Anda mahu ucapan Tahun Baru Cina khas kepada Kawan Cina anda?

Atau mungkin nak ucap kepada bos anda?

Kami senaraikan 5 ucapan Tahun Baru Cina yang boleh diucapkan kepada mereka, namun sebelum itu ayuh kita fahamkan tradisi Tahun Baru Cina dahulu.

Tahun Baru Cina Perayaan Terpenting

Tahun Baru Cina merupakan perayaan paling penting dalam masyarakat Cina di seluruh dunia.

Ia merupakan hari pertama pada tahun baru mengikut Kalendar Lunar.

Apa itu Kalendar Lunar?

Seperti Kalendar Islam, Kalendar Lunar juga menggunakan bulan sebagai kiraan hari, bulan dan tahun. Pada tahun 2021, tahun baru Cina jatuh pada 12 Februari iaitu pada hari Jumaat.

Malam sebelum, rakan-rakan berbangsa Cina kita akan makan besar bersama keluarga.

Tahun baru Cina merupakan perayaan yang disambut dengan meriah dan merupakan sambutan paling besar di dunia kerana populasi masyarakat Cina adalah yang tertinggi di dunia.

Ia merupakan cuti umum di China dan juga cuti umum di negara yang terdapat ramai orang Cina seperti di :

  1. Taiwan
  2. Hong Kong
  3. Malaysia
  4. Indonesia
  5. Singapura
  6. Brunei
  7. Filipina
  8. Vietnam

Perayaan Tahun Baru Cina sangat berkait rapat dengan kepercayaan dan adat orang Cina terdahulu menjadikannya perayaan tradisional.

Ia merupakan perayaan Bangsa Cina, bukannya perayaan keagamaan.

Tahun Baru Cina adalah pada bulan baru bagi tahun baru dan ia juga merupakan permulaan kepada musim bunga dan Tahun Baru Cina di sesetengah negara yang mempunyai 4 musim dipanggil perayaan Musim Bunga, iaitu musim pertama dalam tahun baru.

perayaan musim bunga

Zodiak & Kalendar Lunar

Bersama calendar Lunar adalah putaran 12 tahun yang disekalikan bersama binatang sebagai simbol setiap tahun.

Pada tahun 2022, tahun Cina adalah tahun Cina iaitu tahun kedua dalam kalendar Lunar.

zodiak kalendar lunar

Lagenda & Mitos Nian

Menurut kisah dongeng dan lagenda, Tahun Baru Cina bermula dengan seekor binatang buas yang dipanggil Nian. Di sebuah kampong, Nian akan akan penduduk kampung tersebut terutama kanak-kanak.

Pada satu hari, semua penduduk menyembunyikan diri daripada dimakan oleh Ninan namun terdapat seorang lelaki tua tidak mahu bersembunyi sebaliknya mahu menghadapi Nian dan mahu membalas dendam.

Pada malam tersebut, pakcik tersebut menampal kertas merah pada tiap dinding dan pintu dan memasang mercun. Ajaibnya, keesokan hari semua penduduk kampung keluar dari tempat persembunyian, tiada seorang pun dimakan dan tiada rumah yang dimusnahkan.

lagenda nian
Lagenda Nian

Mereka menganggap pakcik tersebut adalah dewa yang datang untuk menyelamatkan mereka dan percaya bahawa warna merah dan bunyi bising menakutkan Nian.

Tahun Baru seterusnya, penduduk kampung mula memakai baju merah, menggantung tanglung merah serta menampal kertas pada tingkap dan pintu. Mereka juga memasang mercun untuk menakutkan Nian.

Mengikut lagenda, Nian telah ditangkap oleh Hongjun Laozu dan seterusnya menjadi bukit.

Persediaan Tahun Baru Cina

Sama seperti menyambut Hari Raya Aidilfitri, masyarakat Cina akan membuat persediaan awal sebelum tibanya malam Tahun Baru Cina.

Apakah persediaan CNY?

Persediaan Tahun Baru Cina boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut adat.

Menghampiri Tahun Baru Cina

Seminggu sebelum malam Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan mula membersihkan rumah dengan menyapu (sebagai simbol menolak nasib malang), membeli barangan yang wajib ada semasa Tahun Baru Cina seperti :

  1. Juadah makan besar pada malam Tahun Baru Cina
  2. Hiasan berwarna merah
  3. Pakaian merah
  4. Sampul AngPow
  5. Mercun & Tanglung
  6. Makanan untuk nenek moyang
tahun baru cina 2

Yang bekerja di tempat lain akan mula ke kampung untuk berkumpul bersama ahli keluarga dan paling penting adalah mesti berada di rumah sebelum Malam Tahun Baru Cina.

Malam Tahun Baru Cina

Pada Malam Tahun Baru Cina, satu keluarga akan berkumpul bersama untuk makan besar dan biasanya pada malam ini akan digantung perhiasan berwarna merah dan sebagainya.

Hari Tahun Baru Cina

Pada hari Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan memberi kehormatan kepada nenek moyang dengan membakar colok dan juga memasang mercun.

Hari-hari kemudian adalah hari melawat saudara mara dan pada hari ke-15 dalam Kalendar Lunar pada bulan pertama (15 hari selepas Tahun Baru Cina), perayaan tanglung pula disambut.

Suasana pada Tahun Baru Cina sangat meriah dengan warna merah dan jika di China, bandar-bandar besar seperti Beijing akan lengang beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina dan seminggu selepas Tahun Baru Cina kerana semua pulang ke kampung untuk merayakannya.

ucapan tahun baru cina 2

Ucapan Tahun Baru Cina

Dengan inisiatif Unit Mandarin Kolej Profesional Mara Bandar Penawar bersama The Pinyin Club (kelab Mandarin KPMBP), mereka telah menggunakan platform Articulate Rise (E-Learning) untuk memberi pendedahan kepada bahasa Mandarin melalui One Week One Mandarin yang dijalankan setiap minggu.

Pada minggu ini, seiring dengan perayaan Tahun Baru Cina, mereka membawakan Ucapan Tahun Baru Cina untuk anda gunakan untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Ucapkannya kepada rakan Cina anda mahupun saudara Cina anda semasa perayaan ini dan sama-sama kita capai perpaduan antara kita.

ucapan tahun baru cina the pinyin club

Untuk ucapan Tahun Baru Cina yang disediakan oleh The Pinyin Club, anda boleh klik di sini. Pada platform tersebut anda boleh mendengar audio dan maksud sebutan ucapan itu.

Sebelum itu, kami senaraikan di bawah apakah 5 ucapan tersebut.

  1. 新年快乐 ! (Xīnnián kuàilè)
  2. 恭喜发财 ! (Gōngxǐ fācái)
  3. 年年有余 ! (Nián nián yǒuyú)
  4. 大吉大利! (dàjídàlì)
  5. 万事如意! (Wànshi rúyī)

Kami di Limau Mandarin ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada rakan dan saudara yang berbangsa Cina moga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keadaan sejahtera. 新年快乐 !

Nak belajar bahasa Mandarin ikut masa anda?

Tak perlu hadir kelas dengan bimbingan secara peribadi.

About The Author

Scroll to Top