Jika sedang merancang ke China, pastikan anda merancang untuk ke 7 tempat cantik di China ini.
Memiliki tanah yang luas menjadikan bumi China kaya dengan kepelbagaian bentuk muka bumi serta permandangan semula jadi yang sangat indah.
Angkat Lensa Kamera Anda Dan Jom Teroka Tempat Cantik Di China
Orang kata melancong ke China sudah seperti membawa anda berjalan ke serata dunia. Dari landskap gunung batu kapur yang indah di Guilin, tasik berwarna-warni di Jiuzhaigou kepada Rainbow Mountains di Zhangye.
Keindahan alam semula jadi ini sememangnya menjadi tarikan utama bagi menarik melancong untuk datang ke China. Kepelbagaian keindahan kebudayaan dan sejarahnya juga menjadikan China ialah destinasi wajib buat kaki travel.
Zhangye Danxia Rainbow Mountain
Mesti anda semua sukar untuk percaya bahawa pembentukan gunung yang indah ini adalah benar! Dan percaya atau tidak garisan bewarna-warni yang terhasil itu juga adalah semula jadi.
Terletak jauh di bahagian barat laut China, Zhangye bukannlah menjadi pilihan utama bagi pelancong biasa tetapi ia sememangnya menjadi syurga buat pencinta fotografi dan mereka yang gemarkan keindahan alam semulajadi.
Gunung berwarna-warni ini ialah sebahagian daripada Zhangye Danxia Landform Geological Park di China. Lapisan batu pasir yang mempunyai warna serta kandungan mineral yang berbeza itu telah ditekan bersama lebih 24 juta tahun lalu menjadikan ia seperti mana yang kita boleh lihat pada hari ini.
Kawasan ini telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO sejak tahun 2010. The Danxia National Park ini terletak berhampiran dengan bandar Zhangye,kira-kira 30 minit menaiki kereta di barat laut wilayah Gansu.
Waktu terbaik untuk datang ke sini ialah ketika waktu pagi dan senja ketika matahari terbenam kerana pada waktu ini perubahan warnanya lebih ketara dan lapisan kuning dan merah pada gunung tersebut akan kelihatan lebih terserlah.
Berpeluang untuk melihat sendiri keindahan gunung ini dua tahun lepas, ia merupakan tempat cantik di China yang sangat luas dan sebaik sahaja anda memasuki pintu utama anda akan menaiki shuttle bas yang akan membawa anda bersiar-bersiar ke seluruh kawasan ini.
Tips: Pastikan anda memakai kasut yang sesuai kerana anda perlu sedikit mendaki anak tangga bagi mendapatkan view permandangan yang cantik.
Yellow Mountain –Sea Of Cloud
Yellow Mountain yang terkenal dengan “sea of cloud” ini terletak di wilayah Anhui, China. Jika di China ia lebih dikenali sebagai 黄山(Huángshān).
Yellow Mountain ini terkenal dengan pemandangannya yang cantik,keindahan suasana matahari terbenam, pokok-pokok pain, salji di musim sejuk, mata air panas serta permandangan awan dari atas. Yellow Mountain ini sering menjadi pilihan subjek dalam lukisan tradisional China dan kesusasteraan.
Tempat cantik di China ini juga telah menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO,dan menjadi sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di China.
Mt. Huangshan memiliki banyak puncak gunung, 3 puncak tertinggi dan terkenal adalah Lotus Peak 1.864 m, Bright Summit Peak 1.840 m dan Heavenly Capital Peak 1.829 m. Untuk menjaga kelestarian gunung, maka setiap 5 tahun puncak gunung ditutup secara bergantian. Lotus Peak sedang ditutup mulai 2013 selama 5 tahun.
”To enjoy the magnificence of a mountain, you have to look upwards in most cases. To enjoy Mount Huangshan, however, you’ve got to look downward’’
Di puncak gunung, pelancong disajikan dengan permandanagan ”sea of cloud’’ kerana lapisan awan dari atas gunung kelihatan seluas lautan yang tidak bertepi. Kata-kata diatas menggambarkan biasanya kita akan mendongak ke atas untuk melihat keindahannya tetapi berbeza bagi Huangshan ini kerana anda sebaliknya perlu tunduk ke bawah.
Jangan risau bagi mereka yang tidak suka mendaki tetapi masih tidak mahu melepaskan peluang menikamati keindahan Huangshan, anda boleh menaiki cable car !
Hongcun Ancient Village
Hongcun adalah desa kuno berusia 900 tahun di tepi Moon Lake, Provinsi Anhui, China. Bangunan desa yang tua ini sering menjadi inspirasi para pelukis China selama ratusan tahun. Gunung Huangshan yang melatari desa ini menambahkan lagi keindahan tempat cantik di China ini.
Hongcun Ancient Village ialah gambaran tepat bagi melambangkan suasana China purba. Bayangkan seorang lelaki tua menghisap rokok paip sambil berbual bersama jiran tetangga, wanita tua berambut putih membersihkan halaman rumah, disini kehidupan sebenar memang benar-benar hidup!
Hongcun adalah antara tempat cantik di China dan tempat terbaik untuk anda menghabiskan masa lari dari hiruk pikuk kota. Kebanyakan kediaman disini ialah era dinasti Qing dan Ming yang dianggap sebagai contoh terbaik tipikal seni bina Wilayah Anhui, China.
Susun atur Hongcun menyerupai bentuk lembu dan ia bersimpang-siur dikelilingi satu rangkaian terusan air yang membentuk separuh bulan.
Ramai sebenarnya yang tidak sedar Hongcun Ancient Village ini sebenarnya sering menjadi latar belakang beberapa filem termasuk filem Crouching Tiger, Hidden Dragon.
Li River & Yangshuo –China’s Most Beautiful Karst Landscape
Sungai Li adalah seperti karya seni, dilatari dengan bukit-bukit batu kapur, telah menjadikan ia sebagai tempat untuk mencari inspirasi buat penyair dan pelukis. Disenaraikan sebagai “Top 10 Watery Wonders” oleh National Magazine Amerika Geografi dan “15 Best Rivers For Travelers” oleh CNN Travel menjadikan ia sebagai destinasi WAJIB untuk dikunjungi.
Li River dan Yangshuo terletak di Guilin, China. Anda boleh terus mengambil penerbangan dari Malaysia ke Guilin, jangan lupa untuk rebut tiket murah di AirAsia.com
Bandar Yangshuo adalah sebuah pekan kecil yang dikelilingi oleh pergunungan batu kapur dan sungai yang menjadikan pemandangan indah seperti lukisan Cina yang biasa kita lihat.Jangan lupa untuk merasai pengalaman menaiki cruise di sungai Li bagi menatapi panorama yang dikatakan antara tercantik didunia ini. Gunung dan bukit batu kapur yang berusia ribuan tahun sedia memukau pandangan anda.
Air sungai Li (Li River)begitu jernih dan jelas kelihatan dasar sungainya.Kelihatan para nelayan bersama rakit buluh untuk mencari rezeki. Unik dan ada diantara mereka menggunakan sejenis burung bagi menangkap ikan.Burung commarate, hanya terdapat di Bandar Guilin. Burung ini digunakan oleh nelayan tempatan untuk menangkap ikan suatu sejak dahulu. Kini hanya sedikit nalayan yang masih menggunakan cara traditional ini.
Untuk tahu apa lagi yang boleh anda lakukan disini, boleh rujuk post ini:https://limaumandarin.com/5-perkara-yang-perlu-anda-lakukan-di-yangshuo-guilin/
Jiuzhaigou—Tasik berwarna-warni
Jiuzhaigou National Park ialah sebuah taman negara dan rizab alam semula jadi yang terletak di utara Sichuan, China. Lebih daripada dua juta orang melawat setiap tahun bagi melihat tasik yang lagi biru dari tasik biru, pelbagai peringkat air terjun,tasik berwarna-warni serta puncak salji. Ia telah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1992 dan diletakkan sebagai kawasan dilindungi oleh IUCN.
Taman ini mudak diakses dengan berjalan kaki atau menaiki bas,dan anda juga berpeluang untuk bercamping disini.
九寨沟(Jiǔzhàigōu) bermaksud ‘Nine Village Valley’ dan ia merujuk kepada sembilan buah perkampungan Tibet dikawasan tersebut. Waktu terbaik untuk datang kesini ialah pada bulan September hingga November dimana anda akan dapat melihat keemasan musim luruh, langit biru serta tasik berwarna turquoise yang menyejukkan mata.
Tips: Untuk sampai kesini anda boleh menaiki bas dari ibu kota Sichuan iaitu Chengdu, terdapat bas setiap hari yang akan ke Jiuzhaigou pada jam 7 atau 8 pagi,perjalanan mengambil masa selama 9 jam dengan harga tiket sekitar 140 RMB.
Zhangjiajie – Kota Avatar
Zhangjiajie yang terletak di Hunan ini sememangnya sangat terkenal dengan keindahan alamnya serta bukit-bukit berbentuk pilar yang menjulang tinggi dari tanah. Tempat cantik di China ini bertambah popular apabila ia menjadi latar belakang filem Avatar. Ada beberapa tempat di sekitar Zhangjiajie ini yang sememangnya layak digelar sebagai syurga dunia.
Heaven’s Gate Mountain
Disini terdapat sebuah gunung yang disebut dengan nama Heaven’s Gate Mountain atau Gunung Gerbang Syurga.
Gunung ini mempunyai bentuk yang sangat unik. Terdapat sebuah lubang besar setinggi 1315 meter yang membuatnya nampak seperti sebuah gerbang menuju langit. Maka tidak hairanlah jika ada yang mengatakan ia salah satu gunung tercantik di dunia.
Diatas gunung ini juga ada Jalur Glass Sky Walk sepanjang 60 meter dengan lebar 1.6 meter. Dan karena laluannya diperbuat daripada kaca, jika anda seorang yang gayat yang pandang ke bawah!
Zhangjiajie National Park
Bagi penggemar filem, pasti tau filem Avatar arahan James Cameron. Ya, filem box office ini telah menjadikan Zhangjiajie sebagai inspirasi dalam menghidupkan ”dunia” dalam filem Avatar.
Satu tempat di Zhangjiajie yang dulunya bernama Southern Sky Column kini telah berganti nama menjadi Avatar Hallelujah Mountain. Nama tersebut diambil dari Hallelujah Mountain yang ada di Planet Pandora di film AVATAR.
Bukit-bukit yang berbentuk pilar menjadikan permandangan di Zhangjiajie ini sangat menakjubkan. Terdapat cable car yang boleh membawa anda untuk menikmati permandangan disini.
Berjalan Di Atas Jambatan Kaca Tertinggi Di Dunia!
Tarikan terbaru di Zhangjiajie ialah jambatan kaca terpanjang dan tertinggi dunia yang mula dibuka pada Ogos tahun lepas. Jambatan sepanjang 430 meter dan enam meter lebar itu diturap dengan tiga lapisan 99 panel kaca telus yang tergantung antara dua tebing curam 300 meter dari permukaan tanah.
Ia juga dikenali sebagai Zhangjiajie Grand Canyon Scenic Area dan tiket masuk untuk ke jambatan ini ialah 138 RMB.
Bagi mereka yang mempunyai masalah jantung, tekanan darah tinggi atau takut pada tempat tinggi tidak digalakkan untuk melalui jambatan ini dan hanya seramai 600 orang pelancong sahaja dibenarkan untuk masuk dalam satu waktu.
Ada berani?
Zhejiang : The Thousand Island Lake
Qiandao Lake atau Thousand Island Lake terletak di Zhejiang, China. dan kira-kira 150 kilometer dari bandar Hangzhou. Ia adalah tasik buatan yang terbentuk selepas pembuatan empangan hidroelektrik Xin’an River. Pada tahun 1959, dalam usaha untuk membina empangan Xin’anjiang , kawasan disekitarnya telah dibanjiri dengan air menyebabkan tasik atau takungan 573 km persegi terhasil. Tasik ini dinamakan demikian kerana ia dipenuhi dengan 1,078 pulau-pulau besar dan beberapa ribu yang lebih kecil di seluruh.
Qiandao Lake yang terkenal dengan air yang jernih, dan kadang-kadang boleh diminum itu, digunakan untuk menghasilkan air mineral jenama Nongfu Spring yang terkenal. Ia juga merupakan rumah kepada hutan yang subur (lebih 90%), dan pulau-pulau eksotik.
Sebelum banjir itu berlaku, terdapat kota lama di kawasan ini dan setelah kerajaan China mengesahkan sebuah empangan dibina,kota ini akhinya tenggelam.
Kota-kota lama ini kekal dilupakan selama 40 tahun sehingga 2001, apabila Qiu Feng, seorang pegawai tempatan yang bertanggungjawab bagi pelancongan, membincangkan cara-cara untuk menyediakan hiburan di Qiandao Lake.
Pepatah cina ada mengatakan 百闻不如一见(bǎi wén bùrú yī jiàn ) yang bermaksud beratus kali kita dengar tentang sesuatu tempat itu tetap tidak akan sama dengan sekali melihat menggunakan pandangan mata sendiri.
Apa lagi tunggu? Jika anda gemar melancong ke serata dunia, jangan teragak-agak untuk masukkan tempat cantik di China ini semua ke dalam bucket list anda!
Ada lokasi cantik di China yang pernah kami lawati, ada juga tempat cantik di China yang belum dilawati lagi dan masih dalam senarai kami.