Siapa tidak kenal Jack Ma, pengasas Alibaba yang berasal dari Hangzhou, China yang mengubah dunia perdagangan global dengan sistem yang membantu bisnes besar mahupun kecil di seluruh dunia.

Bagi sesiapa yang mengikuti kisah beliau, ramai yang tahu permohonan Jack Ma untuk melanjutkan pelajaran di Harvard ditolak berkali-kali malah permohonannya untuk bekerja di KFC pertama China juga ditolak, menjadikan Jack Ma satu-satunya calon pekerja yang ditolak!

Jack Ma Mengubah Dunia Bisnes

Pun begitu Jack Ma tidak pernah mengalah dalam mencari peluang dan akhirnya berjaya menjadikan Alibaba sebagai platform e-dagang terbesar di seluruh dunia menandingi Walmart. Platform tersebut sehingga 2015 bernilai $475.89 billion! Keuntungan bersih pada 2016 pula adalah sebanyak $23 billion.

Matlamat Alibaba pada 2024 adalah untuk menjadi platform bisnes yang mampu menampung 2 billion pelanggan dan puluhan juta syarikat kecil di China dan luar China.

Jack Ma Detroit

Bercakap di Alibaba’s Gateway 2017 pada selasa lepas di Detroit mengenai pengalaman membina Alibaba, 5 nasihat ini diberikan kepada para usahawan yang mahu menguasai pasaran China dan global.

Dapatkan kepercayaan orang lain

Daripada pekerja hinggalah ke pelabur, pastikan anda tunaikan janji anda kepada mereka dan hargailah kepercayaan yang diletakkan ke atas anda. Jack Ma menekankan adalah berteraskan kepada kejujuran dan kepercayaan. Katanya “Saling mempercayai satu sama lain yang menambah kekuatan syarikat kami”. Seramai 18 orang pelabur percayakan Jack Ma dan beliau sendiri sangat setia kepada mereka dan misi yang dipegang.

Lupakan pesaing, fokus pada pelanggan

Jack Ma tidak pedulikan pesaaing Alibaba, apa saja yang Alibaba buat adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan Alibaba. Sebabnya mudah ; untuk bertahan lama dalam bisnes, amatlah penting untuk memuaskan hati pelanggan.

Tambahnya, “Jika pelanggan cakap tambah gudang, kami akan tambah gudang. Bukan kerana duit tapi kerana keperluan pelanggan”.

Apabila ditanya mengenai pesaing Alibaba, Jack Ma berkata beliau tidak tahu satu pun siapakah pesaing Alibaba.

Jack Ma Malaysia

Fikir bisnes secara global

Bagi Jack Ma, bisnes kecilan wajib fokus kepada globalisasi untuk bertahan dalam bisnes. Katanya “Jika kamu tidak cuba untuk globalisasikan bisnes kamu, kamu akan terlepas peluang yang paling besar untuk bisnes kamu dan akan terperangkan dalam persaingan tempatan sahaja”.

Muda dan pandai adalah resepi tim hebat

“Semasa kita muda, tiada siapa yang berikan kita peluang keemasan, sekarang kita patut berikan anak muda peluang yang kita tidak pernah dapat itu”. Bagi Jack Ma, membina tim yang kuat adalah sangat penting terutama tim yang didirikan oleh anak muda.

Teruskan tanpa henti

Nasihat terakhir Jack Ma buat para usahawan adalah jangan pernah berhenti. Teruskan perjalanan yang susah ini. Kata-kata terakhirnya dalam konferens itu adalah, “Tomorrow is difficult, but the day after tomorrow is beautiful”.

Jack Ma pada Mac lalu datang ke Malaysia melancarkan digital free trade zone (DFTZ) dengan menjadikan Malaysia sebagai e-hub yang dikendalikan oleh orang Malaysia.

Pelancaran ini sedikit sebanyak bakal membantu Malaysia untuk turut bersama dalam dunia e-dagang sekaligus membawa peluang keemasan kepada pemilik bisnes tempatan.

Jika anda seorang usahawan, anda pasti tidak mahu terlepas peluang yang ada dan ikutlah nasihat Jack Ma.

Ternyata dunia hari ini melihat ekonomi negara China berkembang pesat dan pada tahun 2030 China akan mendominasi ekonomi dunia.

Banyak produk diimport dari China dan ia juga merupakan peluang kepada peniaga kecil untuk import dan eksport produk dari China.

Limau Mandarin membantu anda untuk memahami dunia bisnes China dan juga bersedia memberi informasi lanjut tentang bisnes di China.

About The Author

Scroll to Top