Anda nak ke travel ke Xi’an? Ayuh kami ceritakan sedikit sebanyak mengenai kota bersejarah ini.

Xi’an merupakan ibu negeri bagi provinsi Shaanxi dan ia juga merupakan ibukota kepada negara China pada suatu ketika dahulu.

Travel Ke Xi’an Pengalaman Mengujakan

Selain daripada Beijing, kota Xi’an juga di antara tempat-tempat pelancongan yang terkenal di China. Kota Xi’an menyimpan sejarah China yang amat bernilai dan wajib dilawati oleh para pelancong.

peta xi'an
Peta China

Jika ingin ke Xi’an, saya cadangkan anda melancong selama 3-4 hari. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika melancong di sini. Ianya cukup untuk anda pergi ke tempat-tempat popular di Xi’an.

Persediaan Sebelum Travel Ke Xi’an

Masa Sesuai Travel Ke Xi’an

Xi’an bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong luar negara, malah rakyat China juga gemar melancong ke Xi’an. Oleh itu, elakkan pergi ke Xi’an pada cuti umum negara China. Contohnya pada hari kebangsaan China yang jatuh pada minggu pertama bulan Oktober setiap tahun.

Semasa cuti umum, tempat pelancongan di China biasanya dibanjiri dengan ribuan rakyat China. Ianya pasti akan menjadi satu penyesalan yang besar jika anda melancong pada waktu tersebut. Pada cuti musim panas di antara pertengahan Julai hingga akhir Ogos terdapat juga kemasukan pelancong yang terdiri daripada kalangan pelajar.

Cuaca di Xi’an agak panas pada Jun hingga Ogos serta sejuk sedikit pada bulan Disember hingga Februari. Waktu terbaik untuk melawat ke Xi’an adalah di antara pertengahan Oktober di mana hujan kurang turun.

Bulan April dan Mei juga waktu yang sesuai untuk ke Xi’an kerana suhu pada ketika itu begitu nyaman. Namum begitu, pada bulan Mei juga kadang kala mungkin berlaku ribut pasir.

travel ke xi'an

Pengangkutan ke Xi’an

1. Kapal Terbang

Xi’an Xianyang International Airport (西安咸阳国际机场 Xī’ān xiányáng guójì jīchǎng) merupakan lapangan terbang yang terletak kira-kira 41km dari pusat bandar Xi’an. Setiap hari terdapat banyak penerbangan yang dilakukan sama ada dari dalam dan luar negara ke Xi’an. Dari Malaysia, anda boleh menaiki penerbangan AirAsia untuk ke sini.

Dari lapangan terbang anda boleh memilih untuk menaiki tiga kenderaan awam ke pusat bandar Xi’an seperti :

  • Teksi : Jika tiada kesesakan lalu lintas, perjalanan mengambil masa kira-kira 50 minit untuk ke pusat bandar dan harganya kurang daripada 150 Yuan.
  • Shuttle bus : Terdapat lebih daripada 15 buah shuttle bus yang menghubungkan lapangan terbang dengan bandar-bandar lain sekitar Xi’an. Harga tiketnya kira-kira 25 Yuan.
  • Bas ke bandar-bandar lain : Anda juga boleh menaiki bas ini untuk ke bandar-bandar lain sekitar Xi’an seperti ke Baoji, Hancheng, Tianshui, Tongchuan, Weinan, Yan’an, Yangling dan lain-lain lagi.

2. Keretapi

Jika anda mahu ke Xi’an dari bandar lain sekitar China seperti Beijing, menaiki keretapi merupakan antara pilihan yang bijak. Terdapat dua stesen keretapi di Xi’an

Xi’an Railway Station (西安站 Xī’ān zhàn) merupakan stesen utama dan pertama bandar Xi’an. Stesen ini menghubungkan Xi’an ke bandar-bandar utama China melalui keretapi ekspress K. Di hadapan stesen ini ialah stesen bas Shaanxi, di mana anda boleh menaiki bas tersebut ke bandar lain. Anda juga boleh menaiki bas pelancong di situ untuk ke Mount Huashan dan Terracotta Warriors.

