10 Fakta Menarik Bahasa Mandarin Yang Wajib Tahu

Kami senaraikan fakta menarik bahasa Mandarin khas untuk anda yang berminat dengan bahasa ini.

Mempelajari bahasa Mandarin sudah menjadi perkara yang tidak asing lagi di negara Malaysia.

Bilangan pelajar yang mahu belajar bahasa mandarin semakin meningkat dan kini terdapat banyak tempat yang menawarkan pembelajaran bahasa mandarin.

Di samping itu juga, sekarang subjek bahasa mandarin telah ditawarkan di sekolah kebangsaan di mana murid-murid sekolah rendah diberi peluang untuk mempelajarinya.

Selain itu, bahasa mandarin juga menjadi subjek pilihan bagi sesetengah pelajar di peringkat IPTA.

Ramai juga ahli perniagaan yang mahu mempelajari bahasa mandarin kerana mereka banyak berurus niaga di negara China.

Fakta Menarik Bahasa Mandarin

Persoalannya apakah keistimewaan yang terdapat dalam bahasa mandarin ini? Dalam artikel ini saya akan menjawab 10 fakta menarik bahasa mandarin yang anda semua perlu tahu.

Berapa Jumlah Orang Yang Bertutur Bahasa Mandarin

Terdapat kira-kira 1 bilion orang yang bertutur bahasa mandarin di seluruh dunia. Bahasa mandarin mempunyai lebih ramai penutur jati jika mahu dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain.

Di mana Tempat Penutur Bahasa Mandarin

Penutur  bahasa mandarin kebanyakannya di negara seperti China ,Taiwan, Singapura dan Malaysia di mana di sini terdapat ramai masyarakat China.

Selain itu, ia juga diguna secara meluas dalam banyak komuniti China (Chinatown) di seluruh dunia.

Bahasa mandarin juga merupakan salah satu daripada enam bahasa rasmi yang digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjadikannya fakta menarik bahasa Mandarin yang kedua.

Bagaimana Karakter Mandarin Ditulis

Fakta menarik bahasa Mandarin ini adalah antara yang paling menarik. Karakter mandarin dikenali sebagai hanzi (汉字)yang ditulis menggunakan simbol. Tulisan karakter cina merupakan di antara tulisan tertua di dunia. Kini terdapat dua jenis tulisan cina iaitu

  • Traditional Chinese character : Banyak digunakan di Taiwan, Macau, Hong Kong. Tulisannya mempunyai lebih banyak strok dan mengambil sedikit masa untuk menulisnya.
  • Simplified Chinese character : Digunakan di China. Tulisannya lebih ringkas dan mudah berbanding dengan Traditional Chinese character.
guo bermaksud negara

Berapa Jumlah Karakter Mandarin

Terdapat lebih daripada 100,000 karakter mandarin yang direkodkan dalam kamus mandarin. Namun begitu, jumlah karakter mandarin semakin bertambah mengikut peredaran masa. Namun begitu, hanya 2,500 karakter yang sering digunakan dalam percakapan harian. Jika mahir dalam semua karakter ini, anda mampu bertutur bahasa mandarin dengan baik.

karakter mandarin
karakter mandarin

Apa itu Pinyin

Pinyin diperkenalkan adalah untuk memudahkan bukan penutur jati untuk belajar menyebut karakter cina. Tulisan atau karakter cina dibaca melalui pinyin yang ditulis menggunakan huruf abjad. Oleh itu, setiap karakter cina dapat dibaca dengan menggunakan pinyin.

Pinyin menjadi perkara asas yang perlu dipelajari bagi memudahkan anda menyebut dan mengenal karakter cina dengan mudah.

contoh hanzi dan pinyin
contoh hanzi dan pinyin

Di China dan Taiwan, terdapat banyak papan tanda sepanjang jalan raya yang ditulis menggunakan pinyin.

Berapa Jumlah Nada dalam Bahasa Mandarin

Nada merupakan keistimewaan yang terdapat dalam bahasa mandarin. Terdapat 4 nada asas yang perlu anda kuasai. Nada memainkan peranan penting dalam membezakan setiap makna perkataan. Jadi anda perlu menguasai nada supaya dapat bertutur bahasa mandarin dengan tepat.

Contohnya :

B. MalaysiaPinyinKarakter
Ibu
Kuda
Memarahi

*setiap nada memberi makna dan perkataan yang berlainan walaupun sebutan pinyin adalah sama.

nada

Apa itu Putonghua

Di China, bahasa mandarin juga digelar sebagai Putonghua(普通话. Ianya bermaksud bahasa standard.

Di Taiwan, bahasa mandarin dipanggil sebagai guoyu(国语)yang bermaksud bahasa kebangsaan.

Bahasa mandarin juga digelar sebagai huayu(华语)di negara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Adakah Sukar Mempelajari Bahasa Mandarin?

Percayalah, belajar bahasa mandarin tidak sukar seperti yang anda sangkakan. Apa yang anda perlukan ialah usaha dan semangat yang tinggi.

Jika anda tidak percaya, di Malaysia kini bilangan orang yang mampu bertutur bahasa mandarin semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Terdapat 6 bukti bahasa mandarin tidak sukar seperti yang anda sangkakan. Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut.

Apa dialek yang ada di China selain Mandarin

Mandarin merupakan salah satu dialek yang popular di China. Selain daripada mandarin, terdapat banyak lagi dialek di China kerana negara itu mempunyai keluasan yang sangan besar di samping jumlah rakyatnya yang begitu ramai.

Antara dialek yang ada di China selain mandarin ialah Wu, Gan, Xiang, Hakka, Yue (Cantonese) dan Min.

dialek di china
dialek di china

Bagi bukan penutur asli, mempelajari dialek Mandarin adalah pilihan yang tepat kerana ianya paling banyak digunakan di seluruh dunia.

Tempat Sesuai untuk Belajar Mandarin

Jika anda mahu mengambil kursus bahasa mandarin di luar negara seperti Beijing, saya cadangkan 2 universiti yang menjadi tempat terbaik untuk anda belajar bahasa mandarin iaitu Beijing Foreign Studies University (BFSU) atau Beijing Language and Culture University (BLCU).

Di sini banyak kursus yang ditawarkan untuk anda belajar bahasa mandarin.

Di Malaysia, anda boleh menghubungi kami untuk belajar bahasa mandarin. Kami juga merupakan antara graduan dari universiti tersebut dan mampu menawarkan kursus bahasa mandarin untuk anda semua.

Teruskan setia bersama Limau Mandarin untuk tips-tips dan panduan untuk belajar Bahasa Mandarin khusus kepada bukan penutur jati.

guru mandarin anda
Guru Mandarin Anda!

Dikemaskini pada

Leave a Comment

Scroll to Top