Adakah anda pernah ke Shanghai? Jika pernah, apakah tempat menarik di Shanghai?

Shanghai adalah bandar yang paling tinggi populasinya di dunia. Jumlah manusia di sana adalah sebanyak 24,256,800.

Shanghai terletak di selatan China. Ia merupakan pusat kewangan dunia, hub pengangkutan dan pelabuhan kontena yang paling sibuk di dunia.

Pernah menjadi ibu negara China, Shanghai dilihat sebagai bandar yang sangat maju, membuktikan bahawa ekonomi China berkembang dengan pesatnya.

Berbeza dengan Beijing, Shanghai dilihat sebagai bandar moden dengan jumlah lokasi bersejarah yang tidak banyak jika dibandingkan dengan Beijing.

Pun begitu, bagi kami, Shanghai juga merupakan salah satu lokasi di China yang wajib anda pergi. Di Shanghai terdapat pelbagai bangunan-bangunan tinggi, bangunan semasa era British dan bangunan yang unik.

Disenaraikan 7 Tempat Menarik Di Shanghai yang wajib anda lawati.

Tempat Menarik Di Shanghai

The Bund

The Bund merupajan kawasan tepi sungai Huangpu di tengah-tengah Shanghai. Pemandangan yang cantik adalah bangunan tinggi di tebing sungai dengan kapal yang bergerak.

The Bund merupakan pusat perdagangan shanghai sejak pertengahan 1800. Bangunan-bangunan tinggi di tebing sungai yang paling terkenal adalah Oriental Tower dan juga bangunan-bangunan semasa kedatangan British dahulu.

Jika anda ke sana, jangan terkejut melihat jumlah pelancong malah rakyat tempatan yang ramai untuk mengambil gambar dan bersiar-siar.

Nanjing Road

Nanjing Road, jika di Beijing ia seperti di Wangfujing. Di Shanghai, Nanjing Road sangat terkenal. Pejalanan kaki yang datang untuk membeli belah, bersiar-siar sangat ramai.

Pada malam, lampu-lampu neon yang menerangi ibarat pemandangan di Las Vegas. Terdapat beratus kedai dan restoran di sini.

Jika anda nak merasa jalan yang seperti dalam filem kungfu pada tahun 1800, maka Jalan Nanjing adalah pilihan anda.

Yu Yuan Garden

Di tengah-tengah bandar lama Shanghai, anda akan jumpa satu taman yang sangat menenangkan. Dengan adanya bangunan-bangunan lama, tasik yang dipenuhi dengan ikan dan tumbuhan yang cantik, anda akan terpegun dengan kewujudan taman ini.

Jade Buddha Temple

Tokong yang paling terkenal di Shanghai ialah Jade Buddha Temple. Ia sangat terkenal dengan patung buddha yang diukir daripada jed yang berwarna putih.

Huangpu River Cruise

Jika anda ke Shanghai, pastikan anda dapatkan tiket untuk menaiki kapal di Sungai Huangpu. Ia terletak berdekatan dengan The Bund. Pemandangan terbaik adalah jika anda pergi pada waktu malam.

Shanghai World Financial Center

Untuk melihat kemajuan Shanghai, bertandanglah ke Pudong untuk melihat menara setinggi 492 meter ini. Ia merupakan bangunan tertinggi di dunia yang pada tingkat atas sekali adalah bumbung, bukan antena.

Di sekitarnya terdapat hotel-hotel 5 bintang.

Shanghai World Financial Center

Moganshan Road

Jika anda mahu melihat kreativiti seni jalanan  maka anda perlu ke Moganshan. Di sana anda boleh melihat grafiti jalanan, lukisan di jalan raya dan seni bebas yang sangat unik.

Di sana juga anda boleh melihat 16 buah bangunan yang sama rekabinanya.

Restoran, Bar & Kafe

Shanghai adalah persimpangan di mana orang bisnes berjumpa untuk mengopi dan berbincang mengenai bisnes.

Jadi restoran, bar dan kafe yang menarik dan unik juga menjadi sumber tarikan di Shanghai. Ada daripada kami yang ke Shanghai hanya mahu ke kafe-kafe mereka untuk mencuba kopi yang sedap dan berkualiti.

Malah pernah ada daripada kami yang bekerja sambilan yang ikut bos ke sana untuk berjumpa dengan klien dan memuji kafe, restoran di sana.

Kesimpulan

Shanghai adalah lokasi kedua yang wajib pergi selepas Beijing. Tempat menarik di Shanghai, bagi kami sangat mengagumkan dari segi modennya dan juga rekabinanya.

Selain daripada 7 tempat di atas, tempat menarik di Shanghai yang kami pasti anda akan suka juga adalah tempat-tempat yang jarang orang ketahui dan pergi.

Nak tahu? Teruskan bersama kami dan kami akan senaraikan tempat-tempat tersebut.

About The Author

Scroll to Top