Xi’an North Railway Station (西安北站 Xī’ān běi zhàn) merupakan stesen yang baru dibina terletak 14km dari pusat bandar. Ianya menghubungkan Xi’an dengan Beijing, Guangzhou dan Shanghai melalui keretapi laju (bullet trains). Untuk ke pusat bandar, anda boleh menaiki teksi yang hanya mengambil masa 40 minit dengan bayaran sekitar 50 Yuan. Terdapat juga kemudahan keretapi bawah tanah (subway) untuk ke pusat bandar.

Untuk panduan membeli tiket keretapi, sila rujuk artikel ini

3. Bas

Saya tidak galakkan anda untuk ke Xi’an dengan menaiki bas. Ini kerana, anda perlu fasih berbahasa mandarin. Selain itu, anda juga berkemungkinan besar berhadapan dengan berbagai masalah.

Menginap di Xi’an

Terdapat banyak hotel yang ada di Xi’an. Saya cadangkan anda memilih hotel berdekatan dengan Muslim Quarter, The Great Mosque atau di sekitar Bell and Drum Towers. Ianya antara salah satu kemudahan bagi pelancong Muslim kerana anda mudah untuk mencari makanan halal.

Saya cadangkan beberapa laman web yang boleh anda layari untuk mencari hotel seperti booking.com dan ctrip.com.

Pengangkutan Awam Xi’an

Untuk melawat tempat-tempat di Xi’an, terdapat empat jenis pengangkutan awam utama yang boleh anda naiki.

1. Keretapi Bawah Tanah (Subway)

Terkini, Xi’an hanya mempunyai dua line keretapi bawah tanah iaitu

Line 1 : Perjalanannya dari bahagian Utara ke Selatan Xi’an.

Line 2 : Perjalanannya dari bahagian Timur ke Barat Xi’an.

Line 3 sedang dibina dan akan dibuka tidak lama lagi sementara pembinaan Line 4 sedang dirangcang bagi tahun 2018.

Harga tiket di antara 2 hingga 5 Yuan bergantung kepada jarak perjalanan anda.

2. Bas

Perkhidmatan bas di XI’an begitu efektif dan cekap. Anda boleh ke mana-mana sahaja bahagian bandar Xi’an. Akan tetapi ianya akan menjadi kesulitan jika anda tidak mampu berbahasa mandarin. Harga tiket juga bergantung kepada jarak perjalanan.

3. Teksi

Perkhidmatan teksi di Xi’an mudah, selesa dan harganya berbaloi. Kebanyakan pemandu tidak mampu berbahasa Inggeris. Jadi bagi pelancong yang tidak fasih berbahasa mandarin, anda boleh tulis alamat destinasi di kertas dan tunjukkan kepada dia.

teksi xi'an

4. Bas Pelancong

Terdapat 10 laluan bagi bas pelancong yang kebanyakannya melakukan perjalanan ke luar pusat bandar Xi’an seperti Mount Hua, the Terracotta Warriors dan lain-lain lagi. Bas pelancong mudah untuk dikenali. Setiap bas pelancong dilebal dengan tanda (游) Yóu.

Bas ini tidak mempunyai jadual perjalanan yang tetap dan biasanya akan bergerak apabila jumlah penumpang penuh.

Tip : Bagi memudahkan perjalanan, saya cadangkan anda membeli kad pengangkutan awan Xi’an (长安通卡 cháng’ān tōng kǎ). Anda boleh menggunakannya ketika menaiki keretapi bawah tanah dan bas.

Tempat yang perlu dilawati di Xi’an

1. The Terracotta Warriors (兵马俑 Bīngmǎyǒng)

Terracotta Warriors atau nama sebenarnya Mausoleum of The Emperor Qin Shihuang (秦始皇帝陵博物院 qínshǐhuáng dì líng bówùyuàn) merupakan salah satu daripada tapak warisan dunia yang disenaraikan oleh UNESCO. Ia menjadi antara sebab utama pelancong untuk datang ke Xi’an.

terracotta wariors

Terracotta Warriors ini ditemui oleh beberapa orang petani. Pada tahun 1974, ketika mereka sedang menggali untuk mencari air bagi membuat perigi, mereka telah menjumpai beberapa serpihan patung.

