Adakah anda seorang pencinta sejarah? Jika ya, ibu kota Nanjing di China ialah satu tempat yang wajib anda kunjungi!

Tempat yang senantiasa sarat dengan budaya serta sejarah ini telah banyak dinukilkan di dalam banyak buku-buku sejarah China mahupun dunia. Masakan tidak, Ibu kota Nanjing ini telah dijadikan pusat pemerintahan kepada banyak Dinasti di China semenjak abad ke-3 lagi.

Nanjing, Tebal Dengan Sejarah China

Ibu kota Nanjing juga telah banyak menjadi saksi kepada sejarah peradaban manusia sejak beribu tahun lagi serta telah banyak menyaksikan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah China.

Jika anda dari Beijing,anda boleh memilih untuk menaiki keretapi laju yang memakan masa selama 4 jam untuk sampai atau jika anda mahu lebih cabaran anda boleh memilih untuk menaiki keretapi kelas ke-3 yang jauh lebih murah yang mengambil masa selama 9-11 jam!

Oleh itu, jika anda bercadang ke Nanjing,jangan lepaskan peluang melawat 5 tempat ini.

Presidential Palace

Presidential Palace

Presidential Palace merupakan pejabat rasmi bagi Presiden Republic China semenjak tahun 1927 sehingga ianya diubah ke Taiwan pada tahun 1949.

Dahulunya, ia merupakan kediaman bagi golongan kerabat Dinasti Ming sehingga diambil alih Dr Sun Yat Sen. Kemudian ia menjadikannya sebagai pusat pemerintahan bagi Parti Nasionalis China. Anda juga boleh melawat pejabat rasmi Chiang Kai Shek pemimpin Parti Nasionalis China atau parti Kuomintang jika berkunjung ke sini.

Sun Yat-sen Mausoleum

Sun Yat-sen Mausoleum

Siapakah Dr Sun Yat Sen?Adakah beliau seorang yang terkenal di kaca mata setia rakyat di China?

Jawapannya adalah ya!Beliau ialah seorang pemimpin politik dan pemimpin revolusi di China.

Beliaulah yang memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menggulingkan zaman beraja Dinasti Qing pada tahun 1911.Anda perlu mendaki beratus anak tangga jika ingin sampai ke puncak di mana jasad Dr Sun Yat Sen disemadikan.Tiada tiket masuk yang dikenakan untuk melawat tempat ini.

Sun Yat-sen Mausoleum 02

Xuanwu Lake Park

Setelah penat berjalan, tidak salah jika anda lajakkan sedikit perjalanan anda ke Xuanwu Lake Park.Di sana anda boleh segarkan minda dengan berjalan di dalam Taman Tasik Xuanwu. Di sana anda boleh melihat pelbagai aktiviti yang dijalankan komuniti setempat seperti senamrobik dan banyak lagi.

Xuanwu Lake Park
Xuanwu Lake Park 02

Bagi golongan ibubapa pula,taman ini dijadikan tempat mencari jodoh bagi anak mereka.

Para ibu bapa akan mengiklankan butiran peribadi anak mereka seperti umur, pekerjaan, tahap pendidikan dan segala yang berkaitan dan menggantungkannya di tali yang disediakan.

Jika ada yang menepati ciri-ciri yang dicari,maka ibu bapa ini akan mengaturkan pertemuan anak anak mereka untuk fasa seterusnya. Ia adalah salah satu cara yang amat unik untuk mencari jodoh di China. Anda boleh iklankan diri anda juga jika ingin mencuba nasib!

Iklan Cari Jodoh
Orang ramai sedang meneliti iklan mencari jodoh.

Nanjing Massacre Memorial Hall

Nanjing Massacre Memorial Hall

Jika ke Nanjing,inilah salah satu tempat yang anda WAJIB lawati. Muzium ini dibina bagi memperingati mangsa kekejaman tentera Jepun yang telah menawan ibu kota ini pada tahun 1937. Dianggarkan 300 000 orang telah menjadi mangsa korban kerakusan tentera Jepun pada ketika itu.

Nanjing Massacre Memorial Hall 01png
Berpuluh-puluh tingkat fail saksi kekejaman askar Jepun.
Nanjing Massacre Memorial Hall 02
Salinan pengakuan saksi yang melihat kekejaman tentera Jepun pada ketika itu
Nanjing Massacre Memorial Hall 03
Hukuman terkenal pancung sedang dijalankan.
Nanjing Massacre Memorial Hall 04
Pertandingan siapa memenggal kepala paling banyak.

Fuzimiao

Bagi aktiviti pada waktu malam,anda boleh melawat Fuzimiao untuk menikmati keindahan kota lama yang indah dengan seni bina yang unik. Di sini terletaknya Kuil Confucius yang telah dibina sebagai pusat pembelajaran aliran Confucius pada waktu itu.

Di sini anda boleh membeli belah dan mencari cenderamata untuk dibawa pulang dengan harga yang murah!Street food di sini juga terkenal dengan keunikan dan kesedapannya.

Selain itu,antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini ialah menaiki bot sepanjang sungai Qinhuai dan menikmati suasana malam di kota Nanjing. Pastinya ia memberi memori yang terindah bagi sesiapa yang mengunjungi tempat ini pada waktu malam.

Fuzimiao

Kesimpulan

Nanjing, bagi sesiapa tahu tentang sejarah pembunuhan rakyat China oleh tentera Jepun pasti tahu yang ia merupakan salah satu peristiwa yang mengerikan.

Sehingga hari ini, ada daripada rakyat China tidak suka akan Jepun akibat nenek moyang mereka dibunuh.

Jika anda ke Nanjing, lawatilah tempat ini dan hayati sejarah peperangan dan ambil iktibar.

Penulis asal artikel ini ialah Fadzil Abrashid (alumni pelajar BFSU 2009-2014)

About The Author

Scroll to Top