Cara Belajar Bahasa Mandarin Mudah

Cara belajar bahasa Mandarin dengan mudah. Ada ke? Bagi sesetengah orang, belajar bahasa asing adalah sesuatu yang sungguh menyeronokkan. Selain dapat memahami budaya dan mendapat kenalan baru, terdapat banyak lagi kelebihan jika anda mampu berbahasa asing lebih-lebih lagi dalam bahasa Mandarin.

Jom kita lihat apa cara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin anda.

1. Tonton Kartun/ Drama/ Movie/ Rancangan TV Berbahasa Mandarin.

Cara belajar Bahasa Mandarin paling mudah adalah melalui hiburan. Ia sangat mudah dan menghiburkan bagi kami. Dengan cara ini, anda juga dapat mengetahui bunyi-bunyi dan struktur perkataan bahasa Mandarin yang mungkin belum anda ketahui.

Anda boleh menonton kartun atau klip video pendek berbahasa Mandarin di website seperti Youtube.

Sebagai permulaan, anda mungkin memerlukan sari kata (subtitle) ketika menonton rancangan tersebut, namun lama-kelamaan anda pasti akan dapat memahami dialong asas walau tanpa sari kata!

Anda boleh menjadi lebih proaktif dengan menjeda (pause) filem yang anda tonton tersebut ketika anda mendengar kata-kata atau frasa-frasa tertentu dan ikuti cara sebutannya. Ini dapat membantu anda menyebut kata-kata atau frasa-frasa tersebut dalam sebutan yang lebih tepat seperti penutur asli (native speaker)!

2. Dengar radio, lagu atau recording berbahasa Mandarin.

Cara ini sungguh mudah dan dapat membuatkan anda semakin biasa dengan bahasa Mandarin. Anda bahkan dapat melakukannya di mana saja anda berada. Jika anda tidak dapat menangkap setiap kata yang diucapkan, tidak mengapa.

Cuba untuk menjadi pendengar yang aktif dan tangkap kata-kata yang diucapkan. Cara ini mungkin anda rasakan sedikit perlahan tetapi saya jamin pemahaman dan kemahiran mendengar bahasa Mandarin anda pasti akan meningkat.

Sertai Telegram Channel Belajar Mandarin

Cara ini juga sesuai dilakukan oleh mereka yang seringkali berjalan-jalan. Anda hanya perlu memasang mp3 atau memainkan lagu Mandarin di telefon bimbit anda. Anda juga boleh mendengar podcast berbahasa Mandarin ketika berada di dalam kereta.

Selain itu, anda juga boleh mencuba mendengarkan lagu atau podcast tersebut sambil melakukan kerja rumah, seperti menyapu atau mencuci pinggan.

3. Cari Yu Ban

Yu Ban (语伴:yǔ bàn) adalah rakan bahasa atau language partner. Tujuan mencari rakan bahasa adalah supaya anda berdua boleh saling belajar bahasa yang anda mahir.

Katakan anda mahir berbahasa Inggeris dan anda memerlukan rakan yang boleh berbahasa Mandarin, anda boleh mencari rakan anda yang berbangsa Cina yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa Inggerisnya.

Dengan ini, anda dan rakan anda boleh saling belajar dan meningkatkan kemahiran berbahasa asing.

cara belajar bahasa mandarin 2
Partner bahasa asing

4. Menulis karakter Cina

Untuk melatih kemampuan menulis, cuba menulis satu perenggan pendek dalam bahasa Mandarin. Anda boleh menulis perenggan pendek tersebut menggunakan Pinyin atau Hanzi.

Menulis buku harian atau diari dalam bahasa Mandarin merupakan hal yang juga boleh anda cuba lakukan. Anda boleh menuliskan hal-hal mudah dan sederhana seperti cuaca pada hari tersebut, apa yang anda rasakan atau apa yang anda lakukan pada hari itu dalam bahasa Mandarin.

Jika anda mahu, anda juga boleh meminta rakan anda yang mampu membaca dan bertutur dalam bahasa Mandarin untuk membaca perenggan pendek yang anda tulis atau membaca buku harian anda. Minta rakan anda memeriksa sama ada terdapat kesalahan dalam penulisan tersebut.

Sebagai alternatif, anda dapat mengirim poskad atau menulis e-mel dengan sahabat anda. Dengan ini, kemahiran menulis karakter Cina anda pasti akan meningkat!