Kemudian mereka melaporkan kejadian tersebut kepada pihak kerajaan. Ahli arkeologi diarahkan untuk melakukan penyelidikan dan akhirnya mereka menjumpai banyak lagi patung. Mereka mengambil masa yang panjang untuk melakukan penyelidikan. Mereka mengaitkan penemuan artifak ini dengan dinasti Qing (211-206BC).

Terracotta Warriors
AlamatLitong District, Xi’an (陕西省西安市临潼区)
TiketMac 1 – November 30 : 150 Yuan

 

Desember 1 – akhir Februari : 120 Yuan

Waktu OperasiMac 16 – November 15 : 8:30-18:00 (akhir pembelian tiket 17:00)

 

November 16 – Mac 15 : 8:30-17:30 (akhir pembelian tiket 16:30)

 

 

Pengangkutan

Bas 306 (atau bas pelancong no 5) yang bergerak dari Xi’an Railway Station. Turun di stesen Bing Ma Yong (Terracotta Warriors).
 

 

 

Tip lawatan

Cadangan masa lawatan di sini selama 3 jam. Kebiasaannya banyak pelancong datang pada waktu pagi bersama travel agensi. Jadi saya cadangkan pelancong yang datang sendiri agar datang pada waktu tengah hari bagi mengelakkan kesesakan dengan mereka. Bas terakhir untuk ke pusat bandar Xi’an adalah pada pukul 19:00 dari situ.

2. Muslim Quarter (回民街Huímín jiē)

muslim quaters
Muslim Quarter

Muslim Quarter merupakan pusat masyarakat Islam di bandar Xi’an yang mana jumlah mereka mencecah 20 000 orang. Mejoriti daripada mereka terdiri daripada etnik Hui. Mereka tinggal dan bekerja di situ. Di sekitar Muslim Quarter didirikan banyak masjid, The Great Mosque merupakan salah satu masjid yang popular terletak di jalan Huajue.

Di sini terdapat bazar yang manjadi tarikan pelancong. Mereka boleh membeli cenderamata atau menikmati pelbagai jenis makanan halal. Kebanyakan kedai dimiliki oleh orang Islam.

AlamatNorth of Xi Avenue (西大街)
PengangkutanAmbil bas nombor 4, 15, 32, 43, 45, 201, 205, 206, 215, 218, 221, 222, 251. 300, 604, 610 atau 611. Berhenti di stesen Bell Tower. Jalan kaki ke arah Drum Tower. Muslim Quarter terletak di belakang Drum Tower.
Tip lawatanSaya cadangkan anda memilih hotel berhampiran dengan Muslim Quarter kerana mudah untuk membeli makanan halal. Terdapat juga stesen subway berhampiran dengan Bell Tower.

3. The Great Mosque (清真大寺Qīngzhēn dàsì)

the great mosque

Masjid ini terletak berhampiran dengan Muslim Querter yang merupakan masjid terkenal dan menjadi tumpuan pelancong di bandar Xi’an. Masjid ini dibina dibina pada zaman Dinasti Tang. Senibina masjid ini amat unik. Bagi pelancong Muslim, jangan lepaskan peluang untuk menunaikan solat di masjid ini.

the great mosque

Keluasan masjid ini begitu besar merangkumi keluasan sebanyak 12 000 meter persegi. Selain daripada ruangan solat, di dalam kawasan masjid juga terdapat taman yang indah dengan tanaman pokok-pokok. Suasana sekitar masjid begitu tenang dan damai.

