1. Pleco

plecoPleco merupakan kamus eletronik yang boleh di dapati secara percuma di Google Play atau Apple Store. Kamus merupakan alat paling penting dalam proses pembelajaran Bahasa Mandarin.

Pleco adalah salah satu kamus paling lengkap bagi kami bagi membantu anda mempelajari Bahasa Mandarin.

Anda boleh menggunakan pinyin, tulisan tangan, karakter atau maksud dalam bahasa inggeris dalam mencari kosa kata yang diinginkan.

pleco

2. Hello Chinese

hello chineseAplikasi Hello Chinese menyediakan cara pembelajaran yang telah disusun dengan baik bagi membantu anda mempelajari Bahasa Mandarin dengan mudah.

Aplikasi ini direka bagi membantu anda belajar bahasa Mandarin dengan lebih mudah dan tersusun.

Dengan menggunakan aplikasi ini anda akan belajar menulis karakter, cara sebutan, pendengaran dan tatabahasa dengan mudah. Konsep aplikasi ini adalah berbentuk kuiz dan permainan. Ianya sangat menarik!

3. ChineseSkill

ChineseSkillKonsep aplikasi ini sama dengan aplikasi Hello Chinese tetapi grafiknya lebih menarik. Ini boleh menarik minat anak anak untuk belajar bahasa Mandarin. Isi kandungan dalam aplikasi ini disusun dengan sangat baik.

Bermula dari tahap mudah hingga ke tahap sukar. Kami percaya anda hanya akan mengambil masa yang singkat dalam mempelajari bahasa mandarin menggunakan aplikasi ini.

4. KwikMandarin

kwikmandarinKwikmandarin adalah satu platform yang membantu anda mempelajari bahasa mandarin dalam Bahasa Melayu. Anda boleh mempelajari dialog mudah jika menggunakan aplikasi yang dihasilkan oleh mereka. (Kwikmandarin website)

Kwikmandarin juga mempunyai channel di Youtube yang membolehkan anda memahami dengan lebih mendalam tentang Bahasa Mandarin. Anda boleh lihat video tersebut di sini.

kwikmandarin

5. Learn Mandarin Chinese

learn chineseAplikasi ini sesuai untuk anda yang ingin belajar ayat ayat mudah dalam bahasa mandarin. Ianya sangat sesuai digunakan untuk belajar bahasa mandarin kerana mempunyai suara dan cara sebutan yang tepat.

Dengan adanya aplikasi seperti ini, ianya dapat membantu anda mempelajari bahasa mandarin dengan lebih cepat dan mudah. 

Bonus : Telegram Channel One Day One Mandarin

Bagi anda yang mahu belajar Bahasa Mandarin di Aplikasi Telegram, terdapat channel yang sesuai untuk anda. Pengasas dan admin channel tersebut adalah merupakan golongan pensyarah dan guru Bahasa Mandarin kolej-kolej serta sekolah di seluruh Malaysia. Untuk mengenal dengan lebih lanjut klik disini. Anda boleh terus Join Telegram Channel ini di SINI.

Kesimpulan

Teknologi kini telah mengubah hidup manusia menjadi lebih mudah. Gunakanlah teknologi dengan sebaiknya kerana banyak manfaat yang boleh diambil darinya. Jom manfaatkannya dengan belajar Bahasa Mandarin. Jika anda ada cadangan yang lain, jangan lupa kongsikan!

Comments

comments

何赞 (hézàn) berasal dari Pulau Pinang dan menetap di negeri Kedah. Merupakan graduan dari Beijing Language and Culture University BLCU 2011/2016. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma pendidikan lepasan ijazah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, kedah.