5. Berkawan dengan rakan berbangsa Cina

cara belajar bahasa mandarin 3
Berinteraksi bersama masyarakat tempatan

Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai bangsa. Manfaatkan keunikan ini dengan berkawan dengan rakan dari bangsa lain.

Dengan mempunyai kawan berbangsa Cina juga merupakan salah satu cara belajar Bahasa Mandarin dengan mudah.

Berkawan dengan rakan berbangsa Cina bukan sahaja dapat meningkatkan kemampuan berbahasa Mandarin, tetapi juga dapat mempromosikan perpaduan antara kaum.

6. Membaca teks pendek bahasa Mandarin

Anda boleh berlatih membaca teks berbahasa Mandarin selama 15 hingga 20 minit setiap hari untuk meningkatkan kemampuan membaca bahasa Mandarin anda.

Jika anda baru mula belajar bahasa Mandarin, anda boleh membaca buku cerita kanak-kanak yang ditulis dalam Pinyin untuk melatih kemahiran membaca anda.

Selain itu, pelbagai sumber bacaan berbahasa Mandarin boleh anda temui di internet.

Anda juga dapat mempraktikkan apa yang anda pelajari di kelas Bahasa Mandarin dalam kehidupan seharian. Contohnya, anda boleh cuba membaca label berbahasa Mandarin pada produk-produk makanan atau membaca tulisan Cina di papan tanda di premis perniagaan yang terdapat di sepanjang jalan raya.

Setelah kemampuan membaca anda lebih baik, cubalah membaca surat khabar berbahasa Mandarin yang sudah pastinya dicetak dalam karakater-karakterHanzi.

Selain melatih kemampuan membaca, ini merupakan cara yang baik untuk mengenalkan anda pada budaya Cina dan isu-isu terkini yang sedang berlaku di Malaysia dan isu global.

7. Ketahui frasa asas dalam percakapan harian.

Setelah anda mempelajari beberapa kosa kata asas, anda kini sudah boleh cuba mempelajari beberapa frasa dan ungkapan asas yang dapat anda gunakan dalam percakapan harian.

cara belajar bahasa mandarin 4

Di bawah ini adalah beberapa frasa dan ungkapan asas yang dapat anda gunakan:

1.Apa kabar? = nǐ hǎo ma?

2.Saya baik-baik saja = wǒ hěn hǎo

3.Terima kasih = xiè xiè

4.Sama-sama = bú yòng xiè

5.Maaf = duì bu qǐ

6.Saya tidak faham = wǒ bù dǒng

7.Apa nama keluarga anda ? = nín guì xìng

8.Siapa nama anda? = nǐ jiào shén me míng zì?

9.Nama saya _____ = wǒ jiào _____

8. Berkunjung ke Republik Rakyat China

Mengunjungi negara yang bertutur bahasa yang anda pelajari merupakan hal yang baik untuk lebih mengenal bahasa tersebut. Dengan berkunjung ke China juga merupakan cara belajar Bahasa Mandarin. Anda dapat mengenal budaya-budaya tradisional Cina, mencuba pelbagai makanan tradisional yang enak, dan mengunjungi bermacam-macam tempat bersejarah.

Temple of Heaven Beijing
Temple of Heaven Beijing

Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi negara-negara lain yang memiliki populasi penduduk keturunan Cina yang ramai seperti Taiwan, Vietnam dan Singapura.

Pastikan anda bersedia dengan perbezaan dialek mereka sebelum anda berangkat, kerana tidak semua dialek terdengar sama dengan dialek asli bahasa Mandarin.

Jika anda mahukan pakej pelancongan Muslim ke Beijing yang berbaloi, anda boleh lihat disini.

Mari Mulakan Sekarang!

Belajar bahasa asing tidaklah mudah, tapi tidak mustahil. Anda hanya perlu mengetahui cara-cara yang mudah dan menyeronokkan untuk membantu anda belajar bahasa Mandarin dengan mudah, cepat dan menghiburkan. Apa lagi, mulakan belajar Mandarin hari ini!

Aplikasi Percuma Untuk Belajar Bahasa Mandarin

Comments

comments

Mula terinspirasi untuk belajar di Eropah sejak membelek ruang Salam Perantauan di bungkusan nasi lemak. Tak sangka, bumi Tembok Besar China jadi takdir yang terikat. Perkenalkan, Shaa Ismail, pengasas Buku Jalanan Beijing yang bercita-cita besar melahirkan masyarakat berjiwa besar. Manusia yang laparkan sejarah dan dahagakan kembara. Membaca untuk memahami kehidupan, menulis untuk meraikan perasaan.