6 Cara Memberi Sapaan Dalam Mandarin

Home » 6 Cara Memberi Sapaan Dalam Mandarin

你好Nǐ hǎo merupakan perkataan asas yang akan dipelajari oleh seseorang yang baru belajar Bahasa mandarin untuk memberi sapaan apabila bertemu dengan orang lain.

Ia bermaksud apa khabar atau hello.

Sebelum memulakan perbualan, 你好Nǐ hǎo sering digunakan dan bertindak sebagai pembuka bicara.

nihao
nihao

Tetapi tahukah anda你好Nǐ hǎo bukanlah ayat yang common digunakan oleh masyarakat China untuk memberi sapaan?

Terdapat beberapa perkataan lain yang sering digunakan oleh masyarakat China untuk menggantikan perkataan你好Nǐ hǎo.

Mereka biasanya tidak menggunakan 你好Nǐ hǎo kerana merasakan ianya agak formal.

Di dalam artikel ini, saya akan memberikan 6 cara untuk memberi sapaan yang sering digunakan oleh masyarakat China.

Nak belajar bahasa Mandarin ikut masa anda?

Tak perlu hadir kelas dengan bimbingan secara peribadi.

早!(zǎo) – selamat pagi

早!(zǎo) adalah singkatan daripada perkataan 早上好(zǎoshang hǎo) yang bermaksud selamat pagi.

Apabila bermulanya hari baru, 早!(zǎo) diucapkan sebagai tanda sapaan ketika bertemu dengan orang lain. Gunakan senyuman untuk memulakan hari yang baru sambil mengucapkan早!(zǎo) kepada orang lain.

Ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama dengan yang lain. Perkataan ini ringkas dan sering digunakan di kalangan masyarakat China.

hello
hello

你吃了吗?(Nǐ chīle ma?) – makan dah?

你吃了吗?(Nǐ chīle ma?) bermaksud awak makan tak lagi? Ayat ini juga gemar digunakan oleh orang China ketika bertembung dengan orang lain.

Apabila mereka mengucapkan你吃了吗?(Nǐ chīle ma?), mereka tidak bermaksud untuk meminta anda untuk pergi makan. Anda boleh menjawab 吃了,你呢?(chīle, nǐ ne?) yang bermaksud saya sudah makan, bagaimana pula anda?

Bagi mereka, penggunaan ayat ini lebih serasi dan menunjukkan hubungan yang lebih mesra.

最近好吗?(zuìjìn hǎo ma?) – sihatkah kebelakangan ini?

最近好吗?(zuìjìn hǎo ma?) pada umumnya bermaksud untuk menanyakan bagaimanakah keadaaan seseorang itu sejak kebelakangan ini. Maknanya lebih kurang dengan ayat你好Nǐ hǎo untuk bertanyakan khabar seseorang.

Terdapat banyak respon yang anda boleh berikan mengikut keadaan anda. Antaranya seperti

非常好fēicháng hǎo – sangat baik

还可以hái kěyǐ – boleh lah

很忙hěn máng – sangat sibuk

apa khabar
apa khabar

去哪儿?(qù nǎ’er?) – pergi mana?

去哪儿?(qù nǎ’er?) bermaksud pergi mana yang digunakan untuk menanyakan kemana seseorang itu mahu pergi.

Ayat ini ringkas tetapi menandakan seseorang itu mengambil berat terhadap anda.

Anda boleh menjawab dengan ringkas tempat mana yang mahu dituju. Contohnya seperti 去上班qù shàngbān ang bermaksud pergi kerja.

tip: 去qù (pergi) + destinasi

去 + 上班 = pergi kerja

喂(wèi) – hello?

喂(wèi) merupakan kata-kata yang pertama akan diucapkan oleh orang China ketika menjawab panggilan telefon. Penggunaannya sama seperti “hello” yang kita sering gunakan untuk menjawab telefon.

好久不见 (hǎojiǔ bùjiàn) – lama tidak berjumpa

好久不见 (hǎojiǔ bùjiàn) bermaksud lama tidak berjumpa. Ianya sering digunakan apabila seseorang itu lama tidak berjumpa dengan rakannya. Rakan tersebut kebiasaannya merupakan kawan rapatnya.

Ayat ini mempunyai maksud yang sama dengan dengan ayat Bahasa Inggeris “long time no see!”.

Kesimpulan

Kesimpulannya, selain daripada你好Nǐ hǎo, ada lagi ayat atau perkataan yang sering digunakan oleh masyarakat China sebagai kata sapaan ketika yang bertemu dengan orang lain.

Oleh itu, selain menggunakan你好Nǐ hǎo, anda juga boleh menggunakan ayat lain mengikut situasi yang sesuai.

Scroll to Top