Kami senaraikan 8 fakta menarik Xi’an yang mengagumkan. Jika anda sedang merancang untuk ke China pada tahun ini, jangan lupa masukkan Xi’an dalam senarai tempat wajib pergi anda.

Xi’an merupakan salah satu kota lama yang sangat penting dalam sejarah China dan pernah menjadi ibu negara untuk beberapa dinasti.

Dinasti yang dimaksudkan adalah Dinasti Zhou, Qin, Han, Sui, Tang dan lain-lain. Sebelum Dinasti Ming, Xi’an dikenali dengan nama Chang’an.

Dengan sejarah selama 3,100 tahun, travel ke Xi’an boleh membuatkan anda kagum dengan sejarah negara China dan tamadan mereka.

peta xi'an

8 Fakta Menarik Xi’an Untuk Anda

Fakta Menarik Xi’an #1 – Kelahiran Tamadun China

Xi’an dianggap sebagai tempat kelahiran Tamadun China dengan sejarah yang sangat lama. Ia merupakan ibu negeri wilayah Shaanxi dan merupakan hujung jalan timur Laluan Sutera.

Sejarah Xi’an dicatat daripada awal tamadun hingga kepada era Maharaja dan seterusnya pemodenan.

Maharaja pertama yang menyatukan China buat pertama kali berpangkalan di Xi’an dan meninggalkan legasinya sehingga hari ini.

terracotta-warriors
Terracotta Warriors

Fakta Menarik Xi’an #2 – Legasi Maharaja Pertama

Xi’an disenaraikan sebagai salah satu bandar yang wajib dilawati di China.

Xi’an sangat terkenal dengan Terracotta Warriors yang menjadi simbol antarabangsa kepada sejarah China. Lawatan ke muzium Xi’an adalah wajib jika anda ke sana.

Terracotta Warriors merupakan tinggalan Maharaja Qin Shi Huang yang dibina, dipercayai akan bersamanya dalam kehidupan seterusnya setelah dia meninggal dunia.

hui min jie xi'an
Hui Min Jie

Fakta Menarik Xi’an #3 – Makanan Sedap & Halal

Pergi Xi’an, makanan halal tidak menjadi masalah malah anda boleh mencuba pelbagai jenis makanan China yang sedap.

Tidak perlu ragu-ragu, tidak perlu risau, anda perlu ke Hui Min Jie untuk menikmati makanan halal dan sedap.

Jangan lupa untuk makan kambing panggang, mee tarik, kebab kambing dan tofu busuk.

Ini masanya untuk anda melantak makanan dan mencuba semua makanan China di sana.

Fakta Menarik Xi’an #4 – Cenderahati Unik

Cenderahati di Xi’an sangat unik kerana semua berdasarkan Terracotta Warriors.

Ada yang menjual lukisan, patung kecil, barang antik dan sebagainya. Semua boleh dibeli dengan harga murah (kena runding) untuk ahli keluarga atau kawan di rumah.

Fakta Menarik Xi’an #5 – Sejarah Xi’an, Sejarah China

Untuk anda faham tamadun China lama, anda boleh kaji dan baca sejarah Xi’an.

Bermula dengan Maharaja Pertama hinggalah Laluan Sutera, anda akan faham kenapa Xi’an merupakan salah satu tempat penting di China.

Bell Tower Xi'an
Bell Tower Xi’an

Fakta Menarik Xi’an #6 – Waktu Sesuai ke Xi’an

Iklim Xi’an agak sederhana. Pada musim sejuk tidak terlalu sejuk dan pada musim panas tidak terlalu panas.

Cuma pada musim bunga dan awal musim panas, akan adanya ribut pasir. Musim hujan pula adalah pada Julai hingga September tetapi tidaklah sekerap Malaysia turun hujannya jika dibandingkan.

Waktu paling sesuai untuk pergi ke Xi’an adalah pada musim bunga dan musim luruh dengan cuaca yang sangat selesa dan tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.

Tembok Kota Xi'an

Fakta Menarik Xi’an #7 – Tembok Kota

Banda Xi’an dijaga baik oleh kerajaan China terutama dalam sektor pelancongan. Tembok Kota adalah antara contoh binaan yang diselenggara baik.

Apa yang seronok dibuat di Tembok Kota?

Mestilah berbasikal. Bayangkan dahulu tentera China berkuda di atas Tembok tersebut, sekarang kita berbasikal di atas Tembok itu. Cool kan?

Tembok tersebut dibina semasa pemerintahan Dinasti Ming untuk melindungi bandar.

Masjid Xi'an
Masjid Xi’an

Fakta Menarik Xi’an #8 – Masjid Tertua China

Di Xi’an anda boleh ke masjid tertua di China yang terletak di bandar Xi’an.

Masjid tersebut sudah berusia 1250 tahun dan seni binanya sangat cantik dan dalamnya pada dinding diukur ayat Al-Quran.

Kesimpulan

Xi’an menjadi tumpuan pelancong dengan jumlah pelancong yang tinggi. Mereka ke sana untuk melihat tinggalan tamadun China yang hebat seperti Terracotta Warriors dan Tembok Kota Xi’an.

Jika anda berminat mahu melancong ke Xi’an bersama kami, klik di bawah untuk terus Whatsapp kami pakej Xi’an yang pasti buat anda berpuas hati.

Pakej Xi'an 1
Atau Klik Sini Untuk Whatsapp

Comments

comments