the great mosque
Ruangan solat
Alamat30, Huajue Alley (化觉巷 30号)
PengangkutanAmbil bas nombor 4, 7, 32, 201, 215, 222, 251, 252 atau bas pelancong nombor 8 (610). Turun di stesen Zhonglou (Stesen Bell Tower) jalan ke arah Utara ke arah Drum Tower. Lokasi masjid berada di Huajue Lane.
Tip lawatanSelepas melawat masjid, anda boleh bersiar-siar di Muslim Quarter. Di sekitar masjid itu juga terdapat lagi masjid-masjid lain. Anda boleh tanya orang di situ untuk ke masjid yang berdekatan.
the great mosque
Halaman masjid

4. Xi’an City Wall (西安城墙Xī’ān chéngqiáng)

Xi’an city wall

Di antara tarikan lain yang menjadi tumpuan pelancong ke Xi’an adalah tembok kota yang mengelilingi pusat bandar Xi’an. Tembok ini dibina pada zaman dulu untuk dijadikan sebagai tembok pertahanan.

Tembok ini mempunyai ketinggian sebanyak 12 meter, 12-14 meter lebar dan 14km panjang.

Xi’an city wall

Anda boleh berjalan kaki di sepanjang tembok tersebut. Selain itu, anda juga boleh menyewa basikal di atas tembok ini. Terdapat empat pintu masuk utama dan pintu tembok di sebelah Selatan merupakan pintu gerbang paling besar dan menjadi pilihan pelancong untuk ke situ.

Xi’an city wall
PengangkutanSubway : naik subway line 2, turun di stesen Yongningmen dan jalan kaki ke arah tembok South Gate atau naik subway turun di stesen Anyuanmen dan jalan kaki ke arah tembok North Gate.
Tiket45 Yuan
Waktu operasiSouth Gate: 8:00 – 22:00
East/North/West Gate, Wenchang Gate, Heping Gate, Shangde Gate:
Apr: 8:00 – 18:00; May to Oct: 8:00 – 19:00; Nov – Mac: 8:00 – 18:00
Hanguang Gate: 8:00 – 17:30
Tip lawatanJika anda bercadang untuk mengelilingi tembok ini, masa yang akan dihabiskan kira-kira selama 3 jam lebih.

Xi’an city wall

5. Bell Tower (钟楼 Zhōnglóu) and Drum Tower (鼓楼 gǔlóu)

Bell Tower and Drum Tower
Bell Tower and Drum Tower

Dalam sejarah lama China dari zaman Dinasti Ming, setiap bandar akan mempunyai sebuah menara loceng dan menara gendang. Loceng akan dibunyikan di waktu pagi hari manakala gendang dibunyikan pada waktu senja. Menara ini memainkan peranan untuk memberitahu tentang perubahan masa.

Kedua-dua menara ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Xi’an yang menghubungkan empat jalan raya dari utara, selatan, timur dan barat dalam tembok kota.

Bell Tower
Bell Tower

Di atas Bell Tower anda boleh menikmati pemandangan panorama kota Xi’an manakala di atas Drum Tower anda boleh melihat pemandangan kawasan Muslim Quarter. Pemandangan kedua-dua menara ini juga sangat cantik di waktu malam dengan dihiasi warna lampu yang menarik.

Drum Tower
Drum Tower
AlamatBell Tower (钟楼 Zhōnglóu)

 

Drum Tower (鼓楼 gǔlóu)

PengankutanNaik Subway hingga stesen Zhonglou (钟楼站 Zhōnglóu zhàn)
Harga tiket50Yuan (kedua-dua menara)

 

35Yuan (satu menara)

Waktu operasi1 April – 25 Oktober : 8:30-21:30

 

26 Oktober – 31 March : 8:30-18:00

Tip lawatanAnda boleh menghabiskan masa selama satu jam di situ.

6. The Giant Wild Goose Pagoda and Da Ci’en Temple

Ia dibina pada zaman Dinasti Tang dan terkenal kerana menjadi rumah kepada Giant Wild Goose Pagoda. Di situ terdapat monumen setinggi 65 meter dan simbol agama Budha.

AlamatYanta District Da Ci’en Temple (雁塔区大慈恩寺内 Yàn tǎ qū dà cí’ēn sìnèi)
Pengangkutansubway : turun di stesen Xiaozhai (小寨站 Xiǎo zhài zhàn) dan jalan kaki keluar ke pintu C.

 

Bas : nombor 5, 19, 21, 22, 27 atau 41 dan turun di stesen Ta Dayan (大雁塔站 Dàyàn tǎ zhàn)

Waktu operasi8:00-17:00
Harga tiketPagoda : 40 Yuan

 

Temple : 50 Yuan

7. The Shaanxi History Museum

Jika anda meminati sejarah China, Shaanxi History Museum menjadi tempat yang perlu dilawati. Ianya terletak sekitar 1km dari The Giant Wild Goose Pagoda. Di sini anda boleh memperoleh banyak maklumat tentang sejarah China.

Alamat91, Xiaozhai Dong Road (小寨东路91号 Xiǎo zhài dōng lù 91 hào)
PengangkutanSubway : Turun di stesen Xiaozhai (小寨站 Xiǎo zhài zhàn). Jalan kaki 800 meter.
Harga tiketPercuma
Waktu operasiDibuka setiap hari kecuali Isnin

 

15 November – 15 Mac : 9:00-17:30

16 Mac – 14 November : 8:30-18:00

8. Mount Hua(华山 Huàshān)

Gunung Huashan terletak di bandar Huayin, 120km dari bandar Xi’an. Anda boleh merancang perjalanan ke sini jika ada masa lebih ketika melancong di Xi’an. Ia terkenal dengan pemandangan semula jadi yang sangat cantik dan mempersonakan.

Mount Hua

Terdapat dua jenis kenderaan yang boleh dinaiki untuk ke gunung Huashan iaitu melalui keretapi atau bas.

Jika menaiki keretapi anda perlu turun di stesen Hua Shan North Train Station (华山火车北站 Huàshān huǒchē běi zhàn). Masa perjalanan dan harga tiket dari Xi’an ke stesen tersebut bergantung kepada jenis keretapi yang anda ambil.

Sebagai contoh tiket keretapi laju dari Xi’an ke stesen tersebut mengambil masa setengah jam dan harga tiketnya adalah 55Yuan. Setelah tiba di stesen tersebut anda perlu menaiki bas mini ke gunung tersebut atau menaiki teksi dengan harganya sekitar 20-30 Yuan.

Anda boleh menaiki bas ke gunung Hua Shan di stesen yang sama untuk menaiki bas ke Terracotta Warriors. Anda perlu mencari bas yang telah ditandakan perkataan (华山 Huàshān).

Perjalanan mengambil masa selama dua jam dan harga tiketnya adalah 30 Yuan. Bas akan bergerak apabila penumpang penuh. Sebaik sahaja tiba, anda perlu berjalan kaki sekitar 15 minit untuk ke pintu masuk.

Makanan

Apabila anda ke Xi’an, jangan lupa untuk mencuba makanan-makanan yang ada di sana. Berikut merupakan makanan yang popular di Xi’an.

Lamb soup with bread (羊肉泡馍 Yángròu pào mó)

yangroupaumo

Chinese hamburger (肉夹馍 Ròu jiā mó)

roujiamo

Lamb skewers (羊肉串 Yángròu chuàn)

yangrouchuan

Cold noodles (凉皮 Liángpí)

Youpo noodles (油泼面 Yóu po miàn)

Dumpling soup (酸汤水饺 Suān tāng shuǐjiǎo)

Pomegranates (石榴 Shíliú)

Konklusi

Travel ke Xi’an bakal memberikan pengalaman yang sangat mengujakan dan mengenali salah satu kota lama yang penuh dengan sejarah sangat memuaskan.

Bagi kami, Xi’an sangat kaya dengan sejarah dan campuran budaya antara kaum Han dan Hui menunjukkan bahawa kita sebagai manusia boleh hidup aman damai tidak kira bangsa dan agama.

About The Author

Scroll to Top