4 Sebab Kenapa Belajar Bahasa Mandarin Penting

Sebenarnya kenapa belajar Bahasa Mandarin sangat penting?

Saya masih ingat lagi semasa memulakan pembelajaran bahasa Inggeris pada waktu kecil.

Saya tertanya-tanya, apa yang penting sangat bahasa Inggeris sampai kita kena belajar selain daripada Bahasa Melayu?

Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua

Sehingga sekolah menengah, bahasa Inggeris saya tidaklah begitu baik kerana tidak dipraktik dan mungkin hari ini jika saya berbahasa Inggeris, loghat bahasa Melayu akan kedengaran.

Sehinggalah saya tanpa menjangkakan langsung bahawa saya akan melanjutkan pelajaran dalam bahasa lain, bahasa yang lebih susah daripada bahasa Inggeris!

Bfsu Beijing
Beijing Foreign Studies University

Bahasa Mandarin Juga Sebagai Bahasa Kedua

Umur 18 tahun saya melanjutkan pelajaran di Beijing Foreign Studies University dalam bidang Bahasa Mandarin. Tak pernah masuk dek akal saya akan beralih daripada jurusan sains ke jurusan bahasa!

Antara bahasa yang paling susah pula dan mahu belajar sehingga boleh dijadikan bahasa kedua saya!

Setahun berada di Bejing, bahasa Mandarin saya di peringkat boleh berkomunikasi untuk penggunaan harian. Pun begitu, pada tahun tersebut saya masih lagi tidak percaya kenapa saya ke China untuk belajar Bahasa Mandarin.

Tahun demi tahun, banyak urusan saya melibatkan penduduk China. Dari urusan jual beli hingga urusan mengambil stok yang dikirim oleh orang Malaysia semua menggunakan bahasa Mandarin.

Jika pada tahun pertama saya tertanya-tanya kenapa belajar Bahasa Mandarin sangat penting, dan anda mungkin berada di artikel ini juga tertanya-tanya benda yang sama, saya ada jawapannya.

Dengan pengalaman belajar bahasa baru, pengalaman berurusan dengan orang Cina menggunakan Bahasa Mandarin sama ada urusan profesional atau tidak rasmi, saya ada 4 jawapan kenapa belajar Bahasa Mandarin penting untuk semua.

Graduasi Bfsu

Hari ini mungkin ramai ibu bapa sudah nampak kepentingan kenapa belajar Bahasa Mandarin dengan menghantar anak-anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan ia merupakan salah satu inisiatif yang sangat baik bagi saya.

Sebelum saya senaraikan 4 sebab kenapa belajar bahasa Mandarin penting, ingin saya sampaikan satu pesanan ringkas.

Sehingga hari ini, masih ramai yang sekiranya tahu saya boleh berbahasa Mandarin, akan mengutarakan “Baguslah, nanti orang Cina tidak dapat tipu kau dah”.

Ayat sebegini benar berbaur perkauman dan streotaip. Ingin saya tegaskan, tidak semua orang Cina penipu sama seperti tidak semua orang Melayu pemalas.

Jadi, buang rasa nak belajar bahasa Mandarin kerana tidak mahu ditipu dan buang prejudis dalam diri terhadap kaum lain, kita kan 1 Malaysia. Negara berbilang kaum yang hidup aman damai bersama.

4 sebab kenapa belajar Bahasa Mandarin penting

Bagi saya, belajar mana-mana bahasa lain ada kelebihan. Lebih banyak bahasa yang anda belajar, lebih banyak manfaat yang anda boleh dapat.

Cuma jika anda berhasrat untuk belajar bahasa lain, saya sarankan untuk belajar Bahasa Mandarin. Kenapa?

Jom baca 4 sebab kenapa belajar bahasa Mandarin sangat penting di bawah.

Penutur Paling Ramai Di Dunia

Statistik ini buat saya tersedak sebelum ini! Bayangkan seramai 1,197,000,000 orang berbahasa Cina dan 873,000 juta orang berbahasa Mandarin. Jika dibuat kira-kira, sebanyak 14% daripada populasi dunia berbahasa Mandarin!

Jadi, jika anda boleh berbahasa Mandarin, anda boleh berkomunikasi dengan 873,000 juta orang! Bayangkan berapa banyak pintu-pintu peluang yang adan boleh buka.

Pintu perniagaan anda, pintu kerjaya anda dan banyak lagi pintu yang anda boleh buka. Oh, jika anda pergi travel, anda juga boleh menggunakan Bahasa Mandarin anda di mana-mana kerana orang Cina juga berada di hampir semua negara di dunia.

budaya cina
Anda juga boleh belajar budaya orang Cina dan faham mereka lebih mendalam

Boleh Bekerja di China

China merupakan  sebuah negara yang sedang membangun pesat dan dijangka akan mengambil alih peranan Amerika Syarikat sebagai negara ekonomi nombor 1 dunia pada tahun 2030.

Sebutlah apa saja industri, dengan bahasa Mandarin dan kepakaran anda, anda boleh bekerja dan membuka perniagaan di China dengan lebih mudah berbanding mereka yang tidak berbahasa Mandarin.

Peluang kerjaya dan perniagaan sangat luas di China, jadi rebut peluang dan tempatkan diri anda di hadapan dengan fasih berbahasa Mandarin.

belajar bahasa mandarin

Banyak Negara Berbahasa Mandarin

Jika anda tidak ke China, tetapi mungkin ke Singapura atau Taiwan, mahupun Thailanf dan Indonesia, ramai dari sana juga berbahasa Mandarin.

Oh, Malaysia juga ramai penutur Bahasa Mandarin tidak perlu kami sebut. Jika dilihat hari ini, banyak syarikat yang mengambil kira jika anda boleh berbahasa Mandarin maka ia merupakan salah satu bonus untuk skor temuduga anda!

iklan kerja bahasa mandarin
Contoh Iklan Pekerjaan Perlukan Bahasa Mandarin

Peluang Pekerjaan Luas

Belajarlah Bahasa Mandarin. Jika bukan bahasa Mandarin, bahasa lain pun tak ada masalah. Kerana dengan bahasa lain, anda ada bonus untuk skil diri anda.

Ya, satu lagi China sedang meluaskan kuasa ekonomi mereka melalui projek mega OBOR yang memakan kos beberapa trillion Dollar dan peluang pekerjaan sangat banyak.

Jadi, belajarlah bahasa Mandarin ya.

Bila mahu mula belajar Bahasa Mandarin?

Masih mahu tanya lagi bila? Mula sekarang! Banyak sumber anda boleh dapati daripada online.

Dikemaskini pada

Leave a Comment

Scroll to Top