Apabila disebut tempat di China, kebiasaannya tempat yang pelancong pergi adalah Beijing, Shanghai dan Xi’an. Tiap lokasi ada tempat-tempat yang mempunyai tarikan pelancong yang sangat kuat seperti Tembok Besar China di Beijing, The Bund di Shanghai dan TerraCotta di Xi’an.

Beijing, Shanghai dan Xi’an juga dikenali sebagai segitiga emas China.

Mungkin ada juga yang pergi ke Guilin atau Chengdu tetapi itu pun tidak seramai yang ke Beijing, Shanghai dan Xi’an.

Pun begitu, ada banyak lagi tempat di China, yang jarang orang tahu betapa menariknya tempat itu dan dalam artikel ini akan kami kupas tempat di China yang anda boleh kunjungi selain daripada 3 tempat tadi.

National Park China Zhangjiajie
Zhangjiajie National Park

10 Tempat di China Wajib Anda Kunjungi

China sangat luas dan tempat di China juga mempunyai aspek yang berbeza daripada segi sejarahnya, budayanya dan juga kecantikan tempatnya. Ada orang cakap, “China ni pergi mana pun sama saja”. Salah! Jika anda ke bahagian utara pun sudah berbeza dengan bahagian selatan, maka tidak boleh disamakan semua tempat di China.

Jadi kami senaraikan 10 tempat di China yang jarang dikunjungi tetapi wajib anda kunjungi selain daripada 3 tempat tadi. Jika anda sedang baca, jangan lupa share dan masukkan 10 tempat ini dalam senarai travel anda ke China.

qingdao
Qingdao

#1 Qingdao

Qingdao merupakan bandar tepi pantai yang terletak di wilayah Shandong dan dianggap sebagai salah satu bandar yang mempunyai kualiti hidup yang sangat baik. Bandar Qiangdao sangat terkenal dengan minuman alkoholnya dan merupakan pengeluar bir Tsingdao.

Musim panas adalah waktu paling sesuai untuk ke Qingdao dengan makanan laut yang segar dan pantai yang cantik. Ramai juga orang Korea yang tinggal di Qingdao jadi anda boleh lihat ramai orang Korea di sana.

tasik erhai
Tasik Erhai

#2 Dali

Dali merupakan permata buat wilayan Yunnan. Ia merupakan bandar utama buat kaum minoriti Dai. Jika anda ke Dali, singgahlah Lijiang sekali.

Persekitaran Dali sangat rare dan anda boleh lihat keunikan tempat itu dengan mendaki gunung Cang yang tidak ramai pendaki serta tasik Erhai yang sangat cantik!

kashgar
Bazar di Kashgar

#3 Kashgar

Terletak di wilayah Muslim Xinjiang, Kashgar adalah bandar bersejarah buat etnik Uyghur dan ia adalah jalan Laluan Sutera yang wujud sehingga hari ini. Kashgar adalah salah satu pusat perdagangan baru Asia Tengah yang penting.

Jika ke sana, kambing panggang adalah makanan wajib makan!

Tianjin Binhai Library
Perpustakaan Tianjin

#4 Tianjin

Dengan menaiki kereta api selama 30 minit dari Beijing, anda boleh ke Tianjin. Ia merupakan bandar ketiga terbesar di China.

Sungai yang cantik serta bangunan koloni menambah kecantikkannya lagi. Ya, perpustakaan mereka juga sangat hebat!

luoyang

#5 Luoyang

Terletak antara Beijing dan Xi’an, Luoyang merupakan tempat yang kaya dengan sejarah dan budaya. Gua Longmen mempunyai 1,400 gua dikelilingi 100,000 patung agama Buddha daripada batu. Ia merupakan salah satu tinggalan dunia menurut UNESCO.

Bagi yang mahu fefeeling seperti berada di era kungfu, anda juga boleh ke Shaolin Temple yang terletak di sana.

#6 Dunhuang

Dunhuang terletak di wilayah Gansu dan berada di hujung padang pasir Gobi adalah lokasi yang sangat penting buat Laluan Sutera.

Berdekatan dengan Dunhuang adalah Gua Mogao dengan 700 gua bersama patung Buddha.

huangshan
Pemandangan Huangshan

#7 Huangshan

Huangshan bermaksud Bukit Kuning ini terletak di wilayah Anhui dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik dan digunakan dalam lukisan klasik Cina.

tasik lugu
Tasik Lugu

#8 Tasik Lugu

Tasik ini terletak di antara Yunnan dan Sichuan merupakan rumah kepada kaum minoriti Mosuo.

Harbin
Ukiran Ais Harbin

#9 Harbin

Setiap musim sejuk, Harbin akan begermalapan dengan lampu pada ukiran ais. Terletak di utara China, Harbin merupakan hentian penting kereta api Trans-Siberia dan ia mempunyai pengaru Russia yang sangat tinggi daripada segi binaannya.

#10 Jingdezhen

Terletak di wilayah Jiangxi, Jingdezhen sangat terkenal dengan porselin dan dari sini anda boleh ke Huangshan dan Wuyuan dengan mudah.

Comments

comments