8 Terbunuh Dan 65 Cedera Dalam Letupan Tadika di China

Jiangsu – Satu letupan tadika di China berlaku pada hari ini. Letupan di luar sebuah tadika di Wilayah Jiangsu di Timur China telah mengakibatkan sekurangnya 8 terbunuh dan 65 tercedera. Kata pihak berkuasa yang melakukan pencarian punca letupan itu terjadi pada hari khamis jam 4.50 pm itu.

Sekeping gambar telah dimuat turun di laman sosial menunjukkan mangsa letupan di sekolah tersebut di Feng, Wilayah Jiangsu.

“Lebih kurang pukul 5 petang, kami terdengar bunyi letupan dan menyangkakan ia hanya letupan gas di gerai makan berhampiran. Kami bergegas melihat apa yang terjadi di sana, rupa-rupanya satu letupan yang kuat berlaku di hadapan tadika tersebut”. Kata seorang peniaga tempatan di situ.

Seorang lagi pemilik kedai berhampiran tadika tersebut yang tidak mahu mendedahkan identiti dirinya memberitahu, letupan itu berlaku beberapa minit sebelum pintu tadika tersebut di buka untuk membenarkan ibubapa menjemput anak-anak mereka pulang.

“Ibu bapa sedang beratur di pagar sekolah ketika kejadian tersebut berlaku”. Kata seorang pemilik kedai.

“Oleh kerana letupan tersebut berlaku betul-betul di luar kawasan sekolah tersebut, mereka yang sedang menunggu di dalam kelas mungkin terselamat daripada sebarang kecederaan”. Katanya lagi.

Kata seorang waris pelajar di situ, anak perempuannya telah pergi ke sekolah tersebut dan telah dibawa pulang ke rumah oleh datuknya dengan selamat.

Gerai Makanan Punca Letupan

“Banyak gerai makanan yang beroperasi di luar tadika tersebut dan silinder gas mungkin menjadi punca kepada letupan tersebut”.  Katanya.

Suspek letupan ini telah dikenalpasti. Polis telah menjalankan siasatan berkaitan letupan tersebut sebagai satu kelakuan jenayah dan menjelaskan mereka mempunya suspek yang telah ditarget, laporan oleh News Agency. Namun demikian, masih belum jelas berkaitan penangkapan suspek dan tiada motif yang kukuh yang diberikan.

Para pegawai perubatan terus bergegas ke tempat kejadian. Mereka menghantar seorang lelaki yang tercedera ke hospital sejurus selepas letupan berlaku di hadapan tadika di Fengxian, Wilayah Jiangsu pada 15 Jun 2017.

Dua mangsa mati di tempat kejadian dan enam mangsa mati ketika dalam perjalanan ke Hospital. Lapan lagi berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

Dikemaskini pada

Leave a Comment

Scroll to Top