12 Fakta Menarik Negara China Ini Akan Buat Anda Terpegun

Home » 12 Fakta Menarik Negara China Ini Akan Buat Anda Terpegun

China kaya dengan keunikan

China merupakan sebuah negara yang sangat unik dan terkenal dengan keunikan mereka daripada pelbagai aspek.

Antaranya adalah budaya, sejarah, ciptaan dan gaya hidup mereka. Kalau anda ke China, maksud kami, seluruh China, dari utara ke selatan, barat ke timur. Anda pasti akan jumpa bermacam-macam benda yang sangat unik!

Dengan hubungan Malaysia – China yang semakin baik, inilah masanya untuk kita lebih tahu tentang negara Tembok Besar.

Fakta menarik tentang China

Kami senaraikan 12 fakta menarik negara China yang memang unik untuk anda kenali China dengan lebih baik :

  • China secara rasminya dikenali sebagai Republik Rakyat China dalam bahasa Melayu atau People’s Republic of China dalam bahasa Inggeris.
  • Populasi rakyat mereka adalah paling ramai di dunia dengan jumlah sebanyak 1,300,000,000 orang. Populasi rakyat Malaysia sebanyak 29.72 juta sahaja
  • Secara purata menjadikan, 1 daripada 5 orang adalah orang Cina.
  • Ia merupakan negara keempat terbesar di dunia dari segi keluasannya.
  • Tembok besar memegang rekod binaan terbesar yang pernah dibina oleh Manusia dengan jumlah pelawat seramai 9 juta setiap tahun.
tembok besar
  • Cap jari mula digunakan di sana sejak 700 selepas masihi lagi.
  • 2000 tahun lepas, teh mula dijadikan minuman oleh orang Cina dan merupakan minuman harian orang Cina sehingga hari ini.
Teh Cina
  • Orang Cina juga diberi kredit dengan ciptaan lain termasuk kertas, kompas dan belerang yang digunakan meluas di seluruh dunia.
  • Jambatan gantung dicipta di sana pada tahun 25 sebelum Masihi.
  • Wang kertas juga dicipta di China 1,400 tahun lepas dan juga menjadi medium perdagangan sehingga hari ini.
  • Tentera mereka pernah melatih 10,000 ekor merpati untuk bertugas sebagai sandaran kepada sistem komunikasi
  • Semua Panda di seluruh dunia merupakan pinjaman daripada mereka. Jika ada bayi Panda yang lahir, ia akan diserahkan ke China untuk mengembangkan genetik Panda.
Panda China

Sekaranglah masa untuk kita kenal dan tahu mengenai negara tembok besar dan ambil peluang keemasan terutama dari segi bisnes.

Masih banyak lagi fakta menarik negara china yang akan kami senaraikan untuk masa akan datang.

Jika anda nak travel ke China, KLIK SINI untuk persediaan sebelum ke sana.

Scroll to Top