Bahasa Mandarin adalah salah satu bahasa yang digunakan oleh orang Cina dalam penulisan formal dan juga loghat (utara China).

Hari ini Bahasa Mandarin merupakan simplified chinese yang mengalami evolusi daripada tulisan lama bahasa mandarin yang pada asalnya diadaptasi daripada lukisan atau dikenali sebagai pictogram.

Belajar Bahasa Mandarin Serius Sangat Penting!

Bahasa Mandarin hari ini sudah mengalami evolusi yang sangat besar iaitu daripada lukisan kepada tulisan. Rujuk gambar di bawah untuk melihat evolusi bahasa yang sangat mengagumkan.

Evolusi yang dialami oleh bahasa Cina sangat mengagumkan dan sehingga hari ini kami masih lagi terpegun!

Di China, Bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa baku. Ia sebenarnya merupakan loghat orang utara China dan kemudian digunapakai oleh kerajaan China sebagai bahasa pengantar utama negara China.

Di Malaysia dan Singapura, Bahasa Mandarin diwajibkan pembelajarannya di sekolah jenis kebangsaan cina dan hari ini terdapat sekolah-sekolah kebangsaan yang mewajibkan pelajarnya untuk belajar Bahasa Mandarin terutama sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Jadi, belajar Bahasa Mandarin. Adakah ia satu keperluan atau satu kehendak? Bagi kami, tim Limau Mandarin, kami sangat-sangat menegaskan bahawa belajar Bahasa Mandarin merupakan satu keperluan. Kenapa? Baca 10 sebab kenapa kami jadikan belajar Bahasa Mandarin merupakan satu keperluan.

Malaysia merupakan negara pelbagai kaum & cina adalah kedua paling ramai

Malaysia sangat terkenal dengan negara yang pelbagai kaum. 3 kaum utama ialah Melayu, Cina dan India. Untuk mencapai negara harmoni, amatlah penting bagi rakyat Malaysia untuk belajar ketiga-tiga bahasa. Perpaduan boleh dicapai dengan mempelajari bahasa melayu, bahasa mandarin dan bahasa tamil.

Daripada belajar bahasa yang bangsa lain, kita akan mula faham dan tahu budaya bangsa lain. Sebenarnya ada istilah yang digunakan oleh kita adalah diambil daripada bahasa-bahasa lain seperti :

– 打包 = tapau

Keharmonian memang lebih mudah dicapai sekiranya kita faham budaya bangsa lain dan untuk ke arah situ, pembelajaran bahasa adalah asas kepada pemahaman yang dinyatakan.

Bahasa Cina adalah bahasa dunia!

Apakah bahasa yang paling ramai penuturnya? Bukan bahasa inggeris! No.1 adalah Bahasa Cina, No. 2 adalah Bahasa Sepanyol dan Bahasa Inggeris adalah bahasa yang ketiga paling ramai penuturnya.

Jangan terkejut dengan angka yang dinyatakan. Seramai 1.2 billion orang iaitu lebih 16% daripada populasi dunia menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pertama mereka!

Apa beza Bahasa Cina dan Bahasa Mandarin? Bahasa Cina sebenarnya adalah kumpulan bahasa yang digunakan oleh orang Cina merangkumi Bahasa Mandarin, Bahasa Kantonis dan lain-lain.

Jadi kena belajar bahasa Kantonis Hokien juga lah?

Baiklah, kalau nak dipecahkan lebih mendalam, sebenarnya seramai 1 billion orang berbahasa Mandarin. Kantonis, Hokien dan lain-lain merupakan loghat. Ala, macam kita berbahasa Melayu, tapi pecahan Melayu ada banyak. Melayu Malaysia, Melayu Indonesia, Melayu Kelantan, Melayu Terengganu dan banyak lagi. Faham kan?

Dan semua loghat orang Cina hanya menggunakan tulisan yang sama. Jika anda berada di selatan China dan tidak tahu berbahasa Kantonis, anda hanya perlu tulis 汉字Hanzi (karakter cina) dan mereka akan faham! Best kan?

Belajar Bahasa Mandarin dan apabila anda travel ke luar negara, Bahasa Mandarin boleh membantu anda selain daripada Bahasa Inggeris. Jika ke China, Taiwan, Singapura, Thailand, Filipina dan Mongolia, Bahasa Mandarin sangat-sangat-sangat berguna.

Mark Zuckerberg pun belajar Bahasa Mandarin malah berkahwin dengan seorang yang berbahasa cina. Tonton video Mark berbahasa Mandarin di bawah. Menarik gila!

Sejarah, Budaya & Sastera

Belajar Bahasa Mandarin, memang mencabar jika tidak belajar berguru. Tidak dinafikan ia merupakan salah satu bahasa yang susah untuk dipelajari kerana tidak menggunakan sistem alphabet (sistem ABC), sebaliknya menggunakan sistem 拼音Pinyin (final, initials & tone) untuk menyebut 汉字Hanzi (Karakter Cina).

Pun begitu, yang paling menyeronokkan dan mengagumkan adalah setiap 汉字 Hanzi (karakter cina) ada kisah di sebaliknya dan setiap kisah itu berkait rapat dengan sejarah, budaya dan sastera orang Cina.

Sejarah dan budaya orang China adalah yang paling tertua dan terkaya di dunia. China dikenali dengan hebat daripada segi falsafah, kesasteraan dan imaginasi mereka.

Tengoklah filem-filem mereka, hampir semua filem mereka adalah berdasarkan budaya dan sejarah mereka. Kalau tonton filem Kungfu, kita pun tercengang terpegun dengan filem mereka. Malah kehebatan Jackie Chan juga diiktiraf dunia dengan memperoleh anugerah Globe Awards.

Akan ditulis artikel filem-filem terbaik yang wajib ditonton oleh semua.

Berkawan dengan orang Cina

Boleh berbahasa Mandarin membuka 1001 pintu gerbang kepada dunia. Rangkaian yang boleh diakses sangat luas dan daripada situ boleh mengenali lebih ramai orang Cina.

China mempunyai populasi yang paling besar di dunia iaitu seramai 1.28 billion orang. China merupakan negara kedua yang menerajui ekonomi dunia selepas Amerika Syarikat. Peluang-peluang yang ada sangat banyak dan berbahasa Mandarin adalah kelebihan mutlak jika mahu berkomunikasi dengan mereka!

Orang Cina

Belajar Bahasa Mandarin merangsang IQ Anda!

Selalu dengar ayat “Orang Cina sangat bijak”. Nak tahu apa rahsia mereka? Sebab bahasa mereka. Ya, betul. Antara faktor kepada kecerdasan otak mereka adalah belajar bahasa cina

Ketahuilah bahawa bahasa kajian membuktikan bahawa penutur bahasa Mandarin menggunakan kedua-dua belah bahagian otak, kiri dan kanan sekaligus!

Daripada pemerhatian kami, sebagai rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu, untuk belajar bahasa Mandarin memang memerlukan kudrat kedua-dua belah otak untuk berjalan.

Ketika belajar menulis 汉字 kami diajar untuk mengira berapa jumlah strok yang ada dalam sesuatu 汉字, ketika belajar sastera, kami diajar untuk menggunakan kreativiti untuk memahami sajak Cina.

Daripada situ kami faham, kami menggunakan kedua-dua belah bahagian otak untuk menghadam bahasa! Menakjubkan kan?

Travel Menarik & Makanan Yang Sedap

Bahasa Mandarin membolehkan anda travel ke negara Asia Tenggara dengan mudah. Anda akan lebih yakin untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan yang boleh berbahasa Mandarin.

Jika nasib anda baik, anda dijemput oleh tuan rumah untuk join mereka merasa makanan tempatan yang dimasak oleh tuan rumah. Percayalah, makanan cina sangat sedap!

China

Bercerita mengenai makanan Cina, kami terbayangkan 羊肉串Yángròu chuàn (sate kambing),饺子Jiǎozi (dumplings),火锅 Huǒguō (hot pot) dan banyak lagi makanan-makanan mereka yang sangat melazatkan! Makanan mereka unik bergantung kepada di mana lokasi anda berada.

Makanan di utara China berbeza dengan makanan di selatan China. Nak tahu apa bezanya? Tunggu artikel penuh berkaitan dengan makanan pula nanti.

Kesimpulan

6 sebab untuk belajar bahasa Mandarin ini hanyalah secebis sahaja. Banyak lagi sebab lain untuk belajar bahasa ini dan paling penting belajar baru sangat menyeronokkan.

1 thought on “Bahasa Mandarin ; 6 Sebab Anda Wajib Belajar Bahasa Ini!”

Leave a Comment

Scroll to Top