarin juga dipanggil :

  1. 普通话 (Digunakan di China)
  2. 国语 (Digunakan di Taiwan)
  3. 华语 (Biasanya digunakan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina)

Bahasa Mandarin pasda asalnya adalah gabungan bahasa cina kuno dan cina lama. Pada asalnya bahasa Mandarin hanyalah lukisan kemudian mengalami evolusi menjadi tulisan dan akhirnya dijadikan bahasa standard.

Pada tahun 1958, satu sistem baru diperkenal dan digunakan sehingga hari ini menggunakan huruf rumi seperti yang kita gunakan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu membentuk 拼音.

拼音 merupakan sistem sebutan yang membawa maksud ‘Bunyi Ejaan’. Tujuan 拼音 diperkenal adalah untuk memudahkan bukan penutur untuk belajar menyebut 汉字 iaitu karakter cina.

Untuk belajar Bahasa Mandarin gaya santai, 拼音 menjadi tunjang utama dan asas nombor satu dalam menghafal 汉字.

拼音 101

Belajar Bahasa Mandarin gaya santai, sama seperti belajar Bahasa Melayu, asas utama adalah belajar menyebut alphabet A-Z.

Dalam Bahasa Mandarin, apa yang diperlukan adalah belajar untuk menyebut 拼音 dengan betul.

Apakah struktur 拼音?

拼音 yang lengkap merangkumi 1 initials, 1 finals dan 1 nada.

Apakah initials?

Initials merupakan konsonan yang digunakan sebagai sebutan hadapan dan untuk belajar Bahasa Mandarin terdapat 23 initials.

23 initials adalah seperti di bawah :

Pinyin Initials

Apakah finals?

Finals merupakan vokal dan gabungan vokal yang melengkapkan bunyi sebutan. Terdapat 35 finals yang ada dalam Bahasa Mandarin.

Pinyin Finals

Apakah nada?

Bahasa Mandarin adalah bahasa yang mempunyai nada. Nada berperanan dalam menentukan maksud sesuatu perkataan.

Terdapat 4 nada penting dalam Bahasa Mandarin iaitu :

Nada 1, Nada 2, Nada 3 & Nada 4

Nada Pinyin

Pun begitu terdapat satu lagi nada iaitu nada neutral. Nada-nada ini boleh dilihat berada di atas vokal yang membawa bunyi.

Nampak banyak kan? Bagi mereka yang baru saja mahu bermula belajar Bahasa Mandarin, memang mencabar namun apabila sudah biasa, ia menjadi sekadar rujukan asas sahaja.

Berapa lama kena belajar asas?

Ramai yang bertanyakan kepada kami berapa lamakah masa yang diambil untuk betul-betul menguasai sebutan initials, finals dan nada.

Bagi kami, kerja keras dan istiqamah sangat diperlukan dan ia akan menentukan berapa lama masa yang akan diambil untuk menguasainya.

Jika diambil berdasarkan purata, ia mungkin memerlukan masa 3 sehingga 6 bulan dengan guru yang betul agar sebutan yang disebut adalah betul dan tepat.

Kesimpulan

Adalah sangat penting untuk menguasai perkara asas untuk belajar Bahasa Mandarin sama seperti kita belajar menyebut A-Z dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Terdapat beberapa rujukan yang kami bakal kongsikan dan teruskan bersama kami dengan mengisi email anda di sebelah!