6 Bukti Bahasa Mandarin Tidak Susah Seperti Anda Sangkakan

Mudah Sahaja Belajar Bahasa Mandarin

Negara Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum di mana kaum majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India. Bagi mengeratkan lagi perpaduan kaum yang ada di antara masyarakat Malaysia, kita perlulah mengetahui budaya mereka. Antara salah satu caranya adalah dengan mempelajari bahasa ibunda mereka.

Oleh itu, amatlah digalakkan supaya kita mempelajari Bahasa Mandarin. Sebagai contoh, kita lihat dunia hari ini betapa ramai di antara kita yang berniaga dan berurusan dengan orang-orang Cina. Cuba kita bayangkan alangkah indahnya jika mereka mampu bertutur dalam Bahasa Mandarin ketika berurus niaga. Ia bukan sahaja memudahkan urusan perniagaan malah dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kaum.

Ramai orang menyangkakan Bahasa Mandarin merupakan bahasa yang paling sukar untuk dipelajari. Oleh itu, dalam artikel ini saya akan membuktikan bahawa mempelajari Bahasa Mandarin tidaklah begitu sukar seperti yang anda sangkakan.

6 Bukti Bahasa Mandarin Mudah Dipelajari

1. Mula Belajar Membaca Dengan Menggunakan Pinyin

Mari kita lihat gambar di bawah. Bagi sesiapa yang berniat untuk belajar Bahasa Mandarin, pasti mereka akan berasa tidak bersemangat dan akan berputus asa untuk mempelajarinya. Ini kerana mereka tidak faham dan tidak boleh membaca tulisan tersebut.

pintin

Bahasa Mandarin tidak sama seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di mana tulisannya berbentuk karakter Cina yang agak rumit. Ramai orang beranggapan bahawa Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mudah dipelajari kerana huruf abjad yang mudah untuk dieja.

Oleh itu, pasti ramai yang tidak tahu bahawa tulisan-tulisan dalam Bahasa Mandarin juga dibaca dengan susunan beberapa huruf abjad yang digelar sebagai “pinyin”. Jika kita mula belajar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan belajar huruf abjad A-Z, begitu juga dengan Bahasa Mandarin di mana anda perlu belajar “pinyin”. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pinyin, sila rujuk artikal ini.

pinyin

Dengan mempelajari pinyin, anda dapat membaca, menyebut dan bercakap Bahasa Mandarin dengan mudah. Pada peringkat permulaan anda tidak perlu hiraukan tulisan Cina yang amat memeningkan kepala. Fokuskan pembelajaran anda tentang “pinyin” dan percayalah anda akan mampu bertutur Bahasa Mandarin dengan fasih.

2. Bilangan Suku Kata

Dalam Bahasa Mandarin, bilangan suku kata untuk sesuatu perkataan tidaklah begitu banyak. Kebanyakan perkataan yang selalu digunakan hanya mempunyai satu atau dua bilangan suku kata.

Jadi, amat mudahlah untuk kita mempelajarinya. Jika mahu dibandingkan dengan Bahasa Inggeris serta Bahasa Malaysia yang rata-rata perkataannya mempunyai lebih dari dua bilangan suku kata.

Kita lihat contoh di bawah

suku kata

 

Percayalah, dengan bilangan suku kata yang tidak banyak ini membuatkan kita mudah untuk menyebut dan mengingati sesuatu perkataan tersebut.

3. Menguasai Nada

Nada pada setiap perkataan merupakan keunikan yang ada dalam Bahasa Mandarin. Nada memainkan peranan penting dalam membezakan makna bagi sesuatu perkataan.

Dalam Bahasa Mandarin terdapat empat perbezaan nada asas iaitu nada satu, nada dua, nada tiga serta nada empat dan terdapat satu nada neutral.

 

nada

nada
nada 1, nada 2, nada3 dan nada 4

Kegunaan utama nada dalam Bahasa Mandarin adalah untuk membezakan makna bagi setiap perkataan. Awas! Jika anda tersalah menyebut nada bagi sesuatu perkataan, maknanya akan berubah.

Lihat artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai nada.

4. Tatabahasa Begitu Mudah

Tatabahasa dalam Bahasa Mandarin tidak sukar seperti Bahasa Inggeris. Sebutan bagi sesuatu perkataan adalah tetap dan tidak berubah. Contohnya apabila terdapat perbezaan bilangan, jantina atau pon perubahan masa seperti masa dulu, masa akan datang serta masa sekarang, sebutan bagi sesuatu perkataan tersebut adalah sama. Mari lihat betapa mudahnya tatabahasa Bahasa Mandarin

1. Tiada tenses

Dalam Bahasa Mandarin, tiada penggunaan tenses seperti past tense, present tense atau lain-lain lagi. Keadaan sesuatu perkataan adalah tetap tidak berubah mengikut perubahan masa. Contohnya

Yesterday i drank two bottles of Coca-cola.

昨天我两杯可口可乐。

Zuótiān wǒ hē liǎng bēi kěkǒukělè.

Perkataan 喝hē  “minum” tidak berubah walaupun ayat tersebut menunjukkan perbuatan tersebut berlaku pada waktu semalam.

2. Tiada articles

Dalam pembinaan ayat Bahasa Mandarin, tiada penggunaan “a”, “the” dan “an”.

3. Tiada plurals dan gender

Setiap perkataan dalam Bahasa Mandarin tidak akan berubah walupun terdapat perbezaan bilangan mahupun jantina.

Dalam bukti-bukti di atas, jelas menunjukkan tatabahasa Bahasa Mandarin tidaklah sukar jika mahu dibandingkan dengan bahasa asing yang lain. Anda pasti akan cepat faham dan mudah untuk mempelajarinya.

5. Bentuk Kosa Kata / Perkataan Yang Menarik

Dalam proses pembelajaran sesuatu bahasa asing, menguasai kosa kata adalah perkara yang sangat mustahak. Dengan menguasai kosa kata atau pun dipanggil sebagai perbendaharaan kata, ia membantu kita untuk bercakap. Lebih banyak kita menguasai kosa kata, lebih mudah untuk kita bercakap atau menulis.

Kosa kata Bahasa Mandarin amat unik sekali. Jika anda menguasai beberapa perkataan asas, anda akan mudah untuk memahami kosa kata yang lain yang mempunyai perkaitan dengan perkataan asas tersebut.

Contohnya 手Shǒu yang bermaksud tangan. Apa-apa perkataan yang berkaitan dengan tangan mesti akan ada perkataan lain ditambah dengan perkataan 手 dalam kosa kata tersebut. Contohnya

手机Shǒujī  telefon bimbit

手套shǒutào  sarung tangan

手包shǒubāo bag tangan

shǒu

Tangan

Tangan
手机

shǒujī

手 + 机

Tangan + mesin

Telefon bimbit
手套

shǒutào

手 + 套

Tangan + sarung

Sarung tangan
手包

shǒubāo

手 + 包

Tangan + beg

Beg tangan

Apabila mempelajari lebih banyak kosa kata baru Bahasa Mandarin, anda akan menyedari bahawa bentuk kosa kata bahasa ini sangat menarik dan kreatif. Ianya adalah hasil gabungan “basic word” iaitu perkataan asas dengan perkataan baru yang lain dan menghasilkan perkataan baharu.

Antara contoh kosa kata pain seperti :

电 Diàn

电脑 diànnǎo

电视 diànshì

电话 diànhuà

diàn

elektrik

Elektrik
电脑

diànnǎo

电 + 脑

elektrik + otak

Komputer
电视

diànshì

电 + 视

elektrik + melihat

Television
电话

diànhuà

电 + 话

elektrik + cakap

Telefon

 

Daripada contoh-contoh di atas kita dapat lihat bagaimana satu perkataan asas dalam Bahasa Mandarin apabila ianya digabung dengan perkataan lain, ianya membentuk satu perkataan baru.

Dengan ini saya katakan amat mudah untuk mempelajari kosa kata Bahasa Mandarin. Apabila kita faham mengenai perkataan asasnya, tidak menjadi masalah untuk kita ingat bawaha apabila perkataan tersebut bergabung dengan perkataan lain, ia akan membentuk satu makna perkataan baharu.

6. Mudah Sahaja Belajar Tulisan Bahasa Mandarin

Bagi mereka yang baru sahaja mula belajar Bahasa Mandarin, belajar membaca tulisan atau pun karakter Cina merupakan perkara yang paling susah sekali. Seperti yang saya katakan tadi, belajar membaca menggunakan pinyin sudah memadai untuk anda bercakap Bahasa Mandarin dengan lancar. Tetapi ia akan menjadi penghalang untuk anda membaca tulisan Bahasa Mandarin seperti yang ada di papan tanda jalan raya mahupun tulisan yang ada di dada-dada akhbar kerana kebanyakannya tidak mempunyai “pinyin”.

Sudah semestinya kita melihat tulisan Bahasa Mandarin itu seperti garisan-garisan yang disambung. Malah ada yang melihatnya seperti contengan yang berbagai corak. Sebenarnya, tulisan Bahasa Mandarin merupakan sebuah tulisan yang diadaptasi daripada lukisan sebenar sesuatu objek atau dikenali sebagai pictogram. Kini, banyak tulisan Bahasa Mandarin telah mengalami perubahan sehingga wujudnya simplified chinese yang merupakan tulisan yang digunakan sekarang.

Mudah sahaja untuk belajar mengenali tulisan bahasa mandarin. Anda perlu tahu rahsia di sebalik tulisan ini. Secara umumnya, tulisan Bahasa Mandarin dibahagikan kepada tiga jenis. Mari kita lihat jenis-jenis tuliasan ini kerana ianya akan membantu anda untuk mengenali dengan lebih mudah tulisan Bahasa Mandarin.

1. Pictograms

Tulisan ini terbentuk daripada lakaran bentuk asal objek berkenaan. Oleh itu, jika anda teliti tulisannya berbentuk seakan-akan dengan bentuk asal objek berkenaan. Mari kita lihat contoh tulisan di bawah

Bukit :

bukit
山(Shān bukit

Pokok :

pokok
木(Mù)pokok

Dalam contoh perkataan di atas, tulisan Bahasa Mandarin mengalami evolusi perubahan dari zaman dahulu hingga sekarang. Pada mulanya (bahagian kiri sekali) merupakan tulisan yang seakan-akan bentuk asal objek. Selepas beribu-ribu tahun berlalu, tulisannya pon telah berubah menjadi ringkas. Namun bentuknya seakan bentuk asal objek masih lagi boleh dikesan.

Saya yakin anda akan mudah untuk mengenali dan membaca tulisan seperti ini. Tulisannya tidak rumit, malah ringkas dan mudah untuk diingati.

pictogram
api, pokok, mahatari, bulan, orang, mulut, pintu, bukit

2. Ideograms

Bagi perkataan membawa makna yang abstrak, tulisannya tidak dapat digambarkan seperti tulisan Pictograms. Perkataan ini ditulis dengan tulisan ideograms di mana makna abstrak tersebut digambarkan dalam sesuatu baris yang terdapat dalam tulisan tersebut.

Contohnya seperti perkataan pokok (木). Perkataan pokok ditulis dengan tulisan pictograms iaitu 木 dimana tulisan perkataan ini digambarkan daripada bentuk asal pokok. Hanya satu baris sahaja ditambah pada tulisan ini dan maknanya bertukar menjadi makna yang abstrak.

pokok

pokok

Kita lihat gambar di atas, satu garisan ditambah di bahagian bawah pokok. Ia memberi maksud tunjang pokok. Maknanya berkembang menjadi asas “basis” atau asal “original”.

 

Apabila anda mengenali tulisan seperti ini, ia memberi kemudahan kepada anda untuk meneka makna tulisan perkataan tersebut hanya dengan melihat tulisannya sahaja tanpa membuka kamus.

3. Radical-phonetic compounds

Tulisan jenis ini merangkumi  80%-90% perkataan yang ada dalam Bahasa Mandarin.

Radical bermaksud elemen yang ada pada perkataan tersebut menunjukkan makna perkataan itu sendiri.

Phonetic bermaksud elemen yang ada pada perkataan tersebut menunjukkan cara sebutan perkataan itu sendiri.

 

Mari lihat contoh di bawah

A) Radical :

radical

Tulisan di atas menunjukkan radical yang ada pada setiap perkataan tersebut sudah menunjukkan gambaran mengenai sebahagian daripada makna yang ada pada perkataan tersebut.

Ketiga-tiga perkataan di atas mempunyai radical yang sama iaitu 鸟 yang bermaksud burung. Kita dalam lihat haiwan di kalangan spesis burung kebanyakannya mempunyai radical (鸟) burung.

鸡 Jī  (ayam)

鸭 y ā (itik)

鹅 é (angsa)

B) Phonetic

Perkataan di atas semua mempunyai phonetic yang sama iaitu 巴 (ba).

Jadi tulisan di atas memberi gambaran kepada kita untuk mengetahui sebutannya. Secara amnya cara sebutannya adalah sama tetapi yang membezakannya adalah perbezaan nada. Jadi apabila menjumpai perkataan seperti ini anda akan mudah untuk meneka cara sebutannya cuma nada perkataan tersebut yang perlu lagi untuk anda pelajari.

爸 bà

吧 ba

把 bǎ

Kesimpulan

Yakinlah bahawa anda mampu menguasai Bahasa Mandarin. Ia tidaklah sukar seperti yang anda sangkakan. Mari kita simpulkan kembali cabaran yang anda mampu harungi dengan mudah ketika mempelajari Bahasa Mandarin

  1. Karekter atau perkataan boleh dibaca melalui pinyin.
  2. Mahirkan diri dalam mempelajari nada Bahasa Mandarin.
  3. Tatabahasa sangat mudah, tidak rumit dan susah.
  4. Kosa kata yang menarik terhasil daripada gabungan perkataan yang kreatif.
  5. Tulisan perkataan mudah dibaca jika anda tahu rahsia disebalik 3 jenis tulisan Bahasa Mandarin.

Jadi apa tunggu lagi, mari belajar Bahasa Mandarin. Ia bukanlah bahasa yang susah untuk dikuasai. Semuanya terletak atas usaha anda untuk mempelajarinya. anda pasti akan berasa sulit dan membuat kesilapan ketika proses pembelajaran. Tetapi itu hanya kebiasaan bagi bukan penutur asli bahasa ini. Apa yang penting ketika belajar adalah banyak mendengar, bercakap, membaca dan menulis.

guru mandarin
kami guru mandarin anda

Pepatah Cina ada menyatakan “失败是成功之母 Shībài shì chénggōng zhī mǔ” yang bermaksud kegagalan adalah kunci kejayaan. Gagal sekali tidak bermakna anda gagal selamanya. Teruslah berusaha mempelajari ilmu baru.

Jika anda berminat untuk mempelajari Bahasa Mandarin, kami sedia membantu anda. Hubungi kami dengan segera dan kami akan memberi khidmat pengajaran sehingga anda berjaya menguasai Bahasa Mandarin.

阿诗拉夫 (Ā shī lāfū)berasal dari Sungai Petani, Kedah. Merupakan graduan dari Beijing Foreign Studies University BFSU 2011/2016. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma pendidikan lepasan ijazah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah

3 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila Tulis Komen Anda!
Masukkan Nama Di Sini