Aktiviti Malam Di Beijing Yang Wajib Anda Lakukan

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Pada Waktu Malam.

Beijing menjadi tempat destinasi utama yang boleh dilawati sekiranya anda berada di negara China. Ibukota negara tembok besar ini pastinya menyimpan seribu destinasi yang menarik untuk di kunjungi tidak kira apa waktu sekali pun. Dan pastinya tidak cukup waktu satu hari jika ingin menjelajah tempat tempat yang menarik di sekitar Beijing.

Suasana kota Beijing pada waktu malam sangat meriah apabila ditemani oleh lampu lampu yang sangat cantik. Terdapat beberapa tempat yang boleh anda kunjungi di sekitar Beijing pada waktu malam antaranya ialah:

Bird Nest

Stadium ini menjadi mercu tanda baru di kota Beijing selepas perlaksanaan sukan terbesar di dunia pada tahun 2008 iaitu Sukan Olimpik. Stadium ini dibuka kepada umum secara percuma setiap hari sehingga jam 10 malam.

Pada waktu malam, anda akan dapat melihat lampu lampu yang menghiasi stadium ini bertukar  warna dan ianya sangat cantik. Lampu di sekitar stadium ini akan ditutup sekitar jam 930 malam. Jadi anda perlu tiba lebih awal untuk melihat kecantikan dan keindahan stadium sarang burung ini.

Pengangkutan:
Subway: Subway Line 10 berhenti di station Beitucheng, Tukar Subway Line 8 ( Olympic Special Line): turun di Station Olympic Sports Center Station. Keluar dari Station mengikut Exit B2 atau B1.

Water cube

Selain daripada Bird nest, mercu tanda yang terletak di hadapan Stadium sarang burung ini adalah water cube. Jika anda datang ketika hari siang, anda boleh bermain taman tema air di dalamnya. Harga tiket bagi orang dewasa adalah 220 yuan.  Anda boleh dapatkan harga lebih murah jika anda membelinya secara atas talian.

Akan tetapi jika anda datang pada waktu malam, bangunan ini kelihatan seperti satu bongkah ais besar yang memancarkan warna biru yang sangat indah.

Pengangkutan:
Subway: Subway Line 10 berhenti di station Beitucheng, Tukar Subway Line 8 ( Olympic Special Line): turun di Station Olympic Sports Center Station. Keluar dari Station mengikut Exit B2 atau B1.

Wangfujing Night market

Sebut sahaja tentang Wangfujing night market pasti anda akan terbayang makanan makanan eksotik yang terdapat di sini. Bagi yang ingin mencuba makanan eksotik seperti satay kala jengking, satay lipan atau ulat sutera di sinilah tempatnya.

Lokasi yang terletak berdekatan dengan kota larangan menjadikan Wangfujing sebagai tempat tarikan pelancong. Selain daripada makanan eksotik, anda juga boleh membeli cenderamata di sini. Dan pastikan harga yang ada minta adalah 50 peratus dari harga yang di berikan.

Pengangkutan:
Subway: Subway Line 1 berhenti di Wangfujing. Kemudian keluar dari arah pintu Exit A. Anda perlu berjalan 100 meter ke dalam kawasan tersebut melalui kedai buku dan pusat membeli belah.

Tian’An Men Square

Kebiasaannya pelancong akan melawat kawasan ini pada waktu siang. Anda juga boleh menikmati permandangan di kawasan ini pada waktu malam. Lampu lampu yang di letakkan di sekitar Forbidden City menjadikan suasana pada waktu malam sungguh cantik.

Terletak di pusat Bandar Beijing di antara Qianmen Street dengan Forbidden City. Ianya juga berdekatan dengan wangfujing night market. Anda hanya perlu berjalan lebih kurang 1KM untuk ke sana. Jadi anda boleh merancang perjalanan anda dengan lebih teratur.

tian anmen

Pengangkutan:
Subway: Subway Line 1 ke Tian’An Men East Station. Turun di Tian’An Men East Station.

Kungfu Show / Akrobatik Show

Pertunjukkan kungfu dan akrobatik  adalah dua persembahan yang berbeza pastinya membuatkan anda sangat teruja. Kungfu lebih kepada persembahan teater manakala akrobatik show lebih kepada aksi aksi yang membuatkan anda kecut perut apabila melihatnya. Harga tiket untuk kungfu show adalah 230 yuan manakala akrobatik show 250 yuan.

Kungfu show

Pengangkutan: Subway Line 5 ke arah Tiantandongmen Station. Turun di Station tersebut dan keluar pintu Exit B. Tetapi anda perlu berjalan 800 meter untuk ke Red Theather

Alamat:

红剧场
北京东城区幸福大街44号
44 Xing Fu Da Jie, Dongsheng District, Beijing.

Akrobatik Show

Pengangkutan:

Subway: Subway Line 10 ke Hujialou. Berhenti di Station Hujialou keluar pintu Exit C1
Subway line 6 ke Hujialou. Berhenti di Station Hujialou dan keluar ExitC. Jalan ke kiridalam  30 meter. Anda akan berjumpa dengan Chaoyang Theatre

Alamat:
No 36 Dongshengmen Beilu, Chaoyang District, Beijing

何赞 (hézàn) berasal dari Pulau Pinang dan menetap di negeri Kedah. Merupakan graduan dari Beijing Language and Culture University BLCU 2011/2016. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma pendidikan lepasan ijazah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, kedah.

TINGGALKAN KOMEN

Sila Tulis Komen Anda!
Masukkan Nama Di Sini