2 Jenis Kereta Api Di China Wajib Anda Tahu

Kereta api di China merupakan salah satu kereta api yang sangat terkenal dengan kemajuan dan teknologi yang digunakan mereka.

Jenis-jenis kereta Api di China

Negara China mempunyai rangkaian kereta api yang begitu banyak. Oleh sebab bilangan rakyatnya yang terlalu ramai dan keluasan negara China yang besar, perkhidmatan kereta api di China ini jelas membantu rakyatnya untuk pergi ke sesuatu tempat.

Selain itu, ia juga meningkatkan lagi industri pelancongan apabila para pelancong dapat menaiki kereta api ketika melancong di China. Mari kita lihat jenis-jenis kereta api di China.

Kereta Api Laju

China merupakan negara yang mempunyai rangkaian kereta api berkelajuan tinggi yang paling banyak. Kereta api di China ini moden, selesa dan harganya agak berpatutan.

Walau bagaimanapun, anda perlu mengambil kira tentang beberapa faktor mengenai kereta api ini seperti ada yang hanya melakukan perjalanan pada siang hari. Terdapat banyak tempat-tempat di mana mereka tidak lagi pergi serta stesen kereta api kelajuan tinggi ini kebanyakannya berada di bandar-bandar, dan ianya terletak jauh dari pinggir bandar. Terdapat tiga jenis kereta api berkelajuan tinggi:

bullet train

  1. G – High-speed Electric Multiple Units (EMU) Train (高铁, gao tie)

Ini adalah kereta api yang paling laju dan harga tiketnya juga yang paling mahal. Kelajuannya mencapai 350 km/h dan menghubungkan bandar-bandar utama China. Kelajuan kereta api ini berbeza mengikut laluannya. Di sesetengah laluan had kelajuannya di antara 300km/h-200km/h.

Oleh kerana harga tiketnya yang paling mahal, kebiasaannya untuk memperoleh tiket ini tidaklah mempunyai masalah. Contohnya seperti perjalanan (Beijing – Shanghai – Guangzhou).

Jenis kereta apiKereta api Laju
Nama Cina高铁 (gao tie)
Maksimum had kelajuan350km
Penghawa dinginDisediakan
TandasGaya Barat
KomenKereta api jarak jauh yang paling selesa, mahal dan laju dalam rangkaian kereta api China
Laluan utamaBeijing-Shanghai

Beijing-Guangzhou

Beijing-Xi’an

 

  1. C – Intercity EMU Train (城际高铁,chengji gaotie)

Kereta api ini hanya meliputi jarak pendek antara dua pusat bandar yang berdekatan. Contohnya antara kereta api laju dari Beijing ke Tianjin yang jaraknya lebih kurang 120km.

Jenis kereta apiKereta api Laju
Nama Cina城际列车 (cheng ji lie che)
Maksimum had kelajuan350km
Penghawa dinginDisediakan
TandasGaya Barat
KomenMenghubungkan bandar-bandar berdekatan, cepat dan selesa seperti Gaotie.
Laluan utamaBeijing-Tianjin

 

  1. D – Electric Multiple Units (EMU) Train (动车,dong che)

Kereta api ini adalah lebih perlahan sedikit daripada Kereta api laju gao tie kerana ianya banyak berhenti di stesen-stesen kereta api. Oleh itu, ia hanya mencapai kelajuan sebanyak 250 km/h.

Tiketnya juga lebih murah daripada kereta api laju gao tie. Disebabkan kereta api ini banyak berhenti di stesen-stesen pelbagai bandar, tiket yang dijual akan cepat habis berbanding Kereta api laju gaotie. Kereta api laju ini kini beroperasi menghubungkan bandar besar di China seperti Beijing-Shanghai, Shanghai-Suzhou, Shenzhen-Guangzhou dan lain-lain lagi.

Jenis kereta apiKereta api Laju
Nama Cina动车(dong che) / 和谐号(he xie hao)
Maksimum had kelajuan250km
Penghawa dinginDisediakan
TandasGaya Barat
KomenKelajuannya perlahan sedikit berbanding dengan kereta api laju G dan C tetapi laluan stesennya lebih banyak. Tiket kereta api ini antara 30% – 50% murah dari kereta api laju G pada laluan yang sama
Laluan utamaBeijing-Shanghai,Shanghai-Suzhou, Shenzhen-Guangzhou dan lain-lain lagi

 

Kereta Api Biasa

Kereta api ini memberi satu kelebihan besar kepada mereka yang ingin ke kawasan-kawasan bandar kecil di China dan harga tiketnya pula lebih murah daripada keratapi laju. Terdapat 5 jenis kereta api biasa di China.

  1. Z – Direct Express Train

Ianya tidak sepantas keratapi laju kerana kelajuannya hanya mencecah 160km/h. Kereta api ini akan bergerak dari stesen mula hingga stesen akhir tanpa berhenti, tetapi ada sesetengah daripadanya hanya akan berhenti di beberapa buah stesen sahaja.

Z - Direct Express Train

Jenis kereta apiKereta api biasa
Nama Cina直达特快 (zhi da te kuai)
Maksimum had kelajuan160km/h
Penghawa dinginDisediakan
TandasGaya Barat
KomenBukan semua kereta api ini bergerak tanpa henti hingga ke stesen terakhir, cuma bilangan stesen yang akan ia berhenti kurang daripada kereta api jenis T.

 

  1. T – Express Train

Kereta api jenis ini akan berhenti di beberapa buah stesen dan kebanyakannya adalah di bandar-bandar besar. Kelajuannya hanya mencecah 140km/h. Terdapat tiket tempat duduk dan tempat tidur dalam kereta api ini.

T - Express Train

Jenis kereta apiKereta api biasa
Nama Cina特快 (te kuai)
Maksimum had kelajuan140km/h
Penghawa dinginDisediakan
TandasTidak semua kereta api disediakan tandas gaya Barat
KomenBiasanya berhenti di bandar utama atau provinsi. Stesen agak sesak dan tidak begitu maju.

 

  1. K – Fast Train

Kelajuan kereta api ini hanya mencecah 120km/h dan banyak berhenti di beberapa buah stesen daripada kereta api jenis T. Kebanyakan kereta api jenis ini mempunyai penghawa dingin. Serta mempunyai tiket untuk tempat duduk dan tidur.

Jenis kereta apiKereta api biasa
Nama Cina快车 (kuai che)
Maksimum had kelajuan120km/h
Penghawa dinginTidak semua kereta api disediakan
TandasTidak semua kereta api disediakan tandas gaya Barat
KomenKereta api biasanya berhenti di stesen-stesen pertengahan bandar

 

  1. Four-digits Number Train – Regular Speed Train

Kereta api ini adalah yang terlambat di China. Ia akan berhenti di setiap stesen yang ada di sepanjang perjalanan. Oleh kerana tiketnya yang termurah, penghawa dingin tidak disediakan di kebanyakan kereta api tersebut.

Jenis kereta apiKereta api biasa
Nama Cina普快 (pu kuai)
Maksimum had kelajuan80km/h
Penghawa dinginTidak semua kereta api disediakan
TandasTandas China
KomenKereta api paling perlahan di China dan berhenti di setiap stesen sepanjang perjalanan

 

  1. L – Temporary Train

“Temporary Train” disediakan untuk memudahkan perjalanan penumpang semasa waktu kemuncak percutian atau perayaan umum di China seperti Spring Festival, Hari Kebangsaan dan lain-lain lagi.

Kereta api ini tidak mempunyai jadual perjalanan yang tetap di laman web rasmi kerana beberapa faktor tertentu seperti nombor kereta api, masa perjalanan dan tempoh beroperasi yang tidak tetap. Ia amat perlahan dan perjalanannya selalu ditunda ke masa lain. Jadi anda tidak digalakkan untuk memilih menaiki kereta api jenis ini.

Jenis kereta apiKereta api biasa
Nama Cina普快 (pu kuai)
Maksimum had kelajuanTidak tetap
Penghawa dinginTidak semua kereta api disediakan
TandasTandas China
KomenKelajuannya perlahan dan selalu ditunda

 

Jika anda mahu beli tiket kereta api China, boleh klik sini untuk rujuk artikel ini.

阿诗拉夫 (Ā shī lāfū)berasal dari Sungai Petani, Kedah. Merupakan graduan dari Beijing Foreign Studies University BFSU 2011/2016. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma pendidikan lepasan ijazah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah

3 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila Tulis Komen Anda!
Masukkan Nama Di Sini