6 Binaan Rare China Ini Memang Sangat Rare!

Home » 6 Binaan Rare China Ini Memang Sangat Rare!

Di China, gaya senibina dan reka bentuk bangunan menjadi satu eksperimen menarik dan unik. Apa yang uniknya adalah bermula daripada bandar yang mirip bandar United Kingdom sehinggalah binaan bangunan yang pelik seperti hotel berbentuk orang.

Dengan sumber kewangan yang sangat tinggi oleh syarikat pemaju, ternyata mereka boleh jadikan China, negara luas dan tenaga buruh yang murah sebagai taman permainan para arkitek dan jurutera.

Binaan Rare China Mengujakan

Kami senaraikan 6 bangunan di China yang ‘rare’ untuk anda lawati ketika merangka itinerari anda ke sana.

Eiffel Tower, Thames Town, Tower Bridge, Colloseum, Austrian Town

Obsesi China dengan binaan negara barat dan kemampuan untuk membina semula menghasilkan Eiffel Tower versi China, bandar bercirikan binaan bandar London, Thames Town di Shanghai, Tower Bridge London dan Bandar Austria. Malangnya kebanyakan bandar ini menjadi bandar mati.

Bangunan Eiffel Tower China yang dibina tidaklah setinggi Eiffel Tower sebenar di Perancis. Pun begitu, binaan mereka seakan sama. Binaan ini menghadapi masalah terhadap lesen binaan dan isu arkitek sama ada mencuri senibina atau meminjamnya.

China Eiffel Tower

Manakala bandar seperti Thames Town dan Austrian Town dibina dengan konsep yang hampir 100% sama. Anda tonton video di bawah dan tahu yang tiruan mereka ibarat anda berada di negara barat.

Tianzi Hotel

Tianzi bermaksud “son of heaven” sebenarnya merujuk kepada Maharaja mereka dan juga dewa-dewa mereka. 3 dewa diangkat menjadi binaan sebuah hotel yang diberi nama Hotel Tianzi yang terletak di Beijing. Senibina bangunan ini memenangi anugerah bangunan paling hodoh di dunia. Pun beitu, keunikan binaannya menjadi tumpuan orang ramai.

Tianzi Hotel

Fang Yuan Mansion Shenyang

Pernah tengok syiling China lama yang berlubang di tengah? Jika pernah, anda pasti akan tahu senibina bangunan ini sama seakan syiling tersebut. Dengan gabungan senibina barat dan oriental, arkitek C.Y. Lee merekabentuk bangunan ini dengan menggunakan cermin, besi dn konkrit mengikut syiling itu.

Dan bangunan ini juga berada dalam senarai ‘bangunan paling hodoh di dunia’. Fang Yuan Mansion ini terletak di Shenyang.

Fangyuan Mansion

Kilang Wuliangye

Replika botol arak dibina oleh Wuliagye Group, sebuah syarikat arak yang menggunakan cara tradisional untuk menghasilkan arak mereka. Replika botol arak ini merupakan salah satu bangunan yang menarik minat pelancong dan terletak di Yibin.

Kilang Wuliangye

Circle Of Life

Firma arkitek Shanghai Modern Architectural Design Co. adalah firma yang merekabentuk banyak bangunan terkenal di China seperti Oriental Pearl Tower. Namun Circle of Life dilihat lebih menarik dengan rekaannya yang bulat dengan 50 tingkat dan pada waktu malam dipasang 10,000 lampu.

Circle Of Life

Soho Peaks

Bangunan dengan senibina futuristic ini direka oleh Zaha Hadid, arkitek dunia terkenal. Di dalam Soho Peaks terdapat kompleks membeli belah dan rekabentuk bangunannya berbentukkan organic melihatkannya seperti bangunan pada masa hadapan. Bangunan ini terletak di antara bandar Beijing dan lapangan terbang.

Soho Peaks

Jom Ke China

Masih banyak lagi tempat yang ‘rare’ di China, tidak kira sama ada binaan lama, binaan baru mahupun alam semulajadi yang sangat cantik.

Scroll to Top