5 Makanan China Wajib Anda Cuba!

Home » 5 Makanan China Wajib Anda Cuba!

Makanan China wajib anda makan jika anda travel ke China. Ia sangat sedap malah sangat berbeza berbanding dengan makanan Malaysia.

Atas faktor perbezaan citarasa di tiap provinsi serta faktor geografik, sejarah dan kebudayaan, makanan-makanan tradisional mereka boleh dijumpai dengan rasa yang berbeza, warna yang unik. Bergantung kepada citarasa anda, mungkin ada yang anda boleh makan mungkin ada yang tidak berapa kena dengan tekak anda.

Makanan China Wajib Makan Dan Sedap!

5 tahun tinggal di China terutama Beijing, kami juga travel ke hampir seluruh provinsi. Setiap provinsi kami diberi peluang untuk mencuba makanan tradisional mereka.

Kami senaraikan kembali makanan China yang wajib anda cuba. Pun begitu, seperti dalam artikel sebelum ini, memang jenis makanan mereka sangat banyak!

Kambing Bakar

烤肉 – Daging Bakar

Terkenal dengan daging bakar mereka terutama 羊肉串 – sate kambing, ia merupakan makanan dari utara China terutama dari 新疆 – Xinjiang, 北京 – Beijing dan lain-lain.

Rempah yang digunakan biasanya adalah 孜然粉 – serbuk Kumin, 辣椒粉 – serbuk cili. Dan rempah yang digunakan sudah cukup untuk mengiurkan sesiapa yang melihat sate kambing.

Itu belum lagi bercerita mengenai 烤羊排 – rusuk kambing bakar. Memang favorite untuk setiap occasion sebab harganya agak mahal.

Sate kambing biasanya boleh dijumpai di restoran biasa sahaja.

Peking Duck

烤鸭 – Peking Duck

Jika anda ke Beijing, makanan tradisional yang wajib anda cuba adalah Peking Duck iaitu itik salai. Lemak yang keluar daripada itik memang sangat sedap, dibalut dengan doh roti, dicicah kicap masin. Memang sangat sedap.

Untuk makan Peking Duck yang halal dan sedap, anda boleh ke 牛街 – NiuJie. Di Niujie anda boleh ke masjid tertua di Beijing dan mencari makanan halal di situ.

臭豆腐 – Tauhu Busuk

Pergi ke China, apabila melalui jalan-jalan yang ada menjual makanan. Jangan terkejut dengan bau yang sangat busuk! Ia sebenarnya adalah makanan yang dipanggil Tauhu Busuk.

Baunya memang sangat busuk namun rasanya sangat sedap!

Dumpling

饺子 – Dumpling

Dumpling merupakan salah satu daripada kegemaran kami! Inti yang pelbagai memang menjadikannya salah satu makanan yang paling sedap bagi kami!

Pilihan inti meliputi daging lembu, ayam, kambing, makanan laut dan sayuran. Dumpling boleh dipilih sama ada mahu dikukus, direbus atau digoreng.

Cicah dengan cuka dan cili, memang boleh buat anda tak tidur malam teringatkan kesedapan dumpling!

Mee Tarik

拉面 – Mee Tarik

Makanan yang berasal dari 兰州 – LanZhou ini sebenarnya sudah berada di Malaysia. Di Malaysia terdapat satu restoran yang mempunyai cawangan yang banyak.

Penarik mee, pemilik restoran merupakan orang dari tanah besar China. Nama restoran tersebut ialah Mee Tarik Warisan.

Mee tarik adalah  seperti mee sup kita. Cuma bezanya adalah pada rasa sup itu dan tekstur mee. Mee tarik juga merupakan salah satu pilihan kepada makanan tiap hari kami ketika di sana.

Mee tarik daging lembu ditambah cili cina, memang sedap gila!

Makanan China wajib

Kesimpulan

Bagi kami, China merupakan syurga makanan. Terdapat pelbagai jenis makanan dengan rasa, bau dan warna yang sangat unik. Banyak makanan China wajib dicuba.

Pernah kami bertanyakan kepada alumni pelajar Malaysia yang sudah pulang ke Malaysia. ‘Apakah yang mereka mahu buat jika pulang ke Beijing?’ Jawapan mereka, ‘Sudah tentu makan, makan dan makan!’

Kesedapan makanan China memang tak dapat disangkal. Ini baru saja disenaraikan 5 makanan tradisional. Belum termasuk lagi makanan-makan lain.

Jika anda ke China, sila melantak!

Scroll